Pas Persefahaman Keharmonian Antara Agama
Kelantan promosi toleransi terhadap agama lain
KOTA BHARU: Sejak era pentadbiran Allahyarham Tan Sri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Kelantan serius mempromosikan sikap hormat dan toleransi terhadap agama-agama lain.
Timbalan Menteri Besar Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kerajaan negeri sangat menghormati agama-agama tersebut dan berusaha memperkukuhkan hubungan yang positif dengan komuniti agama lain di Kelantan.
Katanya perkara itu juga diterjemahkan pada kunjungan Kardinal Keuskupan Katolik Penang ke Kelantan bagi mencapai persefahaman dan keharmonian antara agama, terutamanya Islam dan Kristian.
“Kita percaya kunjungan Kardinal Keuskupan Katolik Penang sebagai langkah positif dan kami harap agar usaha tersebut terus berkembang dan memberikan manfaat kepada semua pihak,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.
Kunjungan rombongan Kardinal Keuskupan Katolik Penang diketuai Dato’ Seri Sebastian Francis disambut Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.
Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan Pengerusi Dewan Himpunan Pendukung PAS Kelantan Lim Guan Seng. Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10.
Dr Fadzli juga berkata, banyak isu dibincang pada pertemuan itu termasuk konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi dan sikap hormat-menghormati antara agama.
Selain itu turut disentuh isu-isu kemanusiaan di Palestin.
“Terima kasih kepada Kardinal Keuskupan Katolik Penang di atas kunjungan tersebut. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua dalam usaha mempromosikan keharmonian dan pemahaman antara agama-agama,” ujarnya.
Sementara itu Menteri Besar berkata, kehormonian rakyat pelbagai kaum Kelantan di bawah pentadbiran Membangun Bersama Islam merupakan tarikan utama perkongsian dalam pertemuan bersejarah tersebut. – HARAKAHDAILY 1/11/2023
Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS, persefahaman & keharmonian antara agama.
Sila lihat komen ini..
(i) ‘Perjanjian air Malaysia-Singapura melampaui had’. 100 tahun agak lama, akan memberi kesan besar kepada negara. Dedahkan perincian kepada umum, makluman atau perbincangan.
Tuan Ibrahim Tuan Man
“Pada pandangan saya, sepatutnya pihak luar tidak dilibatkan dalam pengkajian terhadap pengurusan sumber air di negara kita kerana ia melibatkan keselamatan negara,” tegas Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, di KL, hari ini.
(ii) Al-hamdulillah, ini bukti peranan ulamak canggih! Menangani masalah rakyat. Mengulas drama ‘Surat Dari Tuhan’.
Kontroversi yang dicetuskan drama lakonan Janna Nick (gambar tengah, bawah), Surat Dari Tuhan meraih perhatian Ahmad Yahaya dan Asma' Harun.
K/Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Ahmad Yahaya mengulas drama tersebut yang disiarkan di saluran TV3, dan mula ditayangkan di slot Samarinda bermula 30 Okt lalu. Drama yang telah menjadi bualan ramai susulan beberapa klip yang memaparkan dialog yang dianggap ‘melampau’ itu.
Semuaanya al-hamdulillah. (Sila rujuk HARAKAHDAILY 1/11/2023)
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar.
Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam.
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2023/11/pas-persefahaman-keharmonian-antara.html