Himpunan Perpaduan Ummah Bukan Untuk Diskriminasi Kaum



KUANTAN - Himpunan Perpaduan Ummah yang dianjurkan oleh UMNO dan Pas bukan untuk memecah-belahkan perpaduan kaum dan agama.

Exco Pemuda Pas, Roslan Md Esa berkata himpunan berkenaan dan permuafakatan politik itu penting bagi memperkukuhkan perpaduan umat khususnya kaum Melayu dan memartabatkan agama Islam.

Menurutnya, ini merupakan suatu modul dalam menjadikan rakyat khususnya kaum Melayu dan Islam agar bersatu semula demi kestabilan politik di negara ini.

"Tujuan kita cuma mahu menyatupadukan rakyat di Malaysia yang mana kita akan satukan dahulu kaum Melayu dan Islam di negara ini supaya orang Melayu tidak menyesal dan merempat di dalam negara mereka sendiri.

"Namun kaum selain Melayu dan mereka yang tidak beragama Islam jangan takut serta tidak perlu risau kerana agenda ini membawa kebaikan rakyat, bukan untuk memerangi sesiapa.

"Ini dibuktikan pemerintahan kerajaan terdahulu (BN) yang sangat menjaga kaum selain Melayu dan Islam di samping tidak mencabar kedaulatan perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas Program Santai Hi Tea dan Program Perpaduan Ummah Daerah Bentong di Felda Mempaga di sini semalam.



Dalam pada itu, Roslan berkata terdapat segelintir pihak yang cuba menyebarkan fitnah dan memesongkan fakta mengenai himpunan berkenaan dengan niat mewujudkan perselisihan faham antara kaum.

Menurutnya, penyatuan ummah khususnya antara UMNO dan Pas tidak akan menjejaskan orang bukan Islam yang akan terus mendapat pembelaan sewajarnya.

"Walaupun kerjasama ini menerima tuduhan dan pandangan negatif daripada sesetengah pihak, namun tidak akan menjejaskan pemuafakatan yang telah dipersetujui bersama antara Pas dan UMNO sebelum ini.

"Pemuafakatan politik antara Pas dan UMNO telah pun berlaku selepas Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969, apabila kepentingan orang-orang Melayu dan agama Islam mula cuba diganggu-gugat pihak lain," katanya.

Tambahnya, dua parti terbesar itu telah pun membuktikan bahawa mereka bukan sahaja mempunyai kekuatan orang Melayu dan Islam sahaja malah mempunyai kekuatan dan anggota selain daripadanya.

"UMNO mereka ada MCA, MIC dan Pas pula ada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang yang terdiri daripada ahli bukan Melayu dan tidak menganut agama Islam.

"Penyatuan umat Islam pada masa ini menunjukkan petanda positif termasuk dalam usaha memenangi PRU yang akan datang. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/05/himpunan-perpaduan-ummah-bukan-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Perpaduan Ummah Umno Pas Wajar Dibuat Di Bandaraya Kuala Lumpur

Himpunan Perpaduan Ummah Umno Pas Wajar Dibuat Di Bandaraya Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 508 hits
Ukhuwah merupakan satu konsep Islam yang menyatakan bahawa setiap Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara Banyak ayat ayat al Quran mahupun hadis hadis Rasulullah s a w yang memperkatakan dan mempertegaskan landasan konsep ini Bahk...
Himpunan Perpaduan Ummah Amaran Kepada Dap

Himpunan Perpaduan Ummah Amaran Kepada Dap

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 276 hits
Abdul Hadi dan Mohamad disambuut ribuan hadirin pada Himpunan Perpaduan Ummah Pahang malam tadi KUALA LUMPUR UMNO dan Pas memberi amaran kepada DAP agar menghentikan agenda dan tindakan mereka mencabar hak istimewa orang Melayu Bumiputera k...
Himpunan Ummah Cubaan Apikan Sentimen Kaum Agama Muhyiddin

Himpunan Ummah Cubaan Apikan Sentimen Kaum Agama Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 298 hits
Menjelang perhimpunan mempertahankan kedaulatan Islam pada 4 Mei ini Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memberikan amaran tegasnya terhadap pihak yang memiliki kecenderungan mengapi apikan sentimen kaum dan agama Ada pihak yang mendakwa ...
Himpunan Menyemarakkan Ruh Perjuangan Semangat Kekuatan Perpaduan Ummah Wan Rosdy Wan Ismail

Himpunan Menyemarakkan Ruh Perjuangan Semangat Kekuatan Perpaduan Ummah Wan Rosdy Wan Ismail

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 265 hits
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berpandangan Himpunan Perpaduan Ummah yang diadakan adalah satu himpunan yang penuh bersejarah Layari www umno online my Ikuti Facebook Twitter Instagram Telegram UMNO Online
300 Ngo Adakan Himpunan 4 Mei Ini Ummah

300 Ngo Adakan Himpunan 4 Mei Ini Ummah

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 338 hits
KUALA LUMPUR Sebuah himpunan yang akan menggabungkan 300 pertubuhan bukan kerajaan akan diadakan pada 4 Mei ini di Masjid Jamek di ibu negara Himpunan tersebut yang dipanggil Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam akan berarak dari masjid berke...
Arah Sokong Penuh Ke Himpunan Rakyat Ummah S Usaha Pas

Arah Sokong Penuh Ke Himpunan Rakyat Ummah S Usaha Pas

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 313 hits
DIMAKKLUMKAN PAS Pusat membuat ketetapan menyokong penuh Program Himpunan Rakyat Pertahan Kedaulatan Islam Dan Perlembagaan Negara yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah Sehubungan dengan ini PAS Pusat mengarah dan mengerah seluruh ahli...
Ummah Tepis Tuduhan Himpunan 405 Tiada Agenda Jelas

Ummah Tepis Tuduhan Himpunan 405 Tiada Agenda Jelas

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 289 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Tak harap kehadiran ramai tapi masih capai sasaran kata Aminuddin Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Haji Aminuddin Yahaya ketika berucap pada Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam di hadapan pusat beli belah Sogo Jalan Tu...
Lautan Pendukung Agenda Perpaduan Ummah Banjiri Padang Mpk1 Penuh Komitmen

Lautan Pendukung Agenda Perpaduan Ummah Banjiri Padang Mpk1 Penuh Komitmen

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 373 hits
KUANTAN 27 April Lautan rakyat dengan tema berbaju putih membanjiri Padang MPK 1 di sini malam tadi bagi menunjukkan ekspresi bersatu hati mendukung agenda perpaduan ummah di negara ini Rakyat yang hadir dari pelbagai latar belakang agama k...
Ramai Ingin Lihat Penyatuan Ummah Berhasil Tidak Ketepikan Kaum Lain

Ramai Ingin Lihat Penyatuan Ummah Berhasil Tidak Ketepikan Kaum Lain

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 257 hits
JOHOR BAHRU 2 Mei Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Ir Hasni Haji Mohamad melihat penyatuan ummah antara parti itu dan PAS bukanlah sama sekali mengenepikan mana mana bangsa dan agama lain di negara ini malah ianya akan mendatang...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Asan Lembu The Movie

Hospital Kuala Pilah

Potong Ikan Keluar Api

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Mangkuk Correle 2024

Diy Toy For Toddler

Peristiwa Nuzul Al Quran Dan Bekalan Air

Swaylin Bechuanka Nuan Chord

Sanusi Henti Retorik Kxp Tumpu Projek Loji Rawatan Air

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid