Pasangan Kekasih Proses Kanabis Jadi Biskut Dan Kek


PERALATAN dan bahan membuat kek dan biskut yang dirampas polis. FOTO ihsan polis
Kuala Lumpur: Kegiatan sepasang kekasih memproses dadah kanabis menjadi kek dan biskut sebelum dijual antara RM50 hingga RM100 sejak lima bulan lalu tumpas selepas ditahan polis dalam dua serbuan berasingan kelmarin.


Apa yang membimbangkan kemungkinan kanak-kanak turut menjadi mangsa jika terbeli kek dan biskut mengandungi kanabis itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, bertindak atas maklumat, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur menjalankan risikan selama sebulan ke atas satu sindiket dadah yang didalangi oleh warga tempatan.

Menurutnya, sindiket ini aktif di kawasan Lembah Klang dan susulan itu menerusi Ops Storm pada 3.50 petang polis melancarkan dua serbuan berasingan membabitkan nilai rampasan dan sitaan RM491,089.

"Serbuan pertama yang dijalankan, polis berjaya menahan Honda City warna kelabu di hadapan lobi sebuah residensi di Jalan Pudu, di sini dan menahan lelaki berusia 34 tahun.

"Polis kemudian merampas dua kotak dan satu beg kertas yang mengandungi 25 balang biskut berasaskan kanabis seberat 7.375 kilogram (kg) bersama 53 biji kek mengandungi kanabis seberat 5.32 kg," katanya dalam kenyataan hari ini.

BISKUT dan kek berasaskan kanabis yang dirampas polis. FOTO ihsan polis Sahar berkata, hasil soal siasat polis kemudian menyerbu sebuah residensi di PJ Midtown, Jalan Kemajuan, Petaling Jaya, Selangor jam 6.30 petang.

"Polis menahan wanita berusia 28 tahun dan merampas 131 balang biskut berasaskan kanabis seberat 35.9 kg, 41 kek seberat 4.305 kg, lapan ketulan mampat kanabis, empat periuk berisi cecair kanabis, dua ketuhar elektrik, mesin pengadun dan peralatan membuat kek serta biskut.

"Siasatan awal polis mendapati pasangan kekasih menjadikan kediaman mereka yang disewa lapan bulan lalu dengan bayaran RM3,000 sebulan sebagai tempat memproses kek dan biskut berasaskan kanabis," katanya.


Beliau berkata, hasil siasatan lanjut, modus operandi sindiket adalah dengan mendapatkan bekalan kanabis dan seterusnya memproses sendiri untuk dijadikan kek dan biskut untuk dipasarkan pada harga RM100 bagi sebalang biskut dan RM50 bagi satu biji kek seberat 100 gram.

"Pelanggan terdiri daripada kenalan rapat lelaki itu di dalam media sosial iaitu Instagram.

"Dipercayai juga bahawa biskut dan kek ini mempunyai impak negatif jika dimakan oleh golongan kanak-kanak," katanya.

BISKUT berasaskan kanabis yang dirampas polis. FOTO ihsan polis Katanya, polis menasihatkan orang ramai tidak membeli atau memiliki apa jua makanan yang mempunyai kandungan kanabis atau dadah lain yang merbahaya terutama kepada kanak-kanak.

"Hasil ujian saringan awal polis suspek lelaki positif kanabis dan mereka tidak memiliki rekod jenayah lampau.


"Lelaki itu direman enam hari bermula semalam manakala teman wanitanya direman seminggu bermula semalam," katanya.

Menurutnya, nilai rampasan dadah RM229,299 manakala kereta RM250,000 serta wang tunai RM11,790.00 menjadi jumlah keseluruhan rampasan dan sitaan RM491,089.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan," katanya.

SOURCE: Hmetro

Kongsikan artikel ini: ***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Kickbola Network dan langgan saluran Telegram BeritaUp2Date untuk kemas kini berita terkini.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/09/pasangan-kekasih-proses-kanabis-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proses Dadah Jadi Biskut Kek Jual Dalam Talian Pasangan Kekasih Ditahan

Proses Dadah Jadi Biskut Kek Jual Dalam Talian Pasangan Kekasih Ditahan

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 216 hits
Polis berkata pelanggan pasangan itu terdiri daripada kenalan rapat di laman sosial Instagram PETALING JAYA Kegiatan sepasang kekasih yang memproses serta menjual kek dan biskut berasaskan kanabis secara dalam talian terbongkar selepas mere...
Pasangan Kekasih Edar Biskut Kek Ganja Berdepan Tali Gantung

Pasangan Kekasih Edar Biskut Kek Ganja Berdepan Tali Gantung

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 173 hits
MALAYSIAKINI Sepasang kekasih yang disyaki melakukan perbuatan memproses dan mengedar biskut berasaskan ganja di Petaling Jaya kini berdepan hukuman gantung sampai mati Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Sahar Abd Lati...
Selebriti Tiktok Hidup Bahagia Menjadi Pasangan Sejenis Di German Dan Dalam Proses Mengambil Anak Angkat

Selebriti Tiktok Hidup Bahagia Menjadi Pasangan Sejenis Di German Dan Dalam Proses Mengambil Anak Angkat

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 306 hits
Selebriti TikTok Indonesia Ragil Mahardika pernah sebelum ini mencuri perhatian di media sosial apabila dia berkongsikan kepada umum mengenai kehidupannya sebagai gay dan sudah berkahwin dengan pasangannya di Jerman
Nibongtebal Pdrm Bongkar Makmal Proses Dadah 7 Lelaki Ditahan

Nibongtebal Pdrm Bongkar Makmal Proses Dadah 7 Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 243 hits
Polis membongkar makmal memproses dadah di sebuah kondominium mewah di Bukit Tambun Simpang Ampat dan menahan tujuh lelaki bersama dadah pelbagai jenis bernilai RM184 335 dalam siri serbuan di sekitar Nibong Tebal di sini Jumaat lepas Ketua...
Jenazah 3 Kru Pesawat Rimbun Air Dibawa Ke Rsud Mimika Untuk Proses Identifikasi

Jenazah 3 Kru Pesawat Rimbun Air Dibawa Ke Rsud Mimika Untuk Proses Identifikasi

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 218 hits
Jenazah ketiga awak pesawat Rimbun Air itu masing masing Pilot Hj Mirza co pilot Fajar dan teknisi Iswahyudi dievakuasi ke Timika dengan pesawat Rimbun Air PK OTJ
Lelaki Hadiahkan Duit Untuk Harijadi Kekasih Beli Itik Video

Lelaki Hadiahkan Duit Untuk Harijadi Kekasih Beli Itik Video

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 207 hits
Lelaki Hadiahkan Duit Untuk HariJadi Kekasih Beli Itik VIDEO JAKARTA Seorang wanita dari Sumatera Utara menjadi tular di media sosial apabila mendedahkan dia hanya meminta hadiah berupa ternakan itik daripada kekasihnya sempena hari lahir l...
Siapa Sangka Ini 4 Peranan Penting Suami Dalam Proses Meng Asihi Istrinya

Siapa Sangka Ini 4 Peranan Penting Suami Dalam Proses Meng Asihi Istrinya

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 262 hits
Bukan hanya ibunya saja yang bekerja keras tapi ada peran sang suami yang nggak kalah penting
Kerajaan Dalam Proses Perkasa Undang Undang Syariah Termasuk Akta 355

Kerajaan Dalam Proses Perkasa Undang Undang Syariah Termasuk Akta 355

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 204 hits
Pelan pemerkasaan dirangka bagi tempoh 5 tahun dari 2020 hingga 2025 BANGI Bagi memperkasakan undang undang syariah khususnya di Wilayah Persekutuan kerajaan telah merangka Pelan Pemerkasaan Undang undang Syariah bagi tempoh 5 tahun iaitu d...
Pabrik Baru Hyundai Indonesia Capai 95 Persen Saat Ini Proses Uji Coba Produksi

Pabrik Baru Hyundai Indonesia Capai 95 Persen Saat Ini Proses Uji Coba Produksi

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 220 hits
Pabrik baru Hyundai Indonesia di Cikarang Bekasi Jawa Barat sudah mencapai 95 persen Pabrik raksasa otomotif asal Korea Selatan ini dikelola oleh PT Hyundai Motor Manufacturing Indonesia
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever