Pasangan Yang Idamkan Baby Girl Boleh Cuba Petua Ini Mana Tahu Rezeki
Seronoknya kalau dapat baby girl, boleh pakai baju matching dengan Mama. Tetapi ada ke tips dapat anak perempuan yang boleh dicuba?
Mencari petua dapat anak perempuan
Adakah hati anda teruja setiap kali melihat baju bayi perempuan yang cantik? Jawapannya mestilah, kan?
Sebab itulah anda memilih untuk membaca artikel ini, kerana ingin mengetahui petua dapat anak perempuan.
Seperkara yang perlu anda ketahui, sebarang tips dapat anak perempuan mahupun lelaki secara semula jadi ini tidak menjaminkan 100% kejayaan.
Namun jika anda benar-benar menginginkan untuk hamil bayi perempuan, tiada salahnya untuk mencuba. Bahkan, anda mempunyai peluang sebesar 50%.
Sudah bersedia untuk mencuba petua dan cara bagi memperolehi cahaya mata perempuan? Jom kita lihat satu persatu!
Tips dapat anak perempuan
Sebenarnya, tidak kira bayi lelaki atau perempuan, paling penting adalah anak yang dilahirkan itu sihat.
Pun begitu tidak dinafikan, setiap pasangan mempunyai impian mereka sendiri untuk mempunyai bayi perempuan.
Antaranya mungkin kerana membesar dengan adik-beradik lelaki atau sudah mempunyai anak lelaki.
Terdapat pelbagai cara boleh dicuba untuk mendapatkan bayi perempuan, cuma 1 perkara yang perlu diingatkan adalah pada akhirnya sperma yang akan menentukan jantina bayi.
Berikut antara 6 cara yang boleh dicuba:
Kaedah Shettles
Kaedah ini telah digunakan untuk pemilihan jantina bayi sejak tahun 1960-an. Ia dikatakan berjaya mencapai kadar kejayaan sehingga 75% bagi pasangan berkahwin yang mengidamkan bayi perempuan.
Perkara penting yang perlu diberikan perhatian berkaitan kaedah ini adalah:
Anda perlu melakukan hubungan seks antara 2 hingga 4 hari sebelum ovulasi jika mahu hamil anak perempuan
Anda harus elakkan hubungan seksual apabila terdapat lendir faraj warna putih telur. Itu adalah petanda sedang mengalami ovulasi
Anda digalakkan untuk bersama pasangan pada hari-hari awal kitaran haid dan mengelakkannya beberapa hari sebelum dan selepas ovulasi
Sebagai tips dapat anak perempuan melalui kaedah Shettles ini, seorang wanita harus sedaya upaya mengelakkan daripada mengalami klimaks sehingga pasangan anda selesai ejakulasi. Ia bagi mengelakkan persekitaran menjadi lebih beralkali
Pilihan berteknologi tinggi
Antara petua dapat anak perempuan adalah dengan menggunakan teknologi tinggi. Ia termasuklah:
Persenyawaan in-vitro (IVF) dengan ujian genetik pra implantasi (preimplantation genetic testing, PGT). embrio yang dihasilkan melalui IVF akan diuji secara genetik. Walaupun ia biasanya dilakukan untuk memeriksa kelainan kromosom tetapi juga dapat memberikan maklumat mengenai jantinanya
Pemilihan sperma. Ia kurang invasif berbanding IVF dengan PGT
Umumnya, kedua-dua kaedah di atas agak invasif, memerlukan perbelanjaan besar dan tidak ditawarkan di semua tempat.
Posisi seks
Posisi ketika melakukan seks juga boleh mempengaruhi kemampuan sperma untuk mencapai telur. Ia meliputi jarak antara seviks dan sel sperma semasa ejakulasi berlaku.
Secara am:
Bagi mendapatkan bayi lelaki, penetrasi yang lebih dalam semasa seks dianggap sebagai kunci utama
Untuk hamil anak perempuan pula, penetrasi yang tidak terlalu dalam adalah optimum. Posisi missionary atau face-to-face adalah pilihan terbaik kerana ia menghadkan kedalaman penetrasi
Sel sperma lelaki yang kecil akan berenang dengan cepat tetapi hanya untuk tempoh pendek sebelum penat.
Dengan menghindari penembusan zakar yang mendalam, ia akan menghalang sel sperma lelaki untuk mencapai dan mensenyawakan telur.
Tiada orgasma dan lebih banyak seks
Menurut pakar dalam pemilihan jantina bayi, mengelakkan orgasma adalah kunci tips dapat anak perempuan.
Ini kerana orgasma wanita akan melepaskan rembesan alkali yang dapat membantu sel sperma lelaki bertahan lebih lama.
Tanpa rembesan ini, sel sperma lelaki sukar untuk bertahan dan kurang peluang untuk mencapai telur.
Jika menginginkan bayi perempuan, anda disarankan untuk lebih melakukan seks, terutamanya menjelang hari ovulasi.
Ini kerana ia akan mengurangkan jumlah sperma pasangan, sekali gus sel sperma lelaki yang menyertai perlumbaan persenyawaan juga rendah.
Pemakanan sebagai tips dapat anak perempuan
Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan peluang anda mengandung baby girl.
Ada yang mempercayai diet vegetarian dapat membantu anda hamil anak perempuan, terutamanya jika mengambil bayam, kekacang dan brokoli. Anda juga disarankan untuk memilih makanan tinggi kalsium dan magnesium.
Kurangkan garam
Jika mahukan bayi perempuan, diet rendah garam dikatakan dapat meningkatkan peluang anda. Penyelidikan menunjukkan diet tinggi natrium dan kalium lebih menyukai sel sperma lelaki.
Anda harus menyingkirkan makanan seperti:
Daging masin
Zaitun
Keju biru
Makanan yang diproses
Tidak salah mencuba tips dapat anak perempuan
Jika anda sudah lama mengidam untuk mendapatkan seorang baby girl, anda boleh mencuba petua dapat anak perempuan di atas.
Walaupun ada banyak bukti anekdot mengenai kejayaan kaedah-kaedah tersebut, tetapi hasil bagi setiap individu adalah berbeza.
Walau apa pun, tiada salahnya untuk mencuba. Mungkin ada rezeki anda untuk mendapat anak perempuan, paling penting jangan putus asa!
Kredit: Hello Doktor
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Pasangan Yang Idamkan Baby Girl Boleh Cuba Petua Ini, Mana Tahu Rezeki! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pasangan-yang-idamkan-baby-girl-boleh-cuba-petua-ini-mana-tahu-rezeki/