Umno Boleh Putuskan Cinta Tiga Segi Tajaan Pas


 


Jika ada usaha rapi dan gigih dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggalakkan pengundi perantau Melaka pulang mengundi dalam PRN Sabtu lalu berjaya, adakah keputusannya akan berubah?
Sekiranya tiada ancaman wabak Covid-19 yang menggerunkan pengundi di dalam dan luar Melaka untuk keluar membuang undi, berupayakah Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan?
Dalam pada itu jika RTM dan TV3 benar-benar berlaku adil dalam mempromosi semua calon tidak kira parti yang mereka wakili, adakah ia akan mengubah keputusan rasmi yang diumumkan SPR?
Ads by KioskedBegitu juga jika ceramah umum diizinkan dan pemimpin pembangkang dari DAP, PKR, PAN, dan juga Bersatu serta PAS bertumpu ke Melaka dengan “kepetahan” dan “pendedahan” politik mereka, adakah prestasi Umno (BN) akan secemerlang itu?
Besar kemungkinan jawapan bagi semua persoalan ini adalah “tidak”. Ini kerana Melaka memang termasuk wilayah pengaruh Umno yang kemudiannya berkembang menjadi kubu Barisan Nasional.
Mungkin kerana sebab itu, sejak mula lagi Umno menjarakkan diri dan tidak ghairah bekerjasama dengan rakan Perikatan Nasionalnya, Bersatu dan PAS.
Logik Umno mungkin ialah, mengapa perlu berkongsi kemenangan dengan Bersatu yang akidah awal penubuhannya ialah untuk menundukkan Umno? Begitu juga dengan PAS yang sejarah penubuhannya juga diasaskan pada akidah perjuangan yang berbeza dengan Umno?
Mungkin Umno mencongak bahawa lebih bijaksana terus bekerjasama dengan MIC dan MCA yang telah bersamanya memakmurkan Malaysia (dan Umno sendiri) daripada melayan dendam kesumat Muhyiddin Yassin yang dipecat dari Umno.
Sementara rekod PAS pula menunjukkan ia tidak pernah menjalin kerjasama setulusnya dengan mana-mana parti kerana merasakan ia adalah parti tunggal yang berhak memperjuangkan Islam; tidak kira parti kerjasama itu adalah Semangat 46, PKR, dan apatah lagi DAP.
Ads by KioskedDan, konsep Perikatan Nasional pun bukan baru bagi PAS. Pernah satu ketika dahulu kononnya demi kepentingan nasional, Melayu dan Islam, PAS sanggup menyandarkan pengaruhnya untuk membentuk Barisan Nasional.
Kali ini Umno yakin budi yang ditabur untuk orang Melayu dan Islam adalah terlalu besar untuk dilupai oleh pengundi Melaka. Justeru, jika adapun pertelingkahan dalam kalangan pemimpin Umno yang mencetuskan krisis politik hingga berlakunya PRN, Umno yakin kerajaan Melaka tidak perlu dikongsi.
Sebab itu agaknya awal-awal lagi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sudah memainkan sentimen betapa Umno telah beberapa kali dikhianati dalam urusan PN yang hingga kini masih lagi sekutunya dalam kerajaan Persekutuan Malaysia.
Congakan Umno berhasil. Walaupun tanpa kehadiran Presidennya menakhodai jentera PRN Melaka, Umno menang besar. Sekaligus ia menyerlahkan bahawa dalam konteks politik Melaka, Bersatu dan PAS belum memiliki tapak politik yang kukuh.
Mujur Umno nekad “menyejuk-bekukan” sementara semangat PN di Melaka. Jika tidak, sudah tentu sukar baginya menyukat potensi sebenar rakan-rakan kongsinya itu. Kini Umno dapat menyelami kelemahan Bersatu dan PAS.
Mungkin ada yang melihat Melaka memang kubu Umno tetapi di negeri-negeri Pantai Timur dan Utara Semenanjung keadaannya mungkin berbeza dan Umno masih memerlukan kedua-duanya untuk menjamin kejayaan dalam PRU15.
Ads by KioskedNamun Umno masih ada masa untuk menilai perlukah ia terus menjalin kerjasama dengan dua parti Melayu itu? Jika diteruskan, tidakkah ini akan menjadi igauan pengundi bukan Melayu dan Islam akan kebarangkalian Umno bergerak menjadi “terlebih rasis”?
Tidakkah lebih wajar jika strategis Umno menumpukan usaha menggilap kerjasama dengan rakan-rakan BN yang sedia ada dan mempererat hubungan dengan sepupu-sepapat di Sabah dan Sarawak untuk terus memimpin politik Malaysia?
PAS pernah menuduh Umno parti asabiyah dan berfatwa bahawa semangat perkauman melampau itu adalah terlarang dalam Islam. Sanggupkah Umno kini termasuk perangkap politik asabiyah yang dipasang PAS beberapa tahun lalu?
Umno perlu menghalusi dua faktor lain. Satu, mengukuhkan imej keremajaannya seperti yang dilakukan di PRN Melaka. Hemah ini jika dilaksanakan secara istiqamah akan menggilap wibawa Umno yang hampir diranapkan kebanyakan pemimpin-pemimpin veteran yang sudah lusuh integritinya.
Anai-anai politik yang mengerikan Umno iaitu “kluster kayangan” dan “kluster mahkamah” mestilah dikikis secepat mungkin. Tindakan ini perlu dan ia tidaklah terlalu payah atau mustahil dilakukan. Bariskan lebih ramai tokoh baharu dan ia akan menyentuh idealisme pengundi semua golongan usia.
Kedua, Umno perlu menebarkan seluas-luas jaring slogan “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan oleh Naib Presidennya yang kini Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakub, kerana ia amat mujarab menjadi “pendingin” idealisme orang muda yang mendambakan Keluarga Bahagia masing-masing.
Ads by KioskedPengajaran konsep ini amat luas dan mendalam kerana ia merentas budaya semua kaum dan agama. Ia menjanjikan kerukunan dan hidup dengan nilai hormat-menghormati serta kasih sayang. Ia juga serasi dengan kaedah Undi18, dan pengundi keseluruhannya.
Ismail menterjemahkan firasat kepemimpinannya dengan mengutamakan pendekatan yang lembut dan berhikmah apabila mengutamakan kewarasan dan kematangan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pihak pembangkang.
Momentum ini harus dipertahankan kerana ia adalah inisiatif Umno. Bersatu adalah wadah yang dilahirkan dengan senjata politik terhunus ke arah kleptokrat Umno. Sementara PAS nampaknya cuba menumpang angin perkauman dan slogan agama untuk menggoda Umno merungkai konsep Barisan Nasional.
Namun PAS cepat jatuh cinta pada silat pulut Bersatu yang memendam rasa untuk merungkai kekuatan Umno sebagai pemimpin Melayu dan Islam dengan berkesan sayugia seluruh Malaysia sejak lebih enam dekad silam.
Dalam hal ini, Umno tidak perlu teragak-agak atau khuatir akan mencetuskan kekecohan dalam politik Melayu dan Islam kerana budaya yang cuba diterapkan oleh Bersatu iaitu merapatkan fikrah politik Melayu melalui strategi lompat parti adalah amat hina dan memualkan.
Sementara kerakusan PAS cuba mengembangkan kepentingan politiknya dengan monopoli fatwa agama memang wajar dibenamkan kerana hanya menjadi “sokong membawa rebah”.
Ads by KioskedBagaimana dan sampai bila Umno boleh menampung kekecewaan dan amarah politiknya terhadap perilaku sekutu-sekutunya sendiri yang acapkali membangkitkan persoalan kleptokrasi Umno seolah-olah Bersatu dan PAS tidak pernah bersalah kerana perangai yang sama. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/umno-boleh-putuskan-cinta-tiga-segi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Tidak Boleh Paksa Umno Terima Bersatu Dengan Gunakan Mn

Pas Tidak Boleh Paksa Umno Terima Bersatu Dengan Gunakan Mn

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 203 hits
Pas tidak boleh paksa UMNO terima Bersatu dengan gunakan MN PAS tidak boleh menggunakan Muafakat Nasional untuk memaksa UMNO menerima Bersatu kerana kedua dua parti itu adalah seteru politik yang nyata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Moha...
Umno Pas Mungkin Boleh Kerjasama Dalam Pru Tok Mat

Umno Pas Mungkin Boleh Kerjasama Dalam Pru Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 213 hits
Umno PAS mungkin boleh kerjasama dalam PRU Tok Mat Pertembungan antara Umno PAS dalam pilihan raya negeri Melaka tidak bermaksud dua parti berkenaan tidak boleh bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang kata Timbalan Presiden Umno Moh...
Fakta Kesan Buruk Guna Laptop Tanpa Bateri

Fakta Kesan Buruk Guna Laptop Tanpa Bateri

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 478 hits
Kebanyakan orang bersetuju bahawa menggunakan leptop sambil menge charge bateri akan membuatkan jangka hayat bateri menjadi pendek dan lama kelamaan akan merosakkan bateri Tetapi segelintir pakar mengatakan bahawa menggunakan laptop secara ...
Citing Grassroots Pas Reaches Out To Partner Umno Again Under Muafakat For Ge15

Citing Grassroots Pas Reaches Out To Partner Umno Again Under Muafakat For Ge15

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 211 hits
After losing big in the just ended Melaka state poll PAS is hoping to work together with Umno again for the next national election under their Muafakat Nasional pact The Islamist party s leadership saying this is because its grassroots supp...
Pas Akan Dapat 3 Dun Melaka Jika Bersama Umno

Pas Akan Dapat 3 Dun Melaka Jika Bersama Umno

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 201 hits
Malaysiakini Jika PAS menerima tawaranuntuk bersama Umno pada pilihan raya negeri Melaka Sabtu lalu parti itu akan menang di tiga kerusi kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki Malah katanya ini termasuk kerusi DUN Bukit Katil yang dari ...
Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 247 hits
perakinsights com Pas mengakui akar umbi parti itu lebih ke arah bersama Muafakat Nasional dan usaha ke arah kerjasama bersama UMNO itu diharapkan dapat terus diperkukuh menje lang Pilihan Raya Umum Ke 15 Bercakap kepada Utusan Malaysia Mur...
Adakah Pas Bersekutu Dengan Umno Dalam Diam

Adakah Pas Bersekutu Dengan Umno Dalam Diam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 202 hits
Adakah PAS Bersekutu Dengan UMNO Dalam Diam Oleh yieMEGADEMAM Pilihan Raya Umum yang ke 14 semakin jelas terasa semakin hari terasa semakin dekat dengan detik keramat negara kita itu Bermacam macam isu timbul dari 1MDB Persempadanan Semula ...
Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 291 hits
freemalaysiatoday com November 21 2021 1 44 PMKeadaan politik di peringkat kebangsaan mungkin jauh berbeza daripada senario di Melaka kata Lim Kit Siang PETALING JAYA Para pemimpin Umno mungkin akan mendesak pilihan raya umum ke 15 disegera...
Selepas Tewas Di Melaka Bersama Pn Pas Kata Ahli Masih Mahu Bersama Umno

Selepas Tewas Di Melaka Bersama Pn Pas Kata Ahli Masih Mahu Bersama Umno

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 292 hits
MALAYSIA DATELINESelepas tewas di Melaka Pas mengaku akar umbi masih mahu bekerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin berkata akar umbi dilihat lebih menyokong MN b...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi