Stres Melampau Urus 6 Anak Isteri Ini Berpakat Dengan Doktor Sekolahkan Suami Trik Wanita Ini Raih Perhatian


Apabila seorang wanita bergelar isteri, tanggungjawab dan kehidupan berubah 360 darjah. Lebih-lebih lagi apabila menguruskan rumah tangga dengan anak yang ramai, kerja seharian bukanlah sesuatu yang mudah.
Ada kala suami tidak nampak segala penat lelah yang dilakukan di rumah, sehingga ada yang melabel isteri sebagai pemalas hanya kerana kerja itu nampak ‘simple’. Hakikatnya, tugas seorang isteri dan ibu penuh dengan cabaran yang sering dipandang ringan.
Menerusi Facebook Farrah Hanani Amir Hamzah, satu perkongsian seorang wanita di fb Mak Wan Tenang Sihat yang kini sudah bergelar nenek kepada 20 cucu menarik perhatian ramai.
AI Generated Dalam perkongsiannya, wanita ini menceritakan pengalaman berhadapan dengan suami yang beranggapan tugas suri rumah sepenuh masa adalah kerja yang mudah.
Menurutnya, dia pernah memberontak secara ‘legal’ hanya untuk mendapatkan rehat daripada menguruskan enam orang anaknya.
Katanya lagi, akibat tekanan atau ‘stress’ melampau yang dialami sekitar tahun 2001 ketika anak-anak sedang membesar, dia berpakat dengan doktor untuk dimasukkan ke wad hospital. Dari situ, dia akhirnya mendapat peluang berehat buat seketika dalam tempoh yang lama.

 
Sementara itu, Farrah Hannani turut bersetuju bahawa wanita juga ada cara tersendiri untuk ‘sekolahkan’ suami agar lebih menghargai isteri. Ia bukanlah bermaksud melepaskan tanggungjawab, sebaliknya untuk menanamkan rasa empati dalam diri setiap pasangan.
AI Generated Nampak macam simple tapi susah nak cakap. Ada seorang perempuan ni dia sedih, dia dah uruskan semua hal rumahtangga dia, lepas tu bila balik, suami dia kata dia pemalas.
Banyak sangat respond dalam tu cerita pengalaman masing-masing juga. Orang lelaki ni kalau benda tu dia tak nampak, dia macam tak tahu tau sebenarnya benda dah settle. Bila dia sampai, memang lah nampak isteri tu relaks.
Ada satu komen, dia meniaga. Jadi dari jam 2 pagi, dia masak lepas tu 7 pagi camtu suami dia pergi buka gerai. Sepanjang suami dia ke gerai tu dia kemas semua dapur dan peralatan memasak. Tapi suami dia tetap rasa dia relaks sebab tak perlu keluar meniaga.
Satu hari, lepas habis masak, dia sakit perut jadi kena pergi hospital. Tak sempat nak kemas lagi. Selama 3 hari dia kat hospital tu, barulah suami dia sedar yang selama ni punya lah banyak kerja dia buat sebab tu suami dia balik, rumah dah kemas.
Saya bercakap tentang kes orang sahaja. Setiap rumahtangga ni dinamik. Tak sama lah pengalaman masing-masing. Paling terhibur bila baca komen Mak Wan Tenang ni. Siap pakat dengan doktor.
Bila baca perkongsian seterusnya, sekarang dah ada 20 cucu dah pun Mak Wan ni. Alhamdulillah baik-baik sahaja semuanya.
FB : Makwan Tenang Sihat Orang perempuan yang dalam situasi begini, kena pandai tarik hand brake. Dan ubatnya selalunya ialah, kau biar je suami kau sorang-sorang uruskan hal rumah dan anak-anak. Kau pergi lah mana-mana sekejap. Kursus urutan dan aromatherapy ke, contoh.
Kat sinilah ujian untuk dia. Kalau dia lelaki yang baik, masa tu dia sedar lah yang selama ini dia dah salah cakap isteri dia pemalas. Nescaya dia akan lebih meringankan tulang selepas ini buat urusan rumahtangga sama-sama.
Kalau dia makin baran, terus nak cari bini lain yang konon nya lebih baik daripada kau. Hah elok lah angkat kaki sahaja daripada lelaki jalang macam tu. Dah lah pemalas mulut pun jahat.
Saya tambah sedikit ya, dia begini, isteri tak minta pun princess treatment. Kalau balik tu mulut berat nak puji, sekurang-kurangnya diam je lah kalau nampak ada benda tak kena. Kata-kata yang kasar, itu makan dalam. Bertahun-tahun sampai lah seorang isteri tawar hati.
Ada ke perempuan pemalas yang suami dia pulak rasa teraniaya. Ada je, tapi tu tajuk lain. Hari ni kita fokus tajuk suami kata isteri pemalas padahal dia yang pemalas. Sekian
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata turut berkongsi pengalaman masing-masing dalam menguruskan tekanan rumah tangga dan cara mereka menghadapinya.
Antara komen adalah :
“Surirumah paling banyak kerja. Nampak mcm tak ada kerja tapi kus semangat.. sampai tengah malam”
“Pengalaman saya bab pasar. Suami ni betul lah klu dia tak experience sendiri dia tak tahu & isteri lah selalu nya salah manjang. 8 tahun lepas dah mula harga barang naik mcm roket. Sebelum tu suami beri rm50 boleh lah belanja barang dapur. Selepas tu harga barang pasar naik. Minta lebih suami kata selalu 50 je napa nak lebih. Saya kata brg dah naik. Mula dari situ every weekend bawa suami ke pasar, saya tak minta duit pasar biar dia bayar. Terkejut beruk dia dengar harga barang belian. Dlm kereta dia terduduk. Lepas tu je isteri dia apa lagi bebel lah panjang sampai telinga overload. Tu je cara nak bagi suami paham kan. Klu berdebat pun tak guna.”
“Sebelum ni suami 100% provider. Sy fully housewife, anak sorang (time tu), anxiety and ocd fighter. Dan suami tak pernah sentuh 1 pun kerja rumah waima jaga anak sekali pun. Alhamdulillah suami bukan jenis cerewet. Tak nak masak? Ok beli atau makan kat luar. Malas kemas rumah? Ok je. Tak sempat iron semua baju? Ok je. Until satu hari kami diuji dgn masalah kewangan — sy kena keluar bekerja. Sy risau ya. Risau sy penat fizikal mental nak handle rumahtangga lagi kerja lagi. Suami mmg tak pernah buat kerja rumah. Anak dah masuk 2 orang time ni. Bila dah jadi macam ni, sy baru nampak sisi lain suami. Yang selama ni tak pernah tukar lampin anak, tak pernah masak, tak pernah jemur baju. Now, bab jaga anak dia lagi perfect dari sy. Masak lagi sedap dia dari sy. Jemur kain lagi teratur dari sy. Bab kemas rumah je la kena ketuk sikit.”
Kisah ini secara tidak langsung membuka mata bahawa kerja seorang isteri bukanlah semudah yang disangka. Di sebalik senyuman dan ketenangan yang ditunjukkan, ada pengorbanan besar serta tekanan yang mereka tanggung.
Semoga perkongsian ini menjadi pengajaran untuk kita lebih menghargai pasangan, terutama para isteri yang tanpa henti berjuang demi keluarga.
Sumber: Farah Hanani Amir Hamzah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/stres-melampau-urus-6-anak-isteri-ini-berpakat-dengan-doktor-sekolahkan-suami-trik-wanita-ini-raih-perhatian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Wanita Berstatus Isteri Orang Didakwa Menjalin Hubungan Terlarang Dengan Seorang Doktor

Kelantan Wanita Berstatus Isteri Orang Didakwa Menjalin Hubungan Terlarang Dengan Seorang Doktor

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 162 hits
Polis terima laporan isu video tular office wife doktorHidayatidayu Razaliam hmetro com myKota Bharu Polis menerima laporan berkaitan video tular memaparkan wanita berstatus isteri orang yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan seora...
Walau Anak Jutawan Bajet Tetap Ada Gelagat Anak Aliff Syukri Sempoi Beli Barang Sekolah Raih Perhatian

Walau Anak Jutawan Bajet Tetap Ada Gelagat Anak Aliff Syukri Sempoi Beli Barang Sekolah Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 616 hits
Sebagai ibu bapa siapa saja yang tak pernah rasa teruja bawa anak masuk kedai buku atau alat tulis Itu jugalah yang dilalui oleh pasangan selebriti usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida Walaupun mereka hidup mewah...
Tak Dapat Teman Suami Menangis Tanpa Henti Risau Keadaan Isteri Lahirkan Anak

Tak Dapat Teman Suami Menangis Tanpa Henti Risau Keadaan Isteri Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 210 hits
Tak Dapat Teman Suami Menangis Tanpa Henti Risau Keadaan Isteri Lahirkan Anak Perjalanan untuk mencari jodoh bukanlah mudah ada orang yang mendapat rezeki berkahwin awal ada pula perlu menunggu lama untuk menamatkan status bujang Namun seti...
Usia Kandungan Dah 40 Minggu Wanita Bimbang Nak Bagitahu Bayi Dikandung Bukan Anak Suami

Usia Kandungan Dah 40 Minggu Wanita Bimbang Nak Bagitahu Bayi Dikandung Bukan Anak Suami

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1267 hits
nbsp Wanita yang sudah bergelar isteri orang itu turut mengakui berasa takut menanti hari bersalin kerana bimbang
Isteri Adalah Aksesori Suami

Isteri Adalah Aksesori Suami

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 72 hits
Mama orang selalu cakap isteri adalah aksesori suami Apa yang isteri pakai macam mana dia tampil semua orang akan nilai sama ada suami tu sukses atau pun sebaliknya kata anak ai dalam kereta Terus ai pandang hubby sambil tersenyum Dalam hat...
Demi Cinta Isteri Rayu Polis Bebaskan Suami Selepas Dipukul

Demi Cinta Isteri Rayu Polis Bebaskan Suami Selepas Dipukul

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 201 hits
Demi cinta isteri rayu polis bebaskan suami selepas dipukul Pasangan suami isteri SA dan NU menjalani sesi rundingan Herald Sulsel JAKARTA Seorang wanita di Gowa wilayah Sulawesi Selatan merayu kepada polis agar membebaskan suaminya selepas...
Suami Isteri Maut Bot Terbalik Di Perairan Kuala Merchang

Suami Isteri Maut Bot Terbalik Di Perairan Kuala Merchang

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 178 hits
Suami Isteri Maut Bot Terbalik Di Perairan Kuala Merchang MARANG 31 Ogos Sepasang suami isteri ditemukan lemas selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik dipercayai dipukul ombak besar dan angin kencang di perairan Kuala Merchang di sini pet...
Anak Doktor Didakwa Edar 35 58kg Ganja Seorang Turut Didakwa Miliki Pistol

Anak Doktor Didakwa Edar 35 58kg Ganja Seorang Turut Didakwa Miliki Pistol

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 162 hits
KOTA BHARU Dua beradik anak kepada seorang doktor di Ketereh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan berasingan mengedar dadah jenis ganja seberat 35 58 kilogram 5 Ogos lalu Tertuduh Ahmad Ammar Rusydi Mohd Hanafi 23 dan ab...
Kalau Tak Kemas Katil Tak Dapat Apa Mereka Nak Ziha Salleh Didik 2 Anak Lelaki Elak Buli Wanita Buat Kerja Rumah Maya

Kalau Tak Kemas Katil Tak Dapat Apa Mereka Nak Ziha Salleh Didik 2 Anak Lelaki Elak Buli Wanita Buat Kerja Rumah Maya

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 1146 hits
HAMPIR sedekad melayari alam rumah tangga penyanyi dan pelakon Ziha Salleh 30 mengakui ia satu tempoh pembelajaran baginya Selain aktif meneruskan kariernya dalam industri seni Ziha tetap tidak lupa peranannya sebagai isteri dan ibu kepada ...
Salam 1 September 2025

Mbsb Bank Lakar Sejarah Dengan Kerjasama Wise Perkenalkan Easy Transfer

Gempa Bumi Afghanistan Angka Korban Meningkat Kepada 622 1 500 Cedera

Tunku Azizah Tawar Peluang Ke 2 Prospek Mahir Tenun Pahang Diraja

Clear Mission Statement For Business

Karnival Kpdn 2025 Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Sarawak 5 7 Sept

Why Salads Are Good For You

September Datang Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isteri Adalah Aksesori Suami

Flavorful Beef Tongue Recipe Ideas

Kad Kredit Terbaik Untuk Ganjaran Cashback Isi Minyak

Santapan Pagi Cucur Jagung Dengan Kucai

Pekan Isnin Tanjung Piandang Perak

Buasir Otak Tv Kawan Ajak Tengok Perarakan Merdeka Di Putrajaya