Pasca Pru 15 Dap Pahang Sokong Wan Rosdy Sebagai Calon Menteri Besar Baru


 

KUANTAN - Pengerusi DAP Pahang, Dato' Leong Ngah Ngah menjelaskan pihaknya bersedia untuk berunding dengan Barisan Nasional (BN) negeri itu untuk membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ujarnya, perbincangan telah dibuat oleh DAP Pahang namun rundingan dengan BN negeri itu akan dijalankan oleh Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari.
"Dari sudut kami (DAP Pahang) sudah okay. Kita beri masa kepada mereka (BN) untuk menyelesaikan masalah mereka dahulu.
"Pihak kami telah berbincang, kami serahkan kepada Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari untuk mengadakan perbincangan dengan BN Pahang dan mencari penyelesaian terbaik.
"Kita jangkakan berita baik akan diumumkan hari ini," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Tambah Ngah Ngah, PH Pahang juga telah membuat keputusan untuk menyokong Menteri Besar sedia ada dari BN, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail untuk terus menerajui kerajaan negeri itu.
"Kita telah putuskan untuk sokong Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, tapi apa pun ianya akan diputuskan oleh Istana dan kami hormati keputusan Istana.
"Kita harap kerajaan pusat bekerjasama (PH dan BN), di peringkat negeri pun kerjasama, contoh terbaik di Perak," katanya lagi.
Mengulas mengenai sama ada terdapat nama dicalonkan oleh PH Pahang sebagai Menteri Besar, jelas Ngah Ngah, tiada nama yang dibawa ketika ini.
"Kita cuma hanya ada lapan kerusi sahaja. Apa yang kita mahu, kita nak datangkan kemakmuran, kestabilan dalam negara ini yang berbilang kaum," ujarnya.
Ketika ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang masih tergantung selepas tiada gabungan politik yang mendapat majoriti mudah 22 kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perikatan Nasional (PN) mendapat 17 kerusi DUN, diikuti BN peroleh 16 kerusi DUN dan PH pula hanya lapan kerusi DUN.
Ketika ini, satu kerusi DUN di Tioman akan dijalankan proses pengundian pada 7 Disember depan susulan kematian calon PN, Md Yunus Ramli pada awal pagi Sabtu. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/11/pasca-pru-15-dap-pahang-sokong-wan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lapan Wakil Rakyat Ph Tandatangan Sd Sokong Wan Rosdy Sebagai Mb Pahang

Lapan Wakil Rakyat Ph Tandatangan Sd Sokong Wan Rosdy Sebagai Mb Pahang

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 137 hits
KUANTAN Lapan wakil rakyat Pakatan Harapan yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum ke 15 menandatangani akuan bersumpah menyokong Pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Me...
Wan Rosdy Angkat Sumpah Jadi Menteri Besar Pahang Di Istana Abu Bakar Pekan

Wan Rosdy Angkat Sumpah Jadi Menteri Besar Pahang Di Istana Abu Bakar Pekan

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 73 hits
PEKAN Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Pahang pada 14 Oktober lalu Pelantikan Wan Rosdy 64 disempurnakan
Haji Wan Rosdy Mb Kerajaan Umno Dap Pahang

Haji Wan Rosdy Mb Kerajaan Umno Dap Pahang

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 86 hits
agendaily com27 11 2022Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail adalah Menteri Besar kerajaan UMNO DAP Pahang Seperti yang dijangkakan UMNO Pahang memilih mengkhianati akar umbi parti itu apabila bekerjas...
Muhyiddin Isytihar Tuan Ibrahim Akan Jadi Calon Menteri Besar Pn Di Pahang

Muhyiddin Isytihar Tuan Ibrahim Akan Jadi Calon Menteri Besar Pn Di Pahang

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 129 hits
PENDANG Langkah Perikatan Nasional meletakkan Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang menunjukkan keseriusan gabungan itu mahu mentadbir negeri berkenaan Malah Pengerusi PN Tan ...
Ph Pahang Sokong Wan Rosdy Jadi Mb Semula

Ph Pahang Sokong Wan Rosdy Jadi Mb Semula

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 154 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan memutuskan menyokong Wan Rosdy Wan Ismail daripada Barisan Nasional sebagai menteri besar Pahang kata Ketua DAP negeri Leong Ngah Ngah Katanya PH negeri membuat keputusan menyokong menteri besar se...
Wan Rosdy Akan Terajui Kerajaan Bn Ph Di Pahang

Wan Rosdy Akan Terajui Kerajaan Bn Ph Di Pahang

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 71 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 27 2022 5 10 PMPihak istana Pahang memberi perkenan pembentukan kerajaan Pahang yang terdiri daripada BN dan Pakatan Harapan Istana juga memberi perkenan Wan Rosdy Wan Ismail sebagai menteri besar negeri itu ...
Wan Rosdy Kestabilan Dan Kemakmuran Pahang Pengaruhi Undi Awal Kepada Bn

Wan Rosdy Kestabilan Dan Kemakmuran Pahang Pengaruhi Undi Awal Kepada Bn

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 42 hits
KUANTAN Kecemerlangan pentadbiran kerajaan negeri Pahang dalam membawa kestabilan dan kemakmuran di negeri ini selama 54 bulan lalu dijangka mampu mempengaruhi undi awal memihak kepada Barisan Nasional Menteri Besar yang juga Pengerusi BN P...
Pahang Imbroglio Ends Wan Rosdy To Head Bn Harapan State Govt

Pahang Imbroglio Ends Wan Rosdy To Head Bn Harapan State Govt

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 88 hits
The prolonged wait in forming the Pahang state government after the 15th general election has come to an end with BN and Pakatan Harapan officially joining forces After a royal audience with Pahang regent Tengku Hassanal Ibrahim Sultan Abdu...
Pru 15 Siapa Perdana Menteri Baru Malaysia 2022

Pru 15 Siapa Perdana Menteri Baru Malaysia 2022

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 83 hits
Salam Haii 22 11 22Cantik tarikh hari ni ngam pulak timing22 11 22Kann Tapi sehingga kini masih lagi belum ada pertabalan siapa Perdana Menteri baru Malaysia samadaDSAI Atau TSMY Sama2 kita doakan dan nantikan
Hippindo Dukung Upaya Penghentian Impor Pakaian Bekas Secara Ilegal

Humairah Nak Happy Family Nak Ibu Abah Nurul Shuhada Menangis Apabila Anaknya Berkata Doanya Masih Belum Dimakbulkan

Guna Akaun 2 Kwsp Bayar Ptptn

Menjaga Keseimbangan Dalam Hidup Kunci Untuk Kesehatan Mental

Hiduplah Baik Baik Bukan Sekadar Bernafas

30 Days To Lower Cholesterol Levels

I Fitri 2023 Bantuan Aidilfitri Rakyat Terengganu Perantau

Pembersihan Kerana Masalah Disiplin Bukan Persaingan



5 Alasan Logik Untuk Lelaki Tambah Isteri

Akademi Fantasia AF Kembali Di Tahun 2023

Panduan Ringkas Cara Solat Sunat Dhuha

Misteri Kad Emas McDonald s Makan Percuma Sepanjang Hayat

8 Fakta Biodata Hazeeq Dean Pelakon Gandingan Amir Ahnaf Kahar Drama Berepisod Projek High Council Astro Go


Hoorrey X Fest Raya 72 Jam Tanpa Henti Menghimpunkan 100 Usahawan Dan Selebriti Popular

Suke Tv Umum Program Baru Untuk Tahun 2023

Melayan Black Sausage Bun Kat 7 Eleven Cafe

Tarikh Bayaran Str Fasa 2 Jumlah Pembayaran Bila Masuk Akaun

Kesihatan Beransur Pulih Uai Dibenar Keluar Dari Hospital

Pelbagai Pilihan Koleksi Baju Raya Di Butik Aisy Asyraf Shah Alam