Proses Dadah Jadi Biskut Kek Jual Dalam Talian Pasangan Kekasih Ditahan


 
Polis berkata pelanggan pasangan itu terdiri daripada kenalan rapat di laman sosial Instagram.PETALING JAYA: Kegiatan sepasang kekasih yang memproses serta menjual kek dan biskut berasaskan kanabis secara dalam talian terbongkar selepas mereka ditahan polis dalam Ops Storm Selasa lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Sahar Abd Latif, berkata pihaknya menahan seorang lelaki tempatan di lobi sebuah residensi di Jalan Pudu kira-kira 3.50 petang.
“Pemeriksaan ke atas kereta jenis Honda City dipandu lelaki berusia 34 tahun itu menemui dua kotak dan beg kertas mengandungi 25 balang biskut dan 53 biji kek berasaskan kanabis masing-masing seberat 7,375g dan 5,320g.
“Berdasarkan soal siasat, polis seterusnya menyerbu sebuah residensi di kawasan PJ Midtown, Jalan Kemajuan, Petaling Jaya, kira-kira 6.30 petang dan menahan seorang wanita tempatan berusia 28 tahun,” katanya dalam menurut laporan Kosmo.
Sahar berkata, dalam serbuan itu polis merampas 131 balang biskut berasaskan kanabis (35,900g), 41 biji kek berasaskan kanabis (4,305g), dan lapan ketulan mampat kanabis (7,820g).
“Turut dirampas empat periuk berisi cecair kanabis (31,000g), dua ketuhar elektrik, sebuah mesin pengadun dan beberapa peralatan untuk membuat kek juga biskut serta wang tunai RM11,790 termasuk sebuah kenderaan jenis BMW X3,” katanya.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek merupakan pasangan kekasih yang menjadikan kediaman disewa dengan kadar bayaran RM3,000 sebulan itu sebagai tempat memproses kek dan biskut berasaskan kanabis.
“Modus operandi mereka adalah mendapatkan bekalan dadah jenis kanabis dan seterusnya memproses sendiri dadah itu untuk dijadikan kek dan biskut sebelum dipasarkan pada harga RM100 bagi sebalang biskut dan RM50 bagi sebiji kek (100g).
“Pelanggan mereka terdiri daripada kenalan rapat suspek pertama di media sosial Instagram dan lelaki berkenaan turut didapati positif dadah jenis kanabis namun kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.
Sahar berkata, suspek lelaki direman enam hari hingga 13 September manakala pasangannya direman hingga 14 September bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/proses-dadah-jadi-biskut-kek-jual-dalam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Kekasih Proses Kanabis Jadi Biskut Dan Kek

Pasangan Kekasih Proses Kanabis Jadi Biskut Dan Kek

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 270 hits
PERALATAN dan bahan membuat kek dan biskut yang dirampas polis FOTO ihsan polis Kuala Lumpur Kegiatan sepasang kekasih memproses dadah kanabis menjadi kek dan biskut sebelum dijual antara RM50 hingga RM100 sejak lima bulan lalu tumpas selep...
Pasangan Kekasih Edar Biskut Kek Ganja Berdepan Tali Gantung

Pasangan Kekasih Edar Biskut Kek Ganja Berdepan Tali Gantung

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 200 hits
MALAYSIAKINI Sepasang kekasih yang disyaki melakukan perbuatan memproses dan mengedar biskut berasaskan ganja di Petaling Jaya kini berdepan hukuman gantung sampai mati Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Sahar Abd Lati...
Nibongtebal Pdrm Bongkar Makmal Proses Dadah 7 Lelaki Ditahan

Nibongtebal Pdrm Bongkar Makmal Proses Dadah 7 Lelaki Ditahan

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 266 hits
Polis membongkar makmal memproses dadah di sebuah kondominium mewah di Bukit Tambun Simpang Ampat dan menahan tujuh lelaki bersama dadah pelbagai jenis bernilai RM184 335 dalam siri serbuan di sekitar Nibong Tebal di sini Jumaat lepas Ketua...
Pasangan Suami Isteri Positif Dadah Ceroboh Pecahkan Pintu Kaca Ipd Ranau

Pasangan Suami Isteri Positif Dadah Ceroboh Pecahkan Pintu Kaca Ipd Ranau

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 241 hits
Keadaan papan tanda kaca IPD Ranau yang rosak ekoran dirempuh pasangan suami isteri dalam kejadian kelmarin Foto Ihsan PDRM RANAU Polis daerah ini menahan sepasang suami isteri ekoran tindakan pasangan itu menceroboh masuk Ibu Pejabat Polis...
Pengedar Dadah Ditahan Selepas Terdail No Telefon Polis Ketika Tidur

Pengedar Dadah Ditahan Selepas Terdail No Telefon Polis Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 435 hits
The ReporterSeorang pengedar dadah di Jerman ditahan polis selepas dia tertidur dan secara tidak sengaja menghubungi talian kecemasan melalui telefon bimbitnya Operator di pusat panggilan kecemasan yang menerima panggilannya kira kira jam 1...
Selebriti Tiktok Hidup Bahagia Menjadi Pasangan Sejenis Di German Dan Dalam Proses Mengambil Anak Angkat

Selebriti Tiktok Hidup Bahagia Menjadi Pasangan Sejenis Di German Dan Dalam Proses Mengambil Anak Angkat

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 353 hits
Selebriti TikTok Indonesia Ragil Mahardika pernah sebelum ini mencuri perhatian di media sosial apabila dia berkongsikan kepada umum mengenai kehidupannya sebagai gay dan sudah berkahwin dengan pasangannya di Jerman
Tendang Motosikal Pasangan Kekasih Hingga Jatuh Sebelum Samun

Tendang Motosikal Pasangan Kekasih Hingga Jatuh Sebelum Samun

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 225 hits
Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan PETALING JAYA Tiga lelaki bertindak menendang seb...
Pasangan Kekasih Cedera Akibat Diserang Motosikal Dilarikan

Pasangan Kekasih Cedera Akibat Diserang Motosikal Dilarikan

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 193 hits
Oleh NURAINA HANIS ABD HALIM PETALING JAYA Sepasang kekasih cedera selepas dipercayai diserang serta disamun tiga lelaki di Jalan Kuching menghala pusat bandar dekat sini tengah malam tadi Kejadian 12 10 tengah malam itu dipercayai berlaku ...
Selit Dompet Mengandungi Rm15 240 Ketika Urus Niaga Dadah 3 Termasuk Wanita Ditahan

Selit Dompet Mengandungi Rm15 240 Ketika Urus Niaga Dadah 3 Termasuk Wanita Ditahan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 201 hits
Dompet mengandungi wang tunai RM15 240 ditemui diselit di dalam seluar wanita yang ditahan bersama dua pengedar dadah di Pitas malam tadi Foto Ihsan IPD Kota Marudu KOTA MARUDU Kegiatan dua lelaki dan seorang wanita yang aktif mengedar dada...
Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Urban Renewal Not A Dirty Term

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kekuatan Sebenar Emas Kenapa Perlu Pegang Fizikal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Disleksia Punca Simptom Cara Merawat Tips Mengatasi

Samsung S25 Edge Siap Dirilis Bagaimana Spesifikasinya Cek Di Sini

Lempeng Cicah Sambal Bilis Sarapan Pagi Ini

Kebodohan Apakah Yg Berlaku Kpd Pkr Di Tahun 2025 Soal Dsrr

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Ufp 2 Fun 28 2024 5 Top 88 By Morgan