Pas Tidak Kuat Di Rantau Masih 50 50




Posted By: Pentadbiron: March 17, 2019 Print EmailSOKONGAN PAS untuk Umno tidak akan berulang dalam pilihan raya kecil (PRK) Rantau, seperti di Cameron Highlands dan Semenyih sebelum ini, kata penganalisis politik.Ketua penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, PAS lemah di kawasan itu, berdasarkan pola pengundian dalam pilihan raya umum yang lalu.Walaupun pengundi Rantau tidak mengundi selepas calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Hassan menang tanpa bertanding, pengundi PAS di kerusi negeri itu hanya menyumbang lebih kurang 700 undi kepada calon mereka untuk kerusi Parlimen Rembau.Kerusi negeri Rantau ini sebaliknya akan jadi ujian, parti mana yang lebih – Umno dan BN atau PKR dan Pakatan Harapan (PH) – dari segi strategi, disiplin dan pengurusan.PRK Semenyih sebaliknya, kata Yusri, akan ditentukan oleh pengundi India yang merupakan 27% daripada keseluruhan pengundi di kawasan itu. Rantau juga mempunyai 53% pengundi Melayu dan 19% Cina.“Jika PH memperolehi undi daripada majoriti pemilih India, mereka hanya memerlukan sekitar 10% lebih undi daripada segmen Melayu untuk menang, jika kadar keluar mengundi masih rendah seperti siri-siri PRK pasca PRU14 yang lain,” kata Yusri.Beliau merujuk pada peratusan keluar mengundi yang kurang daripada 50% di tiga PRK di Selangor (Sungai Kandis, Balakong dan Seri Setia) serta kurang 70% di Port Dickson dan Cameron Highlands.Presiden PKR Anwar Ibrahim pada Isnin mengumumkan Dr S Streram sekali lagi sebagai calon PH di Rantau.Pada PRU14, Streram disekat daripada bertanding apabila pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis tidak membenarkan beliau masuk ke pusat penamaan calon kerana tidak mempunyai pas calon.Beliau mencabar kemenangan tanpa bertanding Mohamad melalui petisyen di mahkamah dan menang. Mahkamah mengisytiharkan kemenangan Mohamad terbatal dan pilihan raya diadakan semula bagi kawasan Rantau.PRK Semenyih pada awal bulan ini mencatatkan peratusan mengundi lebih baik iaitu lebih 70% tetapi pada masa sama menyaksikan kempen atas garis kaum dan agama oleh BN.Yusri berkata, walaupun sokongan pengundi Melayu kepada PH agak merosot sejak akhir-akhir ini, 10% pengundi Melayu itu masih dalam jangkauan kerana 25% pengundi Melayu di Rantau memilih PH untuk kerusi Parlimen dalam PRU14.Pensyarah kanan di Universiti Malaya, Mohamad Tawfik Yaakub percaya Umno akan terus mengangkat retorik kaum dan agama dalam kempennya di Rantau, walaupun kawasan itu mempunyai bilangan pengundi bukan Melayu yang besar.“Apatah lagi pelbagai isu melibatkan Melayu Islam timbul sekarang misalnya yang terbaru isu LGBT dalam perhimpunan hari wanita, hujung minggu lalu.“Inilah isu-isu yang akan dijanakan sebagai senjata bagi membangkitkan kemarahan pengundi Melayu Islam sekaligus meningkatkan sokongan kepada Umno di DUN Rantau,” katanya.Tawfik juga percaya PH membuat percaturan silap memilih Streram sebagai calon kerana dalam persekitaran semasa, katanya, calon Melayu lebih sesuai.“Dengan 53% pengundi Melayu di Rantau, PH seolah-olah beri kemenangan mudah kepada Umno,” kata pensyarah di Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik itu.Beliau yakin tokoh Melayu dalam PH yang dihormati penduduk setempat, seperti bekas menteri Rais Yatim yang kini mengetuai Bersatu Negeri Sembilan, mungkin lebih sesuai.“Jika Rais bertanding, saya yakin PH boleh memberi saingan paling sengit di DUN Rantau,” katanya.Sebelum ini, 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Rantau membuat bantahan sebulat suara menolak Streram sebagai calon di kerusi itu.Alasan mereka, pakar bius itu yang juga timbalan ketua cabang PKR Rembau bukan anak tempatan. Beliau hanya datang ke Rembau pada 2017, kata mereka.Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang juga menteri besar berkata PKR sedar adanya bantahan itu dan sudah mengadakan pertemuan hati ke hati dengan mereka dan berharap semua pihak dapat menerima keputusan pimpinan.“Saya harap semua ahli PKR dapat menerimanya, hormati keputusan pimpinan pusat,” katanya.Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir berkata, pengumuman lebih awal pencalonan Streram adalah untuk meredakan bantahan itu.“Sebelum calon dikemukakan memang ada pandangan berlainan, sebab itu parti ambil keputusan umum sekarang,” katanya.“Pada saya itu bukan bantahan tapi lebih kepada cadangan sebab saya lihat pendekatan Anwar buka ruang kepada semua kemuka pandangan sebelum keputusan dibuat,” katanya, kepada The Malaysian Insight.Majlis pengumuman pada Isnin itu turut disertai Ketua Cabang PKR Rembau, R Tanggam yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon dan namanya diserahkan oleh akar umbi ke ibu pejabat.Pada sidang media mengumumkan pencalonan Streram, Anwar berkata PH tidak akan termakan umpan BN untuk meletakkan calon Melayu mereka yang menggunakan isu dan kaum dan agama adalah “oportunis yang hilang rasional”.PH sebaliknya akan mengangkat isu keadilan sosial tanpa mengira kaum, tegas Anwar.“Kita tidak akan benarkan perjuangan kita dirampas oleh mereka yang ada agenda perkauman.“Kebimbangan Melayu kita sedar, tetapi masalahnya kemiskinan, pengabaian, masalah yang dihadapi India dan Cina yang miskin. Lebih munasabah kita beri pendekatan untuk rakyat Malaysia yang terpisah daripada pendekatan kaum yang hanya berikan manfaat kecil kepada kelompok kecil,” kata Anwar.Menurut Yusri, pertembungan BN dan PH di Rantau ini akan jadi persaingan strategi dan taktik untuk mengimbangi politik retorik kaum dan agama yang dijangka akan jadi bahan kempen.“Jika PH lemah mengatur gerak, BN akan meneruskan dominasi dan momentum, akan keluar sebagai pemenang, dibantu oleh ketidakpuasan segmen Melayu Muslim yang memuncak terhadap kerajaan PH sekarang.“Jika PH pandai mengatur taktikal, mereka tidak akan memberi laluan mudah kepada BN untuk meneruskan rentak kemenangan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/03/pas-tidak-kuat-di-rantau-masih-50-50.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bn Tak Layak Dapat Undi Melayu Pas Di Prk Rantau

Umno Bn Tak Layak Dapat Undi Melayu Pas Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 293 hits
Sokongan akar umbi PAS dijangka beralih arah kepada undi protes dengan mereka tidak mengundi pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan pada pilihan raya kecil Rantau akan datang kata Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman Beliau berkat...
Prk Rantau Jawatankuasa Pilihanraya Ph Akan Bersidang Muhyiddin

Prk Rantau Jawatankuasa Pilihanraya Ph Akan Bersidang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 713 hits
Astro Awani MUHYIDDIN Jawatankuasa pilihanraya kita akan bersidang dan persediaan lain sebenarnya sudah dimulakan di negeri dan kawasan Gambar fail PUTRAJAYA Jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Harapan akan bersidang bagi menentukan sebarang k...
Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

Mat Sabu Sukar Menang Di Rantau Ph Masih Dianggap Barua Dap

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 291 hits
Diterbitkan pada 08 March 2019Mohamad Sabu mengakui PH sukar untuk menang dalam PRK DUN Rantau pada 13 April ini Foto oleh Shafwan ZaidonSHAH ALAM 8 Mac Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mengakui Pakatan Harapan sukar untuk menang d...
Prk Rantau Akar Umbi Pas Tak Undi Umno

Prk Rantau Akar Umbi Pas Tak Undi Umno

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 642 hits
PRK Rantau semakin hangat dibibir pembicara politik sama ada dari pembangkang atau kerajaan Sehari dua ni heboh pula dibualkan kononya akar umbi Pas tidak akan undi calon BN kerana kecewa dengan dasar pusing terbalik Pas terhadap Umno Beber...
Obligasi Mandatori Pas Menangkan Umno Di Rantau Surat Sua Pas

Obligasi Mandatori Pas Menangkan Umno Di Rantau Surat Sua Pas

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 408 hits
PAS akan menggabungkan jenteranya dengan jentera Umno bagi menghadapi PRK DUN Rantau yang akan berlangsung 13 April ini Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ia bagi memastikan kempen kedua dua parti berjalan lancar dan berkesan PA...
It S Better To Vote One Of Our Own Kind A Day In The Life Of Umno Scarred Rantau

It S Better To Vote One Of Our Own Kind A Day In The Life Of Umno Scarred Rantau

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 334 hits
It was a very hot afternoon in Rantau yesterday Yup I went and spent the whole day there Woke up in the morning and just decided to have a look at the place It s a typical small town with rows of shophouses along the main trunk road and vil...
Mohamad Hasan Umno Bn Candidate For Rantau A Proud And Unfriendly Person

Mohamad Hasan Umno Bn Candidate For Rantau A Proud And Unfriendly Person

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 248 hits
Mohamad Hasan or Tok Mat as he is called from my view point is a very proud and unfriendly person Negeri Sembilan during his MBship witness no real development to boast about Even his hometown Rantau nothing substantial could be seen except...
Debaran Di Prk Rantau

Debaran Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 274 hits
Keputusan pilihan raya kecil Rantau pada 13 April ini akan membawa seribu satu makna kepada politik negara Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri Rantau pada pilihan raya umum ke 14 iaitu Dr S Streram akan berentap dengan Timbalan Presiden Um...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Hadiah Hari Guru

Pengampunan Najib Mencetus Krisis Perlembagaan

Deep Bowl Glass Pipes A Versatile Choice For Smoking Concentrates

Igaming Games Vendor United Kingdom Adapting To The Evolving Digital Landscape



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


How To Choose The Perfect Dining Table If You Like Entertaining

Rrd 03 House By Paulo Henrique Paranhos In Brazil

Adik Wanie Feat Adam Zbp Dudo Sengat Jando Chord

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Suspect Family Kept To Themselves In Commune Say Nearby Residents