Lelaki Dikompaun Langgar Sop Ziarah Raya


Bernama
 Memasuki Syawal kedua semalam masih ada individu yang tidak mengendahkan arahan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) terutama dengan melakukan ziarah Hari Raya selain masih ada cubaan melakukan pergerakan rentas negeri.
Aktiviti ziarah-menziarahi hanya dibenarkan untuk Hari Raya pertama sahaja berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan sebelum ini, manakala pergerakan rentas negeri sehingga kini masih tidak dibenarkan.
Bagi ziarah Hari Raya, pihak berkuasa telah mula mengenakan kompaun terhadap mereka yang terlibat jelas melanggar SOP yang ditetapkan.
Itulah nasib yang dialami oleh seorang pemilik rumah di Taman Selayang Mutiara, Batu Caves di Kuala Lumpur petang tadi, apabila dikompaun kerana terdapat ramai orang di rumahnya untuk ziarah Raya.
Lelaki berusia 35 tahun itu berkata dia tidak mengetahui kebenaran untuk tidak lebih daripada 20 orang mengunjungi sesebuah rumah untuk menyambut Hari Raya, hanya tertakluk pada raya pertama.
"Saya ingatkan boleh pada raya kedua, ikutkan saya memang sudah hadkan tidak lebih daripada 20 orang dalam rumah saya tadi termasuk ahli keluarga," katanya.
Bagi seorang remaja berusia 19 tahun pula, hasrat berhari raya tidak kesampaian berikutan pemeriksaan polis di rumah tersebut.
Semasa pemeriksaan dari rumah ke rumah oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, remaja tersebut sebelum itu dilihat tiba di halaman rumah berkenaan dengan menaiki motosikal bersama rakannya.
Remaja berasal dari Pasir Mas, Kelantan, itu berkata dia mempunyai kekangan untuk pulang beraya di kampung membuatkan dia ingin menyertai sambutan Hari Raya di rumah berkenaan.
"Ikutkan saya memang rasa tidak sedap hati nak datang sebab saya maklum kerajaan bagi arahan hanya boleh beraya pada hari pertama sahaja, tapi maklumlah saya kampung jauh di Kelantan jadi saya datanglah ke sini dengan hasrat untuk menjamah juadah makanan dan sebagainya," katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pemeriksaan di rumah itu mendapati kira-kira 18 individu didapati berkumpul dalam rumah berkenaan yang jelas melanggar SOP PKPB dengan pemilik rumah dikenakan kompaun.
Di Port Dickson, Negeri Sembilan pula, polis mengeluarkan empat kompaun terhadap individu yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran pada Hari Raya pertama, semalam.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua kompaun berkenaan dikeluarkan ketika sekatan jalan raya di Kilometer 26, Jalan Lukut-Port Dickson iaitu sempadan daerah Port Dickson dan daerah Sepang, Selangor.
“Antara yang dikompaun empat sekeluarga dari arah Sepang dipercayai menghala ke Melaka atas alasan mahu beraya sedangkan alamat pada kad pengenalan beralamat di Melaka,” katanya.
Situasi berbeza di Terengganu semalam, apabila polis negeri berkenaan tidak mengeluarkan kompaun berkaitan kesalahan melanggar SOP semasa sambutan Hari Raya di negeri Pantai Timur itu.
Ketua Polis Terengganu Roslee Chik berkata pada sambutan hari raya pertama semalam, 31 kampung, 21 taman perumahan dan 42 keluarga telah diperiksa oleh pihak keselamatan di seluruh negeri, selain 10 amaran secara lisan tanpa sebarang kompaun dikeluarkan.-Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/lelaki-dikompaun-langgar-sop-ziarah-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Langgar Arahan Pkpb Ziarah Aidilfitri Enam Sahabat Dikompaun Rm1000 Setiap Seorang

Langgar Arahan Pkpb Ziarah Aidilfitri Enam Sahabat Dikompaun Rm1000 Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 432 hits
Kegembiraan enam sahabat menyambut Aidilfitri di sebuah rumah dekat Penaga di sini membawa padah apabila mereka dikompaun kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kompaun RM1 000 setiap seorang itu dikeluarkan selepas polis ...
039 Hantu Durian 039 Dikompaun Langgar Sop

039 Hantu Durian 039 Dikompaun Langgar Sop

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 354 hits
BALIK PULAU Seramai 22 pelanggan yang sedang menikmati durian di Sungai Pinang dekat sini termasuk pemilik tapak jualan dikompaun ingkar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di sini hari ini Kesemua mereka beru
Tuan Rumah Dikompaun Kerana Benarkan Tetamu Ziarah Pada Hari Raya Kedua

Tuan Rumah Dikompaun Kerana Benarkan Tetamu Ziarah Pada Hari Raya Kedua

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 478 hits
GOMBAK Kesian tetamu dah sampai di depan rumah takkanlah tak bagi mereka masuk Itu antara alasan diberikan seorang tuan rumah ketika polis membuat pemeriksaan mengejut ke kediamannya di Taman Selayang Mutiara Batu Caves di sini petang tadi ...
Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

Bermalam Dikira Langgar Sop Aktiviti Ziarah Pada Aidilfitri Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 494 hits
Bermalam dikira melanggar Prosedur Operasi Standard yang dikeluarkan kerajaan bagi aktiviti ziarah menziarahi sempena Aidilfitri jelas Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menerusi sidang media harian mengenai Perintah
Sepatutnya Tiada Lagi Budaya Ziarah Selepas Hari Raya Pertama

Sepatutnya Tiada Lagi Budaya Ziarah Selepas Hari Raya Pertama

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 650 hits
Ismail Sabri menegaskan kebenaran mengunjungi rumah ahli keluarga hanya diberi pada hari raya pertama sahaja Tiada lagi budaya ziarah selepas hari raya pertama Ismail Sabri Orang ramai perlu menerima perubahan dengan tidak lagi boleh meneru...
Covid19 Penjarakan Sosial Ketika Ziarah Raya Hampir Mustahil Pakar Beri Amaran

Covid19 Penjarakan Sosial Ketika Ziarah Raya Hampir Mustahil Pakar Beri Amaran

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 358 hits
Pakar kesihatan bimbang tindakan kerajaan membenarkan ziarah pada hari pertama raya Aidilfitri membawa risiko peningkatan kes Covid 19 Pakar runding kanak kanak Datuk Profesor Dr Zulkifli Ismail berkata penjarakan sosial mustahil dalam suas...
Panduan Solat Raya Di Rumah Dan Sop Sambut Aidilfitri Semasa Pkpb

Panduan Solat Raya Di Rumah Dan Sop Sambut Aidilfitri Semasa Pkpb

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 763 hits
YAB Perdana Menteri pada 10 Mei 2020 mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020 Ini bermakna semua peraturan dan Standard Operational Procedure yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB sebelum ini akan ...
Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 552 hits
Polis dan tentera akan menziarahi rumah rumah yang didapati banyak kenderaan diletakkan di luar kediaman semasa Aidilfitri Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa akan membuat rondaan dan memantau setiap rumah sepanjang tem...
Aktiviti Ziarah Hanya Pada Hari Raya Pertama

Aktiviti Ziarah Hanya Pada Hari Raya Pertama

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 396 hits
Aktiviti ziarah menziarahi pada hari perayaan hanya dihadkan pada hari pertama sahaja Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti itu juga hanya terhad kepada 20 orang sahaja pada hari tersebut terdiri daripada ahli keluar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba