Penganalisis Pas Tolak Sertai K Jaan Sebab Yakin Menang Pru16


malaysiakini.com
Hariz Mohd
Diterbitkan: Oct 22, 2023 11:00 AM
Kemenangan besar PN pada pilihan raya umum ke-15 dan pilihan raya negeri baru-baru ini mungkin mempengaruhi Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menolak menyertai kerajaan perpaduan, kata penganalisis politik.

Felo kanan Majlis Profesor Jeniri Amir berkata Hadi mungkin yakin PN akan menang pada pilihan raya umum akan datang.

Ini, katanya, boleh menjadi sebab mengapa pemimpin PAS itu sanggup kekal bersama gabungan pembangkang sekarang dan tidak berganjak mengkritik Perdana Menteri Anwar Ibrahim, PH dan Umno.

“Sekiranya Hadi menerima pelawaan menyertai kerajaan perpaduan Anwar, ia seolah-olah beliau 'jilat ludah sendiri'. Mengundurkan prinsipnya akan menjejaskan imejnya dan PAS secara amnya.
“Dia lebih suka kekal dalam pembangkang daripada mengorbankan prinsipnya.

“Kerana Hadi berpendapat PN akan dapat membentuk kerajaan pada pilihan raya akan datang, melihat prestasi mereka dalam pilihan raya baru-baru ini, trend pengundian, dan akan ada lebih ramai pengundi muda pada pilihan raya umum akan datang,” kata Jeniri.

Penganalisis itu diminta mengulas kenyataan Hadi semasa Muktamar ke-69 PAS di Shah Alam pada hujung minggu, apabila dia menolak kemungkinan PAS menyertai kerajaan persekutuan pimpinan Anwar.

Menurut Jeniri (gambar, bawah), jangkaan itu juga dipercayai mengapa Hadi kini mengarahkan PAS memenangi undi bukan Islam.
“Beliau berpendapat PN boleh menang pada masa hadapan, tetapi memandangkan kemenangannya baru-baru ini disumbangkan terutamanya oleh sokongan orang Melayu, Hadi kini melihat orang bukan Melayu juga penting.

“Inilah sebabnya dia membuat kenyataan dalam muktamar, mengatakan PAS kini mahu memikat pengundi bukan Melayu,” katanya.

Bagaimanapun, Jeniri percaya ia akan menjadi misi sukar bagi PAS memandangkan kedudukannya yang penuh kontroversi apabila melibatkan bukan Islam dan cara hidup mereka.

Penganalisis itu berkata, PAS perlu membersihkan imejnya dan menjelaskan rancangannya untuk negara jika mahu undi bukan Islam.

'Sekali kena, selalu beringat'

Penganalisis politik Oh Ei Sun (gambar, bawah) juga percaya bahawa hampir mustahil untuk PAS memenangi semula sokongan bukan Melayu.

"Once bitten, twice shy (sekali terkena selalu beringat), saya rasa hampir mustahil untuk PAS mendapat semula kepercayaan orang Cina," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

Menurut felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura itu, PAS kini beralih ke arah masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu kerana dalam keadaan semasa parti itu tidak mempunyai banyak ruang untuk berkembang lebih jauh lagi.
“Lebih tiga perempat pengundi Melayu nampaknya telah mengundi PAS atau PN (dalam pilihan raya baru-baru ini), jadi ia perlu memupuk kumpulan pengundi bukan Melayu,” katanya.

Bagaimanapun, penganalisis itu percaya penolakan Hadi terhadap tawaran Anwar bukan kerana PAS menjangkakan kemenangan dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, dakwa Oh, ia hanya soal memadankan tawaran antara kedua-dua pihak.

Dia percaya PAS dan pentadbiran pimpinan Anwar mungkin sudah lama berunding tetapi masih belum dapat memeterai perjanjian itu.
Gamba fail, Presiden PAS Abdul Hadi Awang bersama Anwar Ibrahim dan pemimpin DAP Lim Kit Siang ketika era kerjasama politik gabungan Pakatan Rakyat.“Saya rasa kedua-dua pihak sudah lama berunding dan syarat masing-masing masih belum sepadan.

“Pihak Hadi mesti meminta langit, seperti TPM (jawatan timbalan perdana menteri). Sebaliknya, pihak Anwar mungkin menawarkan terlalu sedikit kementerian kepada PAS," katanya.

Jelas Oh lagi, kesetiaan pada parti dan ideologi politik berubah-ubah pada masa kini.

"Apabila keadaan bersama sudah masak dan sesuai, mereka sentiasa boleh bekerjasama," kata Oh.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/10/penganalisis-pas-tolak-sertai-kjaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Tak Tolak Pas Sertai Kerajaan Jika Syarat Dasar Diterima

Pm Tak Tolak Pas Sertai Kerajaan Jika Syarat Dasar Diterima

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 258 hits
MalaysiakiniKetika Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri sebuah kerajaan perpaduan tahun lalu dia telah memberikan tawaran untuk PAS menyertai kerajaan Walaupun PAS menolak tawaran itu ketika itu Anwar berkata dia tidak ak...
Tak Lama Dah Pas Yakin Kembali Ke Putrajaya

Tak Lama Dah Pas Yakin Kembali Ke Putrajaya

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 171 hits
Faiz Zainudin dan Anne MuhammadSHAH ALAM PAS yakin akan kembali menjadi sebahagian parti yang menerajui Putrajaya tidak lama lagi kata Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS berkata pemimpin luar negara yang menemuinya turut menyuaraka...
Pas Pn Lalui Era Menang Tawan Pusat Kepala Bapak Pp

Pas Pn Lalui Era Menang Tawan Pusat Kepala Bapak Pp

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 283 hits
Presiden beri panduan penting untuk lalui era kemenangan SHAH ALAM Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata bahawa ucapan dasar dan muktamar serta perbahasan telah diadakan adalah muhasabah supaya kepimpinan dan parti beristi...
Pas Boleh Sertai K Perpaduan Anwar Al Hamdulillah Dapmadani

Pas Boleh Sertai K Perpaduan Anwar Al Hamdulillah Dapmadani

papar berkaitan - pada 18/10/2023 - jumlah : 235 hits
Perdana Menteri memberi gambaran pintu untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan belum ditutup Foto BHPAS boleh menyertai Kerajaan Perpaduan AnwarKUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau pernah menjemput PAS menganggotai Kerajaa...
Ini Gerak Bantu Gaza Namun Pas Pn Tetap Pertahan Syariah Tolak K Perpaduan

Ini Gerak Bantu Gaza Namun Pas Pn Tetap Pertahan Syariah Tolak K Perpaduan

papar berkaitan - pada 21/10/2023 - jumlah : 400 hits
Gerakan bantuan kepada penduduk Gaza diserang IsraelKAMI Aid4Palestine adalah sebuah gerakan bantuan kemanusiaan yang bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang sedang mengalami kesusahan akibat serangan Israel yang kejam dan tidak berpe...
Penyertaan Pas Hapus Pengaruh Umno Dalam Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

Penyertaan Pas Hapus Pengaruh Umno Dalam Kerajaan Perpaduan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 269 hits
Amirul Aiman dan Lynelle ThamPETALING JAYA Kemungkinan PAS menyertai kerajaan perpaduan boleh menghapuskan pengaruh Umno dalam pentadbiran kata seorang penganalisis Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata sokongan kuat Melayu terhadap pa...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hukum Membeli Barang Kemas Secara Ansuran

Inflasi Makan Nilai Duit Tukar Kepada Emas

Sap User Experience Management Malaysia Enhancing Digital Adoption

Majlis Resepsi Perkahwinan Juita Dan Faiq Di Hotel Concorde Shah Alam

Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang