Pas Umno Tidak Akan Bercantum Tuan Ibrahim


Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
[email protected]
TIMBALAN Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
- NSTP/Eizairi Shamsudin
KUALA LUMPUR: PAS menegaskan mereka hanya ‘bercantum’ dengan UMNO dalam konteks muafakat politik bagi mempertahankan agenda Islam di negara ini dan bukannya bergabung dengan gerakan parti berkenaan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ini kerana secara dasarnya PAS sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama bagi mempertahankan agenda Islam dan kaum Melayu di negara ini.

“Buat masa ini, PAS dan UMNO tidak akan bergabung dalam gerakan politik kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan manakala UMNO sendiri berdepan dengan pelbagai masalah.

“Namun, dalam konteks muafakat politik, kita (PAS) bekerjasama mengikut keperluan bagi mempertahankan agenda terbabit.

“Ia penting dalam usaha untuk menguatkan lagi blok pembangkang kerana sejak kebelakangan ini, banyak cabaran yang dihadapi mendorong kita semua duduk bersama demi muafakat politik bagi mempertahankan agenda Islam dan Melayu di Malaysia” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pelawaan terbuka Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepada PAS untuk bersama-sama mereka dalam gerakan politik, pada satu majlis ceramah di Kampung Gajah, Perak, malam tadi.

Ahmad Zahid dilaporkan berkata UMNO mengakui kesilapan mereka kerana bermusuhan dengan PAS selama ini dan bekas timbalan perdana menteri itu menyalahkan seorang ‘atok’ atas permusuhan berkenaan.

“Selama 61 tahun UMNO memerintah, 22 tahun adalah di bawah kepimpinan beliau.

“Beliau ajar kami membenci PAS, beliau ajar kami membenci DAP tapi sekarang mereka sedang bercium mulut sesama sendiri,” katanya yang dikatakan merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, Ahmad Zahid berkata, beliau mahu melakukan ‘pembetulan’ dan menganggap kesilapan itu membawa hikmah tersendiri.

“Ya sheikh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, insya-Allah, UMNO di bawah kepimpinan saya, kita bercantumlah.

“Kita bercantum, kita ketepikan perbezaan di kalangan kita atas nama Islam, Melayu, Malaysia dan Bumiputera,” katanya.

Bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mengambil giliran berucap selepas Ahmad Zahid dikatakan tidak mengulas langsung mengenai pelawaan itu.

Sebaliknya, beliau sekadar mengulangi tentangan parti terbabit kepada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan memberi amaran untuk turun ke jalan raya jika kerajaan tetap mahu mengiktiraf konvensyen berkenaan.

Menurut Tuan Ibrahim lagi, tindakan Abdul Hadi yang tidak mengulas mengenai pelawaan itu sebenarnya secara tidak langsung sudah memberikan jawapan bagi pihak parti.

“Presiden PAS tidak menjawab pelawaan itu langsung, maksudnya bahawa PAS sememangnya buat masa ini tidak akan bercantum dengan UMNO dalam gerakan politik,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/11/pas-umno-tidak-akan-bercantum-tuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pun Nak Kena Haram Dah Elok Benarlah Ia Bercantum Dengan Pas

Umno Pun Nak Kena Haram Dah Elok Benarlah Ia Bercantum Dengan Pas

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 714 hits
Buat pertama kalinya setelah UMNO kini hilang kuasa dan Pas pula memanjang gagal mendapatkan kuasa kedua dua parti disarankan agar segera bercantum Gesaan bercantum itu bukan calang calang siapa yang membuat seruannya tetapi oleh Presiden U...
Ajk Pas Pusat Mahu Pas Umno Cepat Berkahwin

Ajk Pas Pusat Mahu Pas Umno Cepat Berkahwin

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 404 hits
AJK PAS Pusat Mahu PAS Umno Cepat Berkahwin Seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS hari ini menyuarakan sokongan terhadap kerjasama antara parti itu dengan Umno menyifatkan ia tak boleh ditangguh lagi susulan perkembangan semasa negara Mokh...
Pas Kini Sudah Jadi Macam Umno Sama Sama Assabiyah

Pas Kini Sudah Jadi Macam Umno Sama Sama Assabiyah

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 384 hits
Hanya kerana isu ICERD yang sepatutnya tidak perlu lagi terus dibangkitkan Pas secara nyata telah menukar perjuangannya daripada Islam kepada agenda bangsa serta perkauman yang sempit Tentulah tidak menjadi kesalahan jika Pas sekadar memper...
Kerjasama Pas Umno Jangan Tunggu Lama Lama Kata Mokhtar

Kerjasama Pas Umno Jangan Tunggu Lama Lama Kata Mokhtar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 381 hits
MALAYSIAKINI Seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS hari ini menyuarakan sokongan terhadap kerjasama antara parti itu dengan Umno menyifatkan ia tak boleh ditangguh lagi susulan perkembangan semasa negara Mokhtar Senik berkata kerjasama itu...
Kenapa Pas Dan Umno Tak Berarak Pasal 1mdb

Kenapa Pas Dan Umno Tak Berarak Pasal 1mdb

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 454 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyindir Umno dan PAS cuba jadi juara Melayu berhubung isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum meskipun berdiam diri berhubung skandal 1MDB Kini Umno dan PAS cu...
Ulama Pas Mahu Kerjasama Pas Umno Disegerakan

Ulama Pas Mahu Kerjasama Pas Umno Disegerakan

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 382 hits
Seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS hari ini menyuarakan sokongan terhadap kerjasama antara parti itu dengan Umno menyifatkan ia tak boleh ditangguh lagi susulan perkembangan semasa negara Mokhtar Senik berkata kerjasama itu akan menghas...
Umno Pas Told To Stop Fanning Racial Tension With Icerd Focus On Drug Problems Instead

Umno Pas Told To Stop Fanning Racial Tension With Icerd Focus On Drug Problems Instead

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR Umno and PAS have been told to stop fanning racial and religious tension by playing up the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination issue says Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad T...
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal