Pas Pahang Gesa Kerajaan Negeri Telus Selesai Masalah Bekalan Air Usah Tuding Jari Ke Arah Negeri Lain




KUANTAN: Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Aireroshairi Roslan menempelak reaksi sesetengah pihak yang cuba mengalihkan perhatian apabila isu bekalan air di Pahang dibangkitkan oleh pihak yang bersekutu dengan kerajaan negeri.
Beliau berkata, respon balas yang cuba menuding jari ke arah negeri lain seperti Kelantan adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan menjengkelkan.
“Beberapa respon balas dari pihak yang bersekutu dengan Kerajaan Pahang apabila isu air di Pahang ini diutarakan amat mendukacitakan. Isu air bukan ruang untuk menuding jari, tetapi untuk meningkatkan kesedaran rakyat juga kerajaan negeri.
“Betapa isu ini tidak pernah selesai walaupun Pahang memiliki banyak kelebihan berbanding Kelantan. Hutang air Pahang dihapus kira oleh Kerajaan Pusat, dalam keadaan Kerajaan Kelantan tidak memiliki kelebihan tersebut,” katanya.
Beliau berkata, Kerajaan Pahang menerima peruntukan besar daripada Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi isu air, sedangkan kerajaan Kelantan sentiasa berdepan dengan cabaran akibat kekejaman Kerajaan Pusat selama lebih 30 tahun.
“Walaupun Kelantan bergelut dengan segala kekangan, kerajaan negeri memberikan jaminan untuk menyelesaikan masalah tersebut menjelang 2028 dan tentunya ia merupakan satu proses yang sangat panjang dan sukar kerana kekangan yang ada,” katanya.
Terdahulu, laporan pecahan projek pembangunan paip Pahang 2021-2026 pula sangat ringkas dan dan tidak lengkap.
Laporan Kerajaan Pahang tentang pembangunan infrastruktur air dikritik kerana tidak lengkap di mana hanya dua status projek dinyatakan iaitu ‘siap sepenuhnya’ dan ‘pra-pembinaan’.
“Saya hairan kenapa tiada maklumat lanjut tentang projek-projek lain yang sedang dibina atau menghadapi masalah. Ketidakjelasan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya sama ada duit mereka digunakan dengan baik atau disia-siakan,” persoalnya.
Dalam laporan itu, 91 projek (63 peratus) dinyatakan siap sepenuhnya, manakala 48 projek (30 peratus) masih dalam pra-pembinaan, namun tiada penerangan terperinci tentang kos sebenar, kelewatan atau kesilapan dalam pelaksanaan.
“Dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM2.3 bilion, masyarakat berhak tahu adakah wang ini digunakan secara efisien. Saya bimbang jika tiada transparansi, duit mereka mungkin tidak dibelanjakan dengan bijak,” katanya.
Justeru, beliau mendesak kerajaan perlu lebih profesional dalam menguruskan dana rakyat.
“Jika tiada maklumat yang jelas, masyarakat akan hilang keyakinan kepada kerajaan. Soalnya mudah, ‘di mana duit kami?’ Adakah ia benar-benar membantu rakyat? Tanpa jawapan yang memuaskan, tanggapan buruk terhadap kerajaan akan terus berkembang.
“Ini bukan sahaja isu air, tetapi isu integriti dan amanah untuk memulihkan kepercayaan,” katanya.
Beliau mendesak kerajaan agar mengeluarkan laporan yang lebih lengkap dan telus kerana semua maklumat seperti kos projek, pihak kontraktor dan hasil audit perlu dibentangkan kepada awam.
“Selain itu, kerajaan juga boleh melibatkan masyarakat melalui forum awam untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan mereka kerana komunikasi dua hala penting untuk menunjukkan kerajaan peka kepada keperluan rakyat.
“Akhir kata, tidak mungkin setiap kali rakyat menyuarakan isu air, jawapannya hanya ‘Kelantan lagi teruk’. Melampaulah. Kita rakyat Pahang, bukan rakyat Kelantan.
“Kalau berasa tak mampu selesaikan masalah, tak sesuai lagi dah berada di kerusi pemerintah. Berkenaan isu-isu lain yang dikatakan sebagai kejayaan kerajaan negeri tu nanti kita lihat satu demi satulah,” katanya. #Harakahdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/pas-pahang-gesa-kerajaan-negeri-telus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

Ahli Parlimen Temerloh Gesa Kerajaan Agensi Berkaitan Naik Taraf Dan Baik Pulih Bekalan Air Pahang Tanpa Alasan

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 237 hits
TEMERLOH Ahli Parlimen Temerloh Salamiah Mohd Nor menggesa kerajaan serta agensi berkaitan segera menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di Pahang yang semakin meruncing terutama di kawasan luar bandar kampung tradisi dan tanah rancanga...
Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 180 hits
KUANTAN nbsp Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Kamil Ibrahim menasihati rakyat negeri itu agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan persepsi yang sering dibawa oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PAS Menurut belia...
Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 199 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan sebanyak RM500 000 bagi membaik pulih rumah ketua masyarakat orang asli atau tok batin yang uzur di seluruh negeri itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu ...
Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah Rm26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022

Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah Rm26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 134 hits
BANGI Kerajaan negeri Pahang telah menyalurkan bantuan berjumlah RM26 juta kepada anak anak Pahang yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam sejak tahun 2022 Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata j...
Pas Sendiri Tidak Yakin Letak Ulama Ketuai Agensi Kerajaan Negeri Kelantan

Pas Sendiri Tidak Yakin Letak Ulama Ketuai Agensi Kerajaan Negeri Kelantan

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 126 hits
Kenyataan Naib Presiden Pas Datuk Seri Mohd Amar Abdullah kononnya parti itu telah berjaya membuktikan ulama bukan sahaja mampu memberi panduan agama tetapi mampu mentadbir negeri Kelantan dipersoalkan Naib Pengerusi AMANAH Kelantan Ustaz C...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Peruntukkan Sebanyak Rm8 Juta Inisiatif Makmur Pahang Tahun Ini

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Peruntukkan Sebanyak Rm8 Juta Inisiatif Makmur Pahang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 180 hits
BANGI Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan semula bantuan khas untuk mahasiswa dikenali sebagai Inisiatif Makmur Pahang dengan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi tahun ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata inisiat
Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 215 hits
KUANTAN Pengorbanan ibu bapa menjadi kunci kejayaan Mudir Madrasah Darul Uloom Al Islamiah Sungai Salan Maulana Juhari Muhammad Ali yang menerima Anugerah Perkhidmatan Agama sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1447 Hijrah 2...
Atasi Masalah Lalat Di Dapur Guna Air Rendaman Kulit Pisang

Atasi Masalah Lalat Di Dapur Guna Air Rendaman Kulit Pisang

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 184 hits
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan Bimbang makanan yang terdedah di sini dicemari dengan kotoran dari haiwan ini Cuma masalahnya nak guna penyembur dah tentu tak sesuai kerana bahagian ini adalah tempat penyediaan makanan sekel...
Pahang Catat Negeri Keempat Terbaik Prestasi Pertumbuhan Kdnk Tahun 2024 Melebihi Pertumbuhan Nasional

Pahang Catat Negeri Keempat Terbaik Prestasi Pertumbuhan Kdnk Tahun 2024 Melebihi Pertumbuhan Nasional

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 127 hits
KUANTAN Pahang tersenarai antara lima negeri merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar melebihi kadar pertumbuhan Malaysia iaitu 5 1 peratus pada tahun lalu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ekonomi negeri...
Quant Finance In 2026 The Age Of Hybrid Intelligence

Quantum Internet The Future Of Ultra Secure Communication

Kereta Idaman Keluarga Tak Sampai Pegawai Bank Hilang Ratusan Ribu Kwsp Terpedaya Scammer

Khasiat Daun Asam Gelugur Menurunkan Kolestrol Dan Kawal Berat Badan

Anwar Heads To Indonesia For Annual Meet Abang Jo Hajiji In Tow

Yasin Tahlil Doa Selamat Kesyukuran

Sukarkah Memohon Sijil Halal Jakim

Pasaran Telah Memilih Strategi Menang Menang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Akaso 360 Dilancarkan Era Baharu Penghasilan Kandungan Imersif Bermula

Masalah Tayar Kereta Tanda Tanda Cara Atasi

Resepi Kueh Teow Goreng Udang

Akan Turun Lebih Besar

Opportunity For Improvement Loke Offers Maxim And Indrive Chance To Address Compliance Concerns

Menteri Kpkt Kata Lain Tapi Penguatkuasa Buat Lain