Pas Puas Begitu Ramai Peserta Himpunan Ummah


N Faizal GhazaliDiterbitkan 2019-05-05 10:53:00+08:00 

PAS memberi isyarat berpuas hati dengan kehadiran himpunan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang berlangsung di ibu negara, semalam, yang disifatkan parti itu sebagai "begitu ramai" peserta.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata himpunan tersebut berlangsung dengan baik walaupun notis penganjurannya dibuat dalam tempoh cuma seminggu.

"Himpunan itu berjaya dengan kehadiran begitu ramai (orang) walaupun notis hanya seminggu sahaja.

"Ia berjaya menyedarkan masyarakat tentang ancaman yang sedang melanda umat Islam daripada pelbagai isu yang dijelaskan," katanya kepada Malaysiakini.

Semalam Malaysiakini melaporkan kira-kira 1,000 peserta menghadiri himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur semalam.

Sumber polis Dang Wangi memaklumkan jumlah kehadiran peserta yang hadir lebih 3,000 orang.

Bagaimanapun penganjur berkata perhimpunan kali ini berjaya menarik kehadiran 10,000 peserta.

Himpunan berkenaan turut dihadiri pemimpin kanan Umno.
Untuk rekod ia dilangsungkan di kawasan tengah Kuala Lumpur yang memang menjadi pusat beli-belah terkenal di negara ini.

Kata Tuan Ibrahim kemunculan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik pada himpunan semalam menggambarkan kebimbangan mereka.

Beliau yang juga anggota parlimen Kubang Kerian menambah, kehadiran begitu ramai peserta menandakan rakyat sekarang mahu kerajaan bertegas terhadap tulisan, ugutan dan penghinaan kepada pihak yang berkaitan Islam.

Antara individu atau kumpulan yang didakwa PAS ditekan itu ialah mufti, pendakwah, raja-raja Melayu dan institusi agama.

"Ia perlu diambil tindakan segera," katanya.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, himpunan tersebut juga menandakan solidariti mereka kepada mangsa pelbagai dasar kerajaan PH, seperti isu kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, bahasa kebangsaan dan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Katanya, satu memorandum juga akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong, Majlis Raja-raja dan parlimen bagi memperincikan isu-isu berkaitan.

"Memorandum kepada pihak berwajib diharap dapat diambil tindakan segera," katanya yang turut hadir dalam perhimpunan semalam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/pas-puas-begitu-ramai-peserta-himpunan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Perpaduan Ummah Umno Pas Wajar Dibuat Di Bandaraya Kuala Lumpur

Himpunan Perpaduan Ummah Umno Pas Wajar Dibuat Di Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 574 hits
Ukhuwah merupakan satu konsep Islam yang menyatakan bahawa setiap Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara Banyak ayat ayat al Quran mahupun hadis hadis Rasulullah s a w yang memperkatakan dan mempertegaskan landasan konsep ini Bahk...
Arah Sokong Penuh Ke Himpunan Rakyat Ummah S Usaha Pas

Arah Sokong Penuh Ke Himpunan Rakyat Ummah S Usaha Pas

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 370 hits
DIMAKKLUMKAN PAS Pusat membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli...
Himpunan Pas Umno Semalam Jadi Bahan Lawak

Himpunan Pas Umno Semalam Jadi Bahan Lawak

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 742 hits
Penyertaan pemimpin Umno dan PAS dalam Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di Kuala Lumpur semalam disifatkan sebagai hipokrit demi kepentingan politik parti masing masing dengan mempergunakan nama Islam Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar berk...
Polis Siasat Himpunan Ummah

Polis Siasat Himpunan Ummah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 319 hits
Polis siasat himpunan Ummah Pihak berkuasa juga akan menilai ucapan yang disampaikan maklum Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan
Jom Hadir Himpunan Penyatuan Ummah Pahang

Jom Hadir Himpunan Penyatuan Ummah Pahang

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 796 hits
Admin dapat jemputan ni dari sahabat sahabat di Pahang Dengar katanya ramai juga yang akan hadir di program Himpunan Penyatuan Ummah Pahang kali ini Kalau ikut pertimbangan boleh la pergi Pergi pun bukan ada sebab lain Tapi sekadar nak meli...
Himpunan Perpaduan Ummah Bukan Untuk Diskriminasi Kaum

Himpunan Perpaduan Ummah Bukan Untuk Diskriminasi Kaum

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 328 hits
KUANTAN Himpunan Perpaduan Ummah yang dianjurkan oleh UMNO dan Pas bukan untuk memecah belahkan perpaduan kaum dan agama Exco Pemuda Pas Roslan Md Esa berkata himpunan berkenaan dan permuafakatan politik itu penting bagi memperkukuhkan perp...
Himpunan Menyemarakkan Ruh Perjuangan Semangat Kekuatan Perpaduan Ummah Wan Rosdy Wan Ismail

Himpunan Menyemarakkan Ruh Perjuangan Semangat Kekuatan Perpaduan Ummah Wan Rosdy Wan Ismail

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 316 hits
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berpandangan Himpunan Perpaduan Ummah yang diadakan adalah satu himpunan yang penuh bersejarah Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
300 Ngo Adakan Himpunan 4 Mei Ini Ummah

300 Ngo Adakan Himpunan 4 Mei Ini Ummah

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 396 hits
KUALA LUMPUR Sebuah himpunan yang akan menggabungkan 300 pertubuhan bukan kerajaan akan diadakan pada 4 Mei ini di Masjid Jamek di ibu negara Himpunan tersebut yang dipanggil Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam akan berarak dari masjid berke...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hidup Setiap Orang Berbeza

Diy Creative Quiet Books For Child With Fine Motor Skills

Menu Berbuka Puasa Ke 4

Rendang Cili Padi Sedap

Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat