Pasal Harta Tengku Nan Najib Sindir Mahathir Dan Anwar

Perdana Menteri Najib Razak mempertahankan kekayaan Setiausaha Agung  BN Tengku Adnan Mansor yang mencecah angka hampir RM800 juta, seperti  didedahkan di mahkamah.
Najib memetik sebuah buku yang menyebut  Tengku Adnan sering berniaga bersama jutawan Vincent Tan dan pernah  memiliki kepentingan saham yang besar dalam syarikat media The Star,  Watan dan Mutiara Telecommunications (kini DiGi telecommunications).
“Pada tempoh itu, PM adalah PM keempat (Mahathir) dan menteri kewangan ialah bakal PM ke-5/6/7/8/9. (Anwar Ibrahim)... Tengku Adnan ada sebut Anwar banyak beri projek kepada dia tapi dia sokong Mahatir (Editor MR baca di sini)
“Sebab itu, perlu tanya mereka berdua jika nak tahu bagaimana Tengku Adnan menjadi kaya masa itu,” kata Najib.   

   SPRM semalam memulakan siasatan bagaimana kekayaan Tengku Adnan itu diperoleh.
Tengku  Adnan dilaporkan berpuas hati dengan pendedahan berkaitan kekayaannya  itu, yang dibuat setelah hakim menolak permohonan agar pengisytiharan  harta beliau dibuat secara tertutup.
Tengku Adnan berkata beliau mengisytiharkan aset RM938,643,566.16 pada 2001 semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.
       Pada  tahun 2006 pula Tengku Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah  RM711,325,822. Pada masa itu, beliau dilantik sebagai menteri  pelancongan oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Pada 2013, Tengku  Adnan mengisytiharkan asetnya berjumlah RM691,770,649 kepada Najib  Razak. Tengku Adnan adalah Menteri Wilayah Persekutuan untuk keseluruhan  penggal.
Pada 2016, Tengku Adnan membuat perisytiharan aset sebanyak RM782,748,061.
Pasaran saham rancak awal 90-an
Menulis di Facebook hari ini, Najib berkata pasaran saham Malaysia sangat rancak pada awal tahun 1990-an
“Itulah masa Tengku Adnan menambah kekayaan,” katanya.

Tengku Adnan Mansor Najib  juga berkata ketika dilantik sebagai timbalan menteri pada tahun 2001  oleh perdana menteteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad, Tengku Adnan  sudah memiliki aset hampir RM1 bilion.
“Kan PM ketujuh (Mahathir) pernah pesan kepada rakyat pada bulan Januari lalu?
"Jangan simpan rasa iri hati pada orang kaya, pesan Dr M,” katanya memetik kenyataan Mahathir pada 6 Januari
MR :  Macai PH mana nak baca maklumat macam ini, mereka tahu minum kencing aje..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/pasal-harta-tengku-nan-najib-sindir.html