Pas Mengakui Kecil Hati Digelar Pelacur


perakinsights.comMarch 18, 2021 6:55 pm


Pas mengakui berkecil hati digelar ‘pelacur politik’ oleh Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun berkata, kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang itu jika dilayan boleh mencetuskan lebih banyak ketegangan.

Malah katanya, kenyataan itu mungkin satu bentuk provokasi supaya Pas melenting dan bertindak balas, sekali gus merobohkan hubungan baik dengan UMNO.

“Jadi baik kita duduk rileks, orang dalam rumah tangga bila isteri berleter suami diam. Kalau dua-dua berleter dia bertumbuk.

“Biar dululah, kenyataan itu mungkin keluar kerana dia (Tengku Razaleigh) dalam keadaan marah, macam dalam rumah tangga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Timbalan Menteri Besar merasmikan majlis pecah tanah Kompleks Pengilangan OTC I Medikel Pharma Holdings Berhad di Seksyen 44, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden I Medikel Pharma Holdings Berhad, Yusmat Mamat dan Pengarah Mara negeri, Abdul Wahab Yusoff.

Mengulas PKR bakal bekerjasama dengan UMNO, Mohd. Amar berkata, perkara itu setakat ini hanya khabar angin dan beliau berharap pemimpin UMNO matang serta bijaksana dalam membuat keputusan.

“Setakat yang saya tahu, majoriti pemimpin dan ahli UMN berasakan mereka perlu berada bersama Pas dan Bersatu.

“Jadi kita harap pendirian majoriti ini diambil kira sebelum UMNO membuat sebarang keputusan,” katanya.

Terdahulu Mohd Amar dalam ucapannya berkata, sejajar dengan situasi pandemik yang melanda dunia, kerajaan Kelantan mengalu-alukan kesudian pihak I Medikel Pharma Holdings Berhad membangunkan industri farmaseutikal di negeri ini.

“Dalam konteks ini, dengan terbinanya Kompleks Kilang I Medikel ini kerajaan berharap dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih besar buat anak muda di negeri Kelantan khususnya nanti.

“Dengan peluang besar yang I Medikel sediakan ini, maka selepas ini diharapkan anak muda yang mencari rezeki di perantauan dapat pulang menabur budi di tanah kelahiran,” katanya. 
– UtusanEnable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/pas-mengakui-kecil-hati-digelar-pelacur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suara Hati Ahmad Said Akan Diambil Kira Dalam Hubungan Umno Pas

Suara Hati Ahmad Said Akan Diambil Kira Dalam Hubungan Umno Pas

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 277 hits
BORHAN AHMADAyun buai kokekKokek hulu golokHok dia lokekHok orang dia hendokDi atas adalah lagu rakyat Terenganu yang saya hafal masa kecik kecik dahulu Ia menggambarkan sikap manusia Hak diri sendiri akan dipertahankan dan tidak mahu dikon...
Ku Li Hilang Kewarasan Bila Dakwa Pas Pelacur Kata Ulama Pas

Ku Li Hilang Kewarasan Bila Dakwa Pas Pelacur Kata Ulama Pas

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 416 hits
malatsiadateline comSusulan kenyataan pemimpin veteran Umno Tengku Razaliegh Hamzah Ahli yang mendakwa Pas macam pelacur Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Mokhtar Senik menyifatkan pimpinan Umno itu sudah hilang kewarasan Menurut Mokhtar Tengku ...
Pas Macam Pelacur Umno Perlu Lawan Pru15 Ku Li

Pas Macam Pelacur Umno Perlu Lawan Pru15 Ku Li

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 360 hits
Malaysiakini Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah melabelkan PAS sebagai pelacur politik yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum akan datang Dalam wawancara dengan The Malaysian Insight baru baru ini Ahli Parlimen Gua Musang s...
Label Pas Pelacur Mb Kedah Kata Strategi Ku Li Nak Jadi Presiden Umno

Label Pas Pelacur Mb Kedah Kata Strategi Ku Li Nak Jadi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 322 hits
March 16 2021 Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah di dakwa berkemungkinan mempunyai agenda peribadi apabila melabel Pas sebagai pelacur Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat Muhammad Sanusi Md Nor berkata tidak mustahil Tengku...
Kalau Bukan Pelacur Beranikah Pas Pilih Antara Umno Atau Bersatu

Kalau Bukan Pelacur Beranikah Pas Pilih Antara Umno Atau Bersatu

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 298 hits
Ramai penyokong Pas sama ada daripada mereka yang menjadi ahlinya atau tidak terlihat cukup kurang senang dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan parti tersebut seperti pelacur Beliau yang lebih mesra dengan Ku Li melabelk...
Hilang Maruah Dituduh Pelacur Pas Rendahkan Pemikiran Penyokong

Hilang Maruah Dituduh Pelacur Pas Rendahkan Pemikiran Penyokong

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 276 hits
ARIF ATANPas pada masa ini jauh daripada apa yang diperjuangkan bekas Mursyidul Am parti itu Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat tegas Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional Faiz Fadzil Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir itu berpend...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

A Month Later Still Here

Wanita Dedah Kos Yuran Ijazah Perubatan Boleh Cecah Rm350k Buat Netizen Terkedu Realiti Yang Ibu Bapa Kena Hadap

Acting Ministers Key To Continuity Says Johari

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Keluar Dari Kereta Jika Termasuk Dalam Sungai

Eh Kau Kau Pernah Dengar Tak Al Awfar Bank Islam Ni

Kita Sama Sama Doakan

Sarapan Di Restoran Al Safa Iskandar Puteri

Politik Bebudak Tidak Perlu Dilayan

Hukum Mengangkat Tangan Berdoa Semasa Khutbah Jumaat