Debaran Di Prk Rantau


Timmy Say 


Keputusan pilihan raya kecil Rantau pada 13 April ini akan membawa seribu satu makna kepada politik negara. Calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri Rantau pada pilihan raya umum ke-14, iaitu Dr S Streram akan berentap dengan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Selepas kekalahan berturut-turut yang dialami Pakatan Harapan di Cameron Highlands dan Semenyih yang diwakili calon DAP dan PPBM, kini tiba giliran calon PKR menebus maruah PH dengan berdepan gabungan politik baru, Umno-PAS.

Tiada insan yang lebih mengharapkan kemenangan PRK Rantau daripada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Kekalahan parti Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad di Semenyih membuka peluang bagi Anwar membuktikan dirinya sebagai bakal perdana menteri berwibawa.

Sekiranya PKR menang di Rantau, Anwar akan muncul sebagai pemimpin PH pertama yang mempunyai kapasiti mengalahkan Umno-PAS, selepas DAP dan PPBM gagal di Cameron Highlands dan Semenyih.
Kemenangan PKR juga secara tidak langsung membawa mesej kepada pendokong PH yang kini lesu untuk mendesak Dr Mahathir melepaskan kuasa secepat mungkin kepada Anwar di atas hujah mengembalikan moral dan sokongan kepada PH. Ketika itu, PPBM dan Dr Mahathir akan kehilangan hujah untuk melawan desakan ini.

Sekiranya Anwar gagal membantu PKR memenangi PRK Rantau, perkara sebaliknya pula akan berlaku. Pendokong PH akan mendapat mesej secara tidak langsung mereka masih memerlukan Dr Mahathir untuk terus memimpin PH di atas hujah tiada pimpinan PH yang lebih kuat daripadanya untuk menghadapi gabungan politik Umno-PAS.

Bukan itu sahaja, kekalahan PKR akan menyebabkan moral pendokong PH terus merudum sehinggakan mereka berpersepsi Anwar bukan solusi untuk menghadapi gabungan Umno-PAS dan mereka memerlukan orang lain.

Oleh itu, tidak perlu hairan jika Anwar berkempen di Rantau seolah-olah beliau yang bertanding dan bukannya Streram.

Selain itu, kemenangan PRK Rantau juga amat penting kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

 Sama ada kempen “bossku” akan terus hidup subur, meskipun keputusan mahkamah tidak memihaknya kelak, bergantung kepada keputusan PRK Rantau.

Kawasan Rantau amat berbeza dengan Semenyih dan Cameron Highlands kerana komposisi kaumnya lebih seimbang. Mampukah kempen “bossku” juga berkesan di kawasan sedemikian?

Jika Umno menang di PRK Rantau, kempen “bossku” dan tentera bawang yang dicetuskan kerananya akan terus hidup subur sehingga pilihan raya umum akan datang dan menjadi senjata yang boleh memberi maut kepada PH.

Masa depan Mohamad sebagai pemangku presiden Umno juga amat dipengaruhi keputusan PRK Rantau. Jika beliau menang, maka beliau akan menjadi presiden Umno akan datang dan peluang untuk Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang bercuti untuk pulang menguasai Umno semula amat malap.

Dari sudut gabungan Umno-PAS dengan MCA dan MIC yang membuat keputusan kekal di dalam BN, kemenangan PRK Rantau akan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan dan pendokong gabungan ini bahawa gabungan politik perlu dikekalkan sekiranya mereka berhajat merampas kuasa Putrajaya daripada tangan PH.

Bukan itu sahaja, lontaran Mohamad agar diwujudkan kerajaan campuran PAS dan Umno di negeri dikuasai mereka juga akan mendapat desakan awam untuk dilaksanakan.

Namun begitu, sekiranya Mohamad tewas, segala momentum akan terhenti dan pembangkang terpaksa kembali ke meja percaturan. PH boleh tersenyum dan menarik nafas lega, sekiranya Mohamad tewas di Rantau.

Pada 13 April ini, pengundi Rantau akan menentukan nasib Anwar, Mahathir, Mohamad, Zahid, kempen “bossku” dan perkembangan kerjasama Umno-PAS yang bakal menentukan hala tuju politik negara. PRK ini masih sunyi, tetapi ia sangat mendebarkan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/debaran-di-prk-rantau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peluang Menang Lebih Mudah Untuk Bn Di Prk Rantau

Peluang Menang Lebih Mudah Untuk Bn Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 307 hits
Penganalisis politik MIC BN dijangka terus menguasai DUN Rantau Lebih lebih lagi dengan peralihan sokongan pengundi Melayu kepada BN akhir akhir ini Gambar Astro AWANIPADA pilihan raya umum ke 14 Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan cal...
Tok Mat Ingatkan Pemimpin Umno Bn Hati Hati Berceramah Di Prk Rantau

Tok Mat Ingatkan Pemimpin Umno Bn Hati Hati Berceramah Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 335 hits
Tok Mat ingatkan pemimpin Umno BN hati hati berceramah di PRK Rantau Dikemas kini 24 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Streram Kekal Calon Ph Di Prk Rantau

Streram Kekal Calon Ph Di Prk Rantau

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 277 hits
Diterbitkan Hari ini 5 50 petangPRK RANTAU l Pakatan Harapan kekal mencalonkan Dr S Streram di PRK DUN Rantau Perkara itu diumumkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini Selain fakt...
Prk Rantau Kemiskinan Pengabaian Rakyat Pendekatan Kempen Ph Kata Anwar

Prk Rantau Kemiskinan Pengabaian Rakyat Pendekatan Kempen Ph Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 442 hits
DALIA ISMAIL Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis dengan barisan jawatankuasa jentera pilihan raya yang akan memimpin kempen di seluruh negari bag memastikan calon PH Dr S Stream menang dalam Pilihan Raya Kecil Dun Rant...
Prk Rantau Pada 13 April

Prk Rantau Pada 13 April

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 370 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan pilihan raya kecil Rantau akan diadakan 13 April ini Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata hari penamaan calon bagi kerusi DUN itu ditetapkan 30 Mac ini manakala pengundian awal pada 9 Ap...
Nurul Serang Tun Undi Tak Percaya Atau Prk Rantau

Nurul Serang Tun Undi Tak Percaya Atau Prk Rantau

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 663 hits
DALAM satu wawancara dengan The Straits Times Singapore ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga anak bakal PM Malaysia Nurul Izzah dilaporkan berkata I mean having to work with a former dictator who wreaked so much damage not just on our liv...
Prk Rantau Sesiapa Pun Boleh Menang Best Man Win Mohamad Hasan

Prk Rantau Sesiapa Pun Boleh Menang Best Man Win Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 612 hits
KUALA LUMPUR 5 Mac 8211 Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas tugas Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan berkata beliau akan bertanding dan berpolitik secara matang bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau di Pilihan Ray...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025