Pas Tuntut Penjelasan 4 Hotel Tabung Haji Ditutup


MALAYSIAKINI



PAS menuntut penjelasan berhubung surat yang tular mengatakan empat rangkaian hotel di bawah kumpulan TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) telah ditutup.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji (LTH), Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Mujahid Yusof dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi penjelasan sekiranya benar penutupan hotel berkenaan.


“PAS meminta justifikasi kukuh berhubung perkara ini. Adakah keempat-empat hotel tersebut mengalami masalah kewangan yang serius? Adakah ia akan diambil alih oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) atau dijual kepada pihak lain?

“PAS turut bimbang dengan nasib semua aset hartanah LTH bernilai RM1.4 bilion (nilai buku) yang telah dipindahkan kepada UJSB antaranya tanah TRX KL (RM196 juta), Platinum Park (RM486 juta) dan tanah Presint 4 Putrajaya (RM92 juta).

“Apakah sebenarnya makna pemulihan jika aset-aset LTH milik umat Islam boleh dipindah milik kepada pihak lain dengan sewenang-wenangnya?,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, tular surat Tabung Haji di media sosial yang mengumumkan penutupan empat hotel di bawah naungan LTH, yang ditandatangani pemangku pengarah urusan kumpulan dan ketua pegawai eksekutif THHR Zulkefli Ahmad bertarikh 17 Feb lalu.

Dalam surat berkenaan dinyatakan empat buah hotel THHR di TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi dan perkhidmatan berkuatkuasa 1 Apr depan.

Dinyatakan, penamatan operasi dan perkhidmatan tersebut merupakan keputusan tidak dapat dielakkan memandangkan operasi dan pengurusan hotel terlibat sudah atau akan diambil alih UJSB.

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan ketulenan surat berkenaan dan sedang menghubungi pihak berkaitan untuk pengesahan.

Sementara itu, Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM) turut menzahirkan rasa kesal atas berita berkenaan dan menggesa pihak yang terbabit untuk memberikan jawapan dari sudut ekonomi tentang dakwaan penamatan operasi hotel tersebut.

“Alasan “keputusan yang tidak dapat dielakkan” sangat kabur dan meragukan.

“Persoalaannya sekarang, adakah kewangan Tabung Haji begitu teruk hingga masih mencairkan aset-aset milik Tabung Haji ala jualan penghabisan stok,” kata ketua DPIM Shahir Adnan dalam satu kenyataan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/pas-tuntut-penjelasan-4-hotel-tabung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Empat Hotel Tabung Haji Ditutup April

Empat Hotel Tabung Haji Ditutup April

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 424 hits
MALAYSIAKINI Empat buah hotel yang dimiliki Lembaga Tabung Haji dikatakan telah menutup operasi Ini selepas notis dalaman oleh TH Hotel Residence Sdn Bhd yang mengumumkan perkara itu tular di media sosial Hotel berkenaan adalah TH Hotel Kot...
Tutup Hotel Ini Penjelasan Tabung Haji

Tutup Hotel Ini Penjelasan Tabung Haji

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 422 hits
KUALA LUMPUR Operasi empat Hotel Tabung Haji akan diteruskan di bawah pengurusan baharu iaitu UJ Property Management Sdn Bhd Menurut Lembaga Tabung Haji pengambilalihan operasi dan perkhidmatan rangkaian hotel oleh UJPM merupakan sebahagian...
Kenapa Perlu Hentikan Operasi Hotel Hotel Tabung Haji Asyraf Wajdi

Kenapa Perlu Hentikan Operasi Hotel Hotel Tabung Haji Asyraf Wajdi

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 710 hits
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan kenapa empat hotel milik Kumpulan TH Hotel and ...
4 Hotel Tabung Haji Tutup

4 Hotel Tabung Haji Tutup

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 626 hits
RASA CURIGA PENUTUPAN HOTEL TABUNG HAJI HOTEL LAIN OK JE PAS TUNTUT PENJELASAN PAS turut bimbang dengan nasib semua aset hartanah LTH bernilai RM1 4 bilion yang telah dipindahkan kepada UJSB antaranya tanah TRX KL Platinum Park dan tanah Pr...
Aset Tabung Haji Tabung Haji Hotel Residence

Aset Tabung Haji Tabung Haji Hotel Residence

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 438 hits
Miqdad zakariaBab 1 Mula mula kita kena fahami Istilah 1 Aset Bangunan Hotel2 Operator Hotel Tabung Haji Hotel Residence Dalam bahasa mudahnya Aset merujuk kepada Kenderaan Operator merujuk kepada Pemandu Kenderaan Dalam isu Tabung Haji yan...
Tuntut Penjelasan Penamatan Operasi Hotel Thhr

Tuntut Penjelasan Penamatan Operasi Hotel Thhr

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 265 hits
TUNTUT PENJELASAN PENAMATAN OPERASI HOTEL THHRParti Islam Se Malaysia menuntut satu penjelasan tuntas daripada pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berhubung penamatan operasi sert...
Umno Pas Desak Kerajaan Ph Tubuh Rci Siasat Tabung Haji

Umno Pas Desak Kerajaan Ph Tubuh Rci Siasat Tabung Haji

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 620 hits
PETALING JAYA Muafakat Nasional PAS Umno mendesak kerajaan agar menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat semua dakwaan salah laku penyelewengan dan skandal dalam Lembaga Tabung Haji seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan ...
Urusharta Jamaah Ambil Alih 4 Hotel Tabung Haji

Urusharta Jamaah Ambil Alih 4 Hotel Tabung Haji

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 525 hits
BERITABerita ini dikemas kini dengan kenyataan rasmi Tabung Haji Empat hotel Tabung Haji di Kota Kinabalu Bayan Lepas Alor Setar dan Kuala Terengganu dipindah milik kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan medi...
Percanggahan Kenyataan Antara Tabung Haji Thhr Dan Mujahid

Percanggahan Kenyataan Antara Tabung Haji Thhr Dan Mujahid

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 445 hits
SETELAH tular surat penamatan operasi dan hospitaliti 4 Hotel Tabung Haji di bawah Kumpulan TH Hotel and Residence Sdn Bhd sehingga menimbulkan keresahan rakyat hari ini Lembaga Tabung Haji tampil menjelaskan melalui kenyataan medianya Namu...
Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Rumahkueh Kak Zu Traditional Malaysian Kuih Haven In Kajang Authentic Since 2000

10 Cadangan Perfume Lelaki Bau Alam Air Terjun Segar Natural Menarik

Heidi Klum S Legs And Feet In Tights 22

Program Arab Saudi Winter Is Alive

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Bila Dah Lama Tak Update Blog

Ng999 Penggunaan Sistem Panggilan Kecemasan Negara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedai Pakistan Di Madinah

Monjauro Part 3

Sleeve Cup Custom Branding Murah Tapi Nampak Premium

Malaysia Catat Lebihan Akaun Perdagangan Setelah 14 Tahun Defisit

Ecrl Kejadian Runtuh Di Mrr2 Nasib Penumpang Sebuah Kereta

Rasa Lembut Rapi Dan Segar Macam Baru Di Cuci Softlan Hidupkan Pengalaman Just Washed Dalam Pawagam