Pas Memerintah Pun Orng Hina Islam Juga Keh Keh


 
Pas memerintah pun orng hina Islam jugaPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 22, 2022 SharePenghinaan agama Islam oleh beberapa individu sejak kebelakangan ini, pada waktu Pas dan Umno menjadi Kerajaan Persekutuan menimbulkan tanda tanya apa sudah jadi kepada janji kedua dua parti itu kononnya maruah bangsa dan agama terbela di bawah pemerintahan mereka.
Bagi Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, retorik Melayu – Islam hanyalah semata mata modal politik untuk menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 dengan isu kilang arak, pembunuhan Adib dan sebagainya.
Sedangkan, kata beliau, selepas Umno dan Pas memerintah nasib bangsa dan agama tidak langsung lebih baik berbanding di bawah PH.
“(Pas selalu kata) kita kena pertahankan hukum Allah tetapi kita lihat bila mereka jadi Kerajaan Persekutuan tak timbul pun hukum hudud. MCA cakap pasal hudud jangan bawa dalam kabinet. Awal awal dia beri amaran kepada Pas.
“Namun isu ini bertali arus dimainkan dalam pilihan raya. Mereka tahu orang Melayu ini selepas mati mereka mencari syurga. Ada ruang syurga yang dia (pengundi) sendiri pun tak paham.
“Itulah (Pas) buat modal yang boleh dipertontonkan. Saya nak tanya orang Kelantan dan Terengganu yang lama diperintah Pas, apa yang mereka dapat? Kalau dibandingkan dengan Selangor, luar biasa produk yang kita keluarkan kepada rakyat,” katanya dalam forum Borak Dahsyat bertajuk “Pentadbiran PH: Melayu Islam tergugat?”.
Tambah Abdullah, hal yang lebih merbahaya terjadi di bawah kerajaan Melayu – Islam adalah nilai baharu, iaitu jika ahli politik Umno – Pas melakukan kesalahan maka mereka kekal suci berbanding ahli politik PH.
Hal itu, katanya boleh dilihat dengan penjenayah dan koruptor yang disanjung oleh kerajaan BN – PN ketika ini.
“Isu negara yang menjadi barah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, berbilion rakyat kena bayar semua itu tidak menjadi masalah.
“Ada pemimpin Pas menyatakan rasuah itu tak salah. Juga bukan fokus mereka membenteras jenayah.
“Adakah dengan melakukan rasuah dan pembaziran mega, projek diberi kepada kaum kerabat dan mengambil dana negara dibenarkan?
“Itu dipanggil apa? Perompak Melayu?” tanyanya.
Abdullah kesal ketika PH memerintah selama 22 bulan isu Tabung Haji (TH) dimainkan sedemikian rupa sehingga tokoh tokoh parti tertentu sanggup menggunakan masjid untuk menabur fitnah kononnya PH menjual TH kepada orang kafir.
“Apa yang saya lihat isu TH dibawa ke dalam kuliah masjid. Dr Mujahid telah menjual kepada orang kafir.
“Bila dibawa dalam audit, jelas TH dalam keadaan kritikal,” katanya.
Beliau turut mencabar Pas yang menyatakan mereka lebih Islam berbanding orang lain, apakah isu air bersih di Kelantan bukan tanggungjawab kerajaan Islam untuk menyelesaikannya.
“Masalah air tak selesai. Katanya 30 tahun baru selesai. Kenapa tidak diletakkan sebagai agenda utama negeri?
“Adakah Islam suruh minum air tanpa rawatan, warna seperti teh tarik? Ini tanggungjawab diamanahkan bila diberi kuasa oleh pengundi. Tetapi bila dapat kuasa, suruh rakyat minum air sungai, 30 tahun lagi selesai masalah air.
“Dalam Islam derita rakyat ini tanggungjawab pemimpin,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/pas-memerintah-pun-orng-hina-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Nak Korang Try Dengan Aku Dulu Lelaki Hina Islam Cabar Semboyan Ngo Lain Ambil Tindakan Terhadap Dirinya

Aku Nak Korang Try Dengan Aku Dulu Lelaki Hina Islam Cabar Semboyan Ngo Lain Ambil Tindakan Terhadap Dirinya

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 907 hits
Tular di media sosial video seorang lelaki tampil mencabar NGO untuk tampil mengambil tindakan tegas terhadap dirinya tanpa sebarang motif yang jelas Lelaki terbabit yang tidak diketahui identitinya itu dipercayai tidak berpuas hati dengan ...
Saya Dah Kena Ni Lelaki Hina Agama Islam Cabar Ngo Dibelasah

Saya Dah Kena Ni Lelaki Hina Agama Islam Cabar Ngo Dibelasah

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 272 hits
The ReporterPadah menghina agama dan mencabar kesabaran umat Islam seorang lelaki yang dikenali sebagai Muzil Juling telah dibelasah sekumpulan individu yang berang dengan perbuatan tidak bertanggungjawabnya itu Menurut sumber kejadian itu ...
Lelaki Didakwa Hina Islam Ditahan Polis

Lelaki Didakwa Hina Islam Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 408 hits
hmetro com mySerdang Selepas tular wanita menghina Islam ketika persembahan di kelab komedi terbaharu seorang lelaki pula ditahan polis selepas dikatakan melakukan perbuatan sama menerusi rakaman video di media sosial Ketua Polis Daerah Ser...
Hiburan Wanita Buat Stand Up Comedy Hina Islam Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Hiburan Wanita Buat Stand Up Comedy Hina Islam Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 298 hits
Wanita yang tular didakwa menghina Islam dalam persembahan stand up comedy di sebuah kelab komedi dijangka akan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menghina Islam Menerusi laporan wanita berusia 28 tahun tiba di...
Wanita Hina Islam Teman Lelakinya Akan Didakwa Esok

Wanita Hina Islam Teman Lelakinya Akan Didakwa Esok

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 390 hits
Wanita hina Islam teman lelakinya akan didakwa esokSabtu lalu polis menahan seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam ketika melakukan persembahan di sebuah kelab komedi yang tidak berlesen di Taman Tun Dr Ismail Video persembahan su...
Pelawak Wanita Didakwa Hina Islam Sudah Ditahan Kini Direman Tiga Hari Bantu Siasatan

Pelawak Wanita Didakwa Hina Islam Sudah Ditahan Kini Direman Tiga Hari Bantu Siasatan

papar berkaitan - pada 11/7/2022 - jumlah : 439 hits
Tindakan wanita ini membuka tudung dan pakaiannya ketika melakukan persemahan komedi berdiri membawa padah PELAWAK wanita dalam sebuah video kontroversi ketika membuat persembahan komedi berdiri di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka