Pasar Malam Penaga Penang
Balik ambik Rania dari sekolah, nampak kereta parking tepi jalan.
Kereta banyak-banyak ada apa ni?
Hahahaha.
Sibuk je nak tahu 🤣
Konalah pi tengok.
Sekali.
Haaaaa.. ada Pasar Malam uols..
Baru ku tahu..
Ajiomlah kita.. jalan jalan cuci mata sesambil cari makan..
Dah lama tak mai pasar malam sejak sejak negara di landa penyakit berjangkit tu
Susu legend pon ada. Sedap di minum. Ni susu lembu bukan susu kambing. Ada pelbagai periaa.
Ada menu goreng-goreng. Menu goreng tu ada cili jeruk sedaplah makan, kan! Nasi goreng, mee goreng, koteow goreng.
Ada jualan buah kurma
Yong tau foo pon ada.. menu celup celup gini sukalah. Tapi pastikan penjual letak tanda harga ye.. menu gini main cedok cedok bila nak bayar nganga jap 🤣
Kadang harganya boleh tahan. Selepas dah siap bagitau harga, muka pon macam cekodok. Kecut semacam.
If orang berduit tak ada hal. Sian ke orang yang tak berapa nak ada.
Nak mudah, pembeli ringankan mulut bertanya.. tapi mau berkali kali customer mai dok tanya, jenuh juga penjual nak jawab.. hahaha. Padahal benda sama je.
Tak susah pkn buat tanda harga. Buat sendiri boleh. Beli tanda harga dekat kedai eco yang cantik cantik tu boleh.
Kita buat dia kan. So, adjust bagi molek. Penjual mudahkan urusan pembeli. In shaa Allah pembeli juga akan mudahkan urusan kalian.
Buah-buahan pon ada. Pilihlah ikut anak tekak nak makan apa.
Menu lain macam biasalah.
Ada air balang. Ayam goreng ala ala kepci. Sate. Kuih muih. Makanan Thailand pon ada.. somtam, kerabu maggi, miangkam dan sosej bakar pelbagai jenis tu.
Kain baju ada juga. Jualan mask masih ada.
Apa pon selamat membeli. Kecik je pasar malam ni. Tepi sungai. Bolehlah habuan cuci mata, cuci poket.
Selamat malam. K bye 😅
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ciksusweet.blogspot.com/2022/03/pasar-malam-penaga-penang.html