Mat Hasan Kerjasama Pas Faktor Kemenangan Bn


Geraldine Tong      
PRK CAMERON | Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata kerjasama dengan PAS merupakan antara faktor kemenangan calon BN Ramli Mohd Nor dalam pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands hari ini.

Dalam sidang media selepas pengumuman keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya, Mohamad juga menyatakan harapan agar kerjasama antara BN dan PAS itu diteruskan.

"Kerjasama dan bantuan daripada PAS terutamanya amat jelas sekali dalam PRK ini, dan seperti yang kita jangkakan bahawa pengundi-pengundi yang memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), telah memberi kepercayaan kepad BN.

"Ini jelas dibuktikan dengan peti-peti undi yang dulunya dimenangi oleh PAS tetapi di atas kerjasama parti BN iaitu khususnya Umno dan PAS, dapat membuahkan satu hasil.

"Ini satu strategi yang baik dan kita akan teruskan strategi ini, teruskan kerjasama ini untuk kita pastikan supaya agenda tuan rumah di negeri ini akan terus diperkasakan," katanya.

Terdahulu, SPR mengumumkan Ramli sebagai pemenang PRK Cameron Highlands. Ia merupakan kemenangan pertama buat BN sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14, dan sejak Mohamad menggalas tugas presiden Umno.
Ramli pula mencatat sejarah tersendiri sebagai Orang Asli pertama menjadi ahli parlimen.

Dalam sidang media itu, Ramli hanya menyampaikan ucapan ringkas berterima kasih kepada pengundi dan berjanji akan berusaha berkhidmat untuk penduduk Cameron Highlands sebagai ahli parlimen.

Pembakar semangat Sementara itu, Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail yang menurutnya berjaya menyusun jentera kempen BN dengan lancar.

"Kita letakkan jentera kita duduk bersama dengan pengundi. Ada yang duduk selama 10 hari di kawasan yang dijaga.

"Ini membuahkan satu hasil yang amat baik dan ini akan kita teruskan di PRK di Semenyih nanti dan juga di tempat-tempat lain. Saya amat bersyukur," katanya.

Tambah Mohamad lagi, kemenangan di Cameron Highlands akan menjadi pembakar semangat untuk BN berdepan PRK Semenyih 2 Mac depan.

"Menang di Cameron Highlands ini satu perkara baik dan ia akan dapat menjadikan sebagai satu pembakar semangat untuk kita menghadapi PRK Semenyih.

"Saya percaya rakyat telah membuka mata seperti yang saya sebut semasa di Sungai Koyan, bahawa PRK ini adalah referendum tidak puas hati rakyat terhadap prestasi kerajaan PH yang didapati banyak tidak menunaikan janji dan menghampakan rakyat," katanya.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR menunjukkan Ramli menang dengan 3,238 majoriti undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan.

Pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran meraih 8,800 undi. Ini merupakan kekalahan kali ketiganya di Cameron Highlands.

Dua calon bebas yang bertanding pula, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing meraih 276 dan 314 undi. Kedua-dua mereka dijangka kehilangan deposit.

Peratus keluar mengundi adalah 68.79 peratus, yang merupakan jumlah paling tinggi dalam semua PRK sejak pilihan raya umum (PRU) ke-14.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/mat-hasan-kerjasama-pas-faktor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
K Sama Pas Penyumbang Kemenangan Bn Tok Mat

K Sama Pas Penyumbang Kemenangan Bn Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 363 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penyatuan ummah serta bantuan oleh Pas amat jelas apabila pengundi yang mengundi untuk parti tersebut pada PRU14 lalu memberi kepercayaan kepada BN Foto Astro AWANI Shahir Oma TANAH RATA Kerjasama antara Bar...
Kerjasama Bn Pas Penyumbang Kemenangan Di Cameron Highlands

Kerjasama Bn Pas Penyumbang Kemenangan Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 27/1/2019 - jumlah : 332 hits
Agenda penyatuan ummah antara Barisan Nasional dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands menjadi penyumbang utama kepada kemenangan calon BN di kerusi Parlimen itu Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerjasama d...
Terkini Lihat Apa Terjadi Di Sidang Media Tok Mat Hasan Ramli Setelah Kemenangan Bn Prk Ch

Terkini Lihat Apa Terjadi Di Sidang Media Tok Mat Hasan Ramli Setelah Kemenangan Bn Prk Ch

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 427 hits
Terkini Lihat Apa Terjadi Di Sidang Media Tok Mat Hasan Ramli Setelah Kemenangan Bn Prk Ch
Pas Pahang Kerjasama Dengan Bn Demi Manfaat Rakyat

Pas Pahang Kerjasama Dengan Bn Demi Manfaat Rakyat

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 230 hits
Oleh Abdul Razak Raaff dan Amin Ridzuan IshakPESURUHJAYA PAS Pahang Rosli Abdul Jabar Foto Farizul Hafiz AwangKUANTAN PAS Pahang akan meneruskan kerjasama dengan Barisan Nasional dalam pelbagai isu yang memberi manfaat kepada rakyat dan mem...
Bung Umno Pas Perlu Berhati Hati Soal Kerjasama

Bung Umno Pas Perlu Berhati Hati Soal Kerjasama

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 355 hits
Pengerusi Umno Sabah itu juga berkata mereka berhak memutuskan sendiri rakan politik tanpa perlu mengikut Semenanjung
Kerjasama Pas Umno Ibarat Kerbau Selamatkan Buaya

Kerjasama Pas Umno Ibarat Kerbau Selamatkan Buaya

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 309 hits
Bagi Husam Musa kerjasama itu hanya sia sia kerana masing masing tidak mempunyai asas yang jelas
Kerjasama Umno Pas Akan Hasil Tsunami Melayu Lebih Hebat

Kerjasama Umno Pas Akan Hasil Tsunami Melayu Lebih Hebat

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 320 hits
PRK Cameron Highlands bukti Melayu Bumiputera tolak DAPBANGI Kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands membuktikan orang Melayu dan Bumiputera yakin UMNO dan PAS adalah sandaran terbaik dalam memperjuang kepentin...
Kejayaan Prk Cameron Highlands Jadi Bukti Kenapa Ph Takut Kerjasama Umno Pas

Kejayaan Prk Cameron Highlands Jadi Bukti Kenapa Ph Takut Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR 29 Jan 8211 Ketua Pemuda UMNO Ketereh Saipuddin Mohamad melihat senario politik kerjasama antara UMNO dan PAS amat ditakuti dan digeruni Pakatan Harapan selepas gabungan yang erat dilakukan pada Pilihan Raya Kecil Cameron High
Prk Semenyih Penentu Hala Tuju Kerjasama Pas Umno

Prk Semenyih Penentu Hala Tuju Kerjasama Pas Umno

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 583 hits
Penganalisis politik berpendapat hala tuju kerjasama antara PAS dan Umno akan lebih jelas selepas Pilihan Raya Kecil DUN Semenyih Malah menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ru...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo