Pas Umno Wajar Agih Kerusi Exco Jika Ikhlas Berpadu


Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
[email protected]

KUALA TERENGGANU:  Empat kerajaan negeri yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan PAS dicabar membuktikan kerjasama dan penyatuan dua parti itu dengan menzahirkannya dalam bentuk agihan kerusi EXCO dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Cabaran itu disuarakan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail, bagi membuktikan kerjasama UMNO dan PAS bukan retorik atau senda politik semata-mata.

Beliau berkata, adalah penting untuk PAS dan UMNO membuktikan bahawa agenda penyatuan dan kerjasama dua parti itu benar-benar ikhlas untuk kepentingan rakyat sepertimana yang sering dicanangkan kepada ahli dan penyokong kedua-dua parti.

“Di negeri pentadbiran BN seperti Pahang dan Perlis, masing-masing mempunyai 10 dan lapan jawatan EXCO kerajaan negeri.

“Justeru tiga daripada jawatan EXCO itu di Pahang patut diisi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS, manakala dua jawatan sama perlu diberikan kepada ADUN PAS di Perlis.

“Begitu juga di negeri pentadbiran PAS iaitu Kelantan dan Terengganu yang masing masing mempunyai 10 jawatan EXCO kerajaan negeri.

“PAS mesti membuktikan dan mencerminkan kerjasama dengan UMNO itu dengan melantik dua ADUN dari BN sebagai EXCO di Kelantan, manakala di Terengganu pula PAS seharusnya menyerahkan tiga jawatan EXCO kepada BN,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kegagalan kerajaan negeri UMNO dan PAS melaksanakan cabaran itu membolehkan rakyat berhak untuk mempertikai keikhlasan penyatuan dua parti itu.

“Keadaan itu akan menjadi bukti bahawa kedua-dua parti sedang bersandiwara kepada penyokong masing-masing, malah kepada seluruh rakyat Malaysia pada ketika ini dengan permainan politik mereka dan bukan usaha murni kerjasama seperti dijanjikan,” katanya.

Beliau berkata, alasan kerjasama dijalin PAS dan UMNO hanya dalam bentuk kerjasama yang mereka namakan ‘taawun’ tidak boleh diterima pakai kerana kedua-dua parti berganding erat dalam beberapa isu termasuk mengenai Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU355) di Parlimen.

“Perkara ini (kerjasama) sudah nampak dari awal sebagai contoh dalam isu RUU355 di peringkat kepimpinan politik masing-masing, cuma tidak ada pelantikan jawatan dibuat.

“Ini adalah kerja asas. Mereka sudah adakan banyak pertemuan dan perbincangan, tetapi tidak dibuktikan dengan kedudukan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Inilah satu-satunya bukti yang ditunggu-tunggu rakyat terutama pengundi di empat negeri terbabit,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/pas-umno-wajar-agih-kerusi-exco-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
30 Kerusi Umno Pas Ancam Ph

30 Kerusi Umno Pas Ancam Ph

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 607 hits
TUMPANG gemar menggodek godek sejarah masa lalu Bila sejarah silam diadunkan dengan masa kini banyak teladan dan iktibar singgah di benak fikiran lubuk hati Kerajaan campur an Pas Perikatan yang ber jaya dimeterai pada 1974 merupakan cetusa...
Mahathir Sepatutnya Bawa Ppbm Bersama Umno Atau Pas Jika Ikhlas Mahu Umat Islam Bersatu Khalil

Mahathir Sepatutnya Bawa Ppbm Bersama Umno Atau Pas Jika Ikhlas Mahu Umat Islam Bersatu Khalil

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 785 hits
Balas seruan Dr M Khalil pelawa Bersatu bersama PAS Umno Membalas seruan Dr Mahathir Mohamad berkenaan penyatuan parti Melayu Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi mengajak Bersatu untuk bersama sama PAS dan Umno demi um...
Taawun Pas Umno Gugat 20 Kerusi Ph

Taawun Pas Umno Gugat 20 Kerusi Ph

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 345 hits
SALMAH MAT HUSAIN24 JUNE 2019Mohd Amar Abdullah bersama anggota Exco dan peserta International Young Muslimah Forum KOTA BHARU Taawun PAS dan Umno ternyata mampu menggugatkan kerajaan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 ...
Selangor Pas Delegate Wants Guideline For New Level Ties With Umno

Selangor Pas Delegate Wants Guideline For New Level Ties With Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 620 hits
PAS MUKTAMAR A PAS central delegate today said it was acceptable for party leaders to officiate Umno branch annual general meetings but it wouldn t be right for Umno to do the same for PAS meetings In debating in support of a motion by the ...
Elections Will Be Pas Umno Vs Pakatan Says Tuan Ibrahim

Elections Will Be Pas Umno Vs Pakatan Says Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 636 hits
PAS and Umno have agreed to join forces to fight the ruling Pakatan Harapan coalition in any election the Islamist party s deputy president said Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man told Utusan Malaysia in an interview published today that the two p...
Umno Nak Berguru Dengan Pas Claim Pas Selepas Umno Kalah

Umno Nak Berguru Dengan Pas Claim Pas Selepas Umno Kalah

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 407 hits
Ada pemimpin Umno didakwa mengakui bahawa parti itu perlu belajar daripada PAS selepas mereka kalah dalam pilihan raya umum pada tahun lalu Mendedahkan hal itu Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata beliau diberitahu mengenai hal itu daripad...
Sanggupkah Pas Bertanding Kerusi Yg Sedikit Demi Perpaduang Melayu

Sanggupkah Pas Bertanding Kerusi Yg Sedikit Demi Perpaduang Melayu

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 376 hits
Presiden PAS sudah isytihar akan menjalin hubungan dgn UMNO Segala amanah yg diterima dari Arwah Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil telah dibakul sampahkan Berita Harian melaporkan Jelas generasi PAS sekarang tidak hormat dan memandang rend...
Umno Pas Bukan Perangi Sesiapa Penyatuan Demi Ummah

Umno Pas Bukan Perangi Sesiapa Penyatuan Demi Ummah

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 428 hits
RAWANG 16 Jun 8211 Timbalan Presiden yang menjalankan tugas tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yakin hasil jalinan penyatuan ummah antara UMNO dengan PAS gabungan ini akan merampas empat negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Harap...
Umno Pas Rancang Perhimpunan Ummah Terbesar

Umno Pas Rancang Perhimpunan Ummah Terbesar

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 400 hits
25 Jun 2019 6 53 PMDATUK SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMANKUALA LUMPUR UMNO merancang mengadakan satu perhimpunan bersama Pas yang khalayaknya lebih besar daripada Himpunan anti ICERD 8 Disember tahun lalu di Dataran Merdeka tidak lama lagi serent...
Zafrul Malaysia Could Face Tariff Up To 100pct If Us Trade Deal Rejected

Politicians Fire At Anwar For Unfair Trade Deal That Sells The Country S Rights

Malaysia Launches Manhunt For Seven Linked To Singapore S Scam Network

Termination Of Rhb Staff Who Shared Doctored Image Of Pmx In Israeli Flag Saree A Precious Lesson To All Pas Diehards

Fenomena Beratur Daya Tarikan Minuman Manis Di Mixue Dan Zus

Zaid Hopes Barisan Nasional 2 0 Will Emerge Amid Rifts In Bersatu

Exco Pemuda Bersatu Disiasat Isu Video Berkaitan Perjanjian Dagangan M Sia As

Perangkap Makanan Menilai Keselamatan Di Sebalik Kecantikan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kemarin Adalah Kehidupan Yang Berlalu Rialiti Sebuah Blogspot Com

Quick Beef Goulash Recipe Nigella

Cara Terminate Unifi Online Je

Self Care Weekend Untuk Mak Mak Bukan Anak Je Perlukan Healing

Melly Lee Kamu Istimewa Chord

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia