Pasport Masuk Sabah Dokumen Lawatan Untuk Warga Semenanjung


Perlukah Pasport Masuk Sabah? – Ini Jawapannya!
Nak pergi Sabah kena bawa passport ke? 
Jawapannya, TIDAK PERLU sekiranya anda adalah warganegara Malaysia. Sama seperti apabila anda hendak ke Sarawak. Namun, apabila sampai sahaja di lapangan terbang Sabah, anda perlu melalui pemeriksaan imigresen.
Anda perlu menunjukkan MyKad atau dokumen perjalanan yang sah. Pegawai imigresen akan mengeluarkan slip lawatan yang perlu disimpan sepanjang tempoh berada di Sabah. 
Jangan pening-pening, jom baca info lebih lanjut di bawah. 
BACA JUGA: Perlukah Pasport Masuk Sarawak? – Ini Prosedur & Tips Penting
Kenapa Masuk Sabah Perlukan Pasport atau Pas Lawatan? Sabah mempunyai kuasa autonomi imigresen yang dijamin dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan diperuntukkan dalam Akta Imigresen 1959/63, sama seperti Sarawak. 
Kuasa ini membolehkan kerajaan negeri Sabah mengawal sepenuhnya siapa yang boleh masuk ke wilayah mereka termasuk rakyat Malaysia dari Semenanjung dan Sarawak. Ini adalah demi melindungi kepentingan sosial, ekonomi dan budaya tempatan.
Prosedur Masuk Sabah Setiap individu yang ingin masuk ke Sabah termasuk warganegara Malaysia dari Semenanjung atau Sarawak perlu melalui pemeriksaan imigresen di pintu masuk negeri. 
Walaupun rakyat Malaysia tidak memerlukan pasport antarabangsa, anda tetap perlu menunjukkan MyKad dan akan diberikan slip lawatan sosial (permit lawatan sementara) yang membenarkan tempoh tinggal sehingga 90 hari bagi tujuan lawatan sosial atau perniagaan. 
Slip ini wajib disimpan sepanjang berada di Sabah dan perlu ditunjukkan jika diminta pihak berkuasa.
Jika anda ingin tinggal lebih lama, bekerja, atau belajar di Sabah, anda perlu memohon dokumen tambahan seperti Pas Kerja, Pas Pelajar, atau Dokumen Perjalanan Terhad (DPT). 
Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport Malaysia atau DPT, Jabatan Imigresen akan mengeluarkan dokumen gantian perjalanan di pintu masuk Sabah yang berfungsi sebagai pas lawatan sosial atau bisnes dan hanya sah untuk tempoh maksimum tiga bulan.
Warganegara Bukan Malaysia Bagi pelawat antarabangsa, pasport sah dan visa (jika diperlukan) adalah dokumen wajib untuk masuk ke Sabah. Prosedur ini sama seperti memasuki mana-mana bahagian lain di Malaysia, namun sesetengah pelawat perlu mendapatkan permit tambahan jika ingin bekerja atau tinggal lebih lama.
Sabah juga mempunyai hak untuk menolak kemasukan walaupun individu tersebut mempunyai visa Malaysia. Oleh itu, sentiasa semak keperluan semasa dengan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah atau konsulat Malaysia berhampiran.
Bagaimana Dengan Kanak-kanak ? Perlu Dokumen Juga? Ya, anak-anak di bawah umur juga perlu mempunyai dokumen pengenalan diri. Jika mereka belum mempunyai MyKad (bagi kanak-kanak bawah 12 tahun), pastikan bawa sijil kelahiran atau MyKid. Ini penting untuk membuktikan status warganegara mereka dan melancarkan proses pemeriksaan imigresen.
Cara Dapatkan Dokumen Perjalanan Terhad Kalau nak duduk lebih 3 bulan di Sabah atau Sarawak, perlu buat Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) atau juga dikenali sebagai “Pasport Biru”. Tempoh sah laku adalah 5 tahun dan boleh tambah 5 tahun lagi. Bayaran hanya 5 ringgit sahaja.
Rujuk langkah-langkah berikut yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Izzat Ibrahim:
1. Sediakan dokumen ini: gambar berukuran passport 2 keping (latar belakang warna putih), salinan kad pengenalan atau sijil kelahiran (umur bawah 12 tahun).
2. Sekiranya ada dokumen sokongan boleh bawa sekali. Seperti surat pelantikan tempat kerja.
3. Sesetengah tempat menerima Borang Permohonan PMA (IM.42 PIN 1/97) yang lengkap diisi. Boleh minta di kaunter imigresen atau download di internet. Pejabat Imigresen tidak terima.
4. Wajib hadir sendiri ke Pejabat Imegresen. Tidak boleh hantar wakil.
5. Segala borang akan diisi oleh pegawai imegresen. Kita hanya tunggu untuk tandatangan dan cap jari. Kanak-kanak bawah umur 12 tahun juga akan melalui proses yang serupa.
6. Selepas selesai, buat pembayaran. RM5 setiap satu. Simpan resit.
7. Selepas 2 jam, datang semula ke kaunter serahan dan bagi resit. Semua yang membuat permohonan wajib hadir sebab perlu cap jari dan tandatangan. Selesai.
Kemasukan Ke Sabah Melalui Jalan Darat dan Laut Kemasukan ke Sabah melalui jalan darat dan laut tertakluk kepada peraturan imigresen yang sama seperti kemasukan melalui udara. 
Jika anda memandu dari Sarawak ke Sabah, contohnya melalui sempadan di Sindumin (Lawas, Sarawak ke Sipitang, Sabah) atau Merapok (Lawas ke Sabah), anda wajib berhenti di pos kawalan imigresen untuk pemeriksaan dokumen. 
Anda perlu menunjukkan MyKad (untuk warganegara Malaysia) atau dokumen perjalanan yang sah seperti pasport atau Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) jika anda bukan warganegara atau ingin tinggal lebih lama dari tempoh lawatan biasa.
Bagi kemasukan melalui pelabuhan atau terminal feri di Sabah, seperti di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau atau Semporna, pemeriksaan imigresen juga diwajibkan. 
Semua penumpang perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri yang sah sebelum dibenarkan masuk. Bagi warga asing, pasport antarabangsa dan visa yang sah (jika diperlukan) mesti dikemukakan.
Bagaimana Jika Kehilangan Slip Putih (Permit Lawatan Sementara)? Jika anda kehilangan slip putih (permit lawatan sementara) yang diberikan semasa masuk ke Sabah, anda perlu segera mengambil beberapa langkah penting untuk mengelakkan masalah semasa keluar dari negeri ini atau jika diminta oleh pihak berkuasa:
Segera laporkan kehilangan slip putih tersebut di pejabat atau kaunter Jabatan Imigresen Malaysia yang terdekat, sama ada di lapangan terbang, pelabuhan, atau pejabat imigresen utama di Sabah. Jangan gunakan khidmat orang tengah atau pihak tidak rasmi. Semua urusan mesti dilakukan terus dengan pihak imigresen untuk memastikan keselamatan dan keabsahan dokumen gantian. Anda mungkin akan diminta membuat laporan polis sebagai bukti kehilangan sebelum slip gantian dikeluarkan, bergantung kepada prosedur semasa pejabat imigresen. Setelah laporan dibuat, pihak imigresen akan mengeluarkan dokumen gantian perjalanan atau slip lawatan sementara yang baharu tanpa sebarang bayaran. Simpan dokumen gantian ini dengan baik dan pastikan anda membawanya bersama setiap masa sehingga anda keluar dari Sabah. Langkah ini penting kerana slip putih adalah bukti sah kemasukan anda ke Sabah dan diperlukan semasa pemeriksaan keluar di pintu imigresen.
Kegagalan mengemukakan slip ini boleh menyebabkan kelewatan atau masalah undang-undang. Jika menghadapi kesulitan, dapatkan bantuan terus di kaunter imigresen atau hubungi Jabatan Imigresen Malaysia untuk panduan lanjut. 
BACA JUGA: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)
Tips Penting Sebelum Berkunjung ke Sabah Pastikan MyKad anda dalam keadaan baik dan boleh diimbas. Simpan slip lawatan yang diberikan sepanjang berada di Sabah. Semak tempoh lawatan yang dibenarkan pada slip lawatan anda. Rancang perjalanan dengan mengambil kira pemeriksaan imigresen terutamanya jika tiba di lapangan terbang utama.  @sukojalan Kepada yg masih tertanya2 😄. Hope terjawab ya #pakejmurahsabah #pakejpercutian #sukojalan #travel #kakijalan #tiktokmalaysia #videoviral
♬ Please Don’t Go(Snap Your Life) – Joel Adams Maklumat Lanjut Untuk maklumat terkini, sentiasa rujuk laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia atau portal kerajaan negeri Sabah. 
Akhir kata, jangan  lupa untuk sentiasa menyemak perkembangan terkini berkaitan syarat kemasukan, terutamanya jika berlaku perubahan dasar atau situasi kecemasan.
Selamat melancong ke negeri di bawah bayu!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/pasport-masuk-sabah/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pasport-masuk-sabah

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perlukah Pasport Masuk Sarawak Ini Prosedur Tips Penting

Perlukah Pasport Masuk Sarawak Ini Prosedur Tips Penting

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 151 hits
Perlukah Pasport Masuk Sarawak Ini Prosedur Tips Penting Eh masuk Sarawak kena pakai pasport ke walaupun aku orang Malaysia Soalan ni sebenarnya soalan yang selalu ditanya terutamanya bagi mereka yang pertama kali nak ke Bumi Kenyalang Jawa...
We Can Still Discuss Forming Unity State Govt Says Sabah Pkr

We Can Still Discuss Forming Unity State Govt Says Sabah Pkr

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 188 hits
State PKR chairman Mustapha Sakmud says there is still room for cooperation with GRS in the coming state elections Sabah PKR chairman Mustapha Sakmud said he will abide by GRS s decision should it go solo in the state elections PETALING JAY...
More To Ph Bn S Sabah Statement Than Meets The Eye

More To Ph Bn S Sabah Statement Than Meets The Eye

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 177 hits
Sabahans like their Sarawak counterparts are deeply suspicious of the peninsula s brand of politics and want to chart their own future was reached on Thursday between Prime Minister Anwar Ibrahim the PH chairman and his BN counterpart and d...
Umno Sabah Ada Autonomi Tentu Calon Strategi

Umno Sabah Ada Autonomi Tentu Calon Strategi

papar berkaitan - pada 12/5/2025 - jumlah : 142 hits
Bung Moktar Radin berkata Umno pusat kena putus kerjasama gabungan demi elak pelanggaran di peringkat negeri dan pusat Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin belum ada perbincangan rasmi dengan PH Sabah termasuk berkait agihan kerusi PETALING J...
Ph Umno Bn Dan Grs Bergabung Pada Prn Sabah Pm Anwar

Ph Umno Bn Dan Grs Bergabung Pada Prn Sabah Pm Anwar

papar berkaitan - pada 11/5/2025 - jumlah : 164 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimTAWAU 11 Mei Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama...
Bn Ph To Join Forces For Sabah Polls

Bn Ph To Join Forces For Sabah Polls

papar berkaitan - pada 9/5/2025 - jumlah : 135 hits
Discussions on the form of cooperation including seat negotiations will be handled by both coalitions at the state level PH chairman Anwar Ibrahim and his BN counterpart Ahmad Zahid Hamidi reached an agreement to cooperate in the upcoming S...
Grs Vows Solo Fight In Sabah If Pakatan Bn Join Forces For State Poll

Grs Vows Solo Fight In Sabah If Pakatan Bn Join Forces For State Poll

papar berkaitan - pada 10/5/2025 - jumlah : 132 hits
Sabah Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor delivers a speech at the 2024 Bumiputera Economic Congress in Putrajaya March 2 2024 Picture by Yusof Mat IsaKOTA KINABALU May 9 Gabungan Rakyat Sabah would contest the next state election indepen...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Melembutkan Daging Dengan Cepat

Mak Sentiasa Dalam Hati Adib Pemergian Pelajar Upsi Undang Tangisan Seluruh Negara

Resepi Udang Nestum

Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian