Pas Masa Ada Kuasa Satu Pun Tidak Dibuat Yaakob Sapari




Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman diingatkan agar tidak termakan propaganda Pas mencela atau mempersoalkan setiap tindakan Kerajaan Perpaduan yang kononnya didakwa tidak Islamik serta menzalimi rakyat.
Menurut mantan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari, ketika Pas berkuasa mereka rekod perkhidmatan mereka lebih buruk daripada Kerajaan Perpaduan dan hanya leka dengan kedudukan sebagai menteri atau menjaga jawatan di peringkat kerajaan pusat.
Katanya, Pas tidak melakukan perkara yang sepatutnya mereka buat ketika berkuasa tetapi apabila telah hilang kuasa menuduh pemimpin kerajaan semasa tidak menjaga Islam atau tidak memberi perutukan kepada pembangkang dan sebagainya.
“Saya nak share, satu hari saya bercuti di sini. Duduk di hotel Awana Kijal (di Kemaman). Elok saya sampai (tiba) Maghrib, saya nampak kereta Menteri. Rupanya Timbalan Presiden Pas (Tuan Ibrahim), saya jumpa dia.
“Saya kata, datuk nak buat apa pun datuk buatlah ketika ada kuasa. Nak pinda akta, pindalah. Nak jadikan istilah royalti (bagi Terengganu dan Kelantan) satu yang wajib masuk dalam Perlembagaan, buatlah.
“Rupa rupanya, 33 bulan jadi kerajaan apa pun tak dibuat. Saya pernah jadi exco. Nak ubah, ubah waktu ada kuasa.
“Tetapi dia (Pas) syok jadi Menteri, apa pun tak dibuat. Bila tak ada kuasa, hari ini menjerit kenapa tak dibuat (kerajaan semasa)?” soalnya .
Tegas Yaakob, Pas tidak sewajarnya memperkecilkan program atau skim yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan kerana usaha itu telah berjaya meringankan beban hidup rakyat.
Sedangkan, kata beliau sepanjang 33 bulan PN memerintah Kerajaan Persekutuan banyak perkara yang tidak beres dan diselesaikan oleh mereka.
“Kita (Kerajaan Perpaduan) baru genap setahun. 12 bulan. Dia 33 bulan tak buat apa apa. Saya jumpa supol dia di surau Dewan Negara. Saya kata YB nak tukar istilah, tukar sekarang. Biar perkataan dalam bajet (peruntukan) itu jelas. Tetapi apa pun tak dibuat.
“Berhimpun di KL menangis nangis berdoa RUU 355. Jadi kerajaan apa pun tak buat. Ini berhimpun lagi, apa pun tak dibuat,” kata Yaakob mempersoalkan isu hukum hudud.
Terbaharu, Pas mengajak rakyat menentang Kerajaan Perpaduan apabila ada pihak yang berani mencabar undang undang jenayah syariah di Kelantan yang hukumannya bertindih dengan undang undang sivil.
Sedangkan cabaran tersebut telah difailkan di mahkamah pada era PN memerintah, dan tidak mendapat sebarang reaksi para pemimpin Pas pada ketika itu.
The post ‘Pas masa ada kuasa satu pun tidak dibuat’ – Yaakob Sapari first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36864?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pas-masa-ada-kuasa-satu-pun-tidak-dibuat-yaakob-sapari

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Berkuasa Tidak Buat Apa Bila Tiada Kuasa Banyak Isu Dimainkan

Pas Berkuasa Tidak Buat Apa Bila Tiada Kuasa Banyak Isu Dimainkan

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 309 hits
Pengundi di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman diingatkan tidak termakan janji dan retorik Pas Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu berkata Pas kebelakangan ini begitu celupar menuduh Kerajaan Perpaduan menindas agama Islam pada waktu m...
Samsuri Mungkin Calon Pm Masa Depan Pas

Samsuri Mungkin Calon Pm Masa Depan Pas

papar berkaitan - pada 18/11/2023 - jumlah : 232 hits
Nora MahparPETALING JAYA Pencalonan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar pada PRK Kemaman mungkin strategi PAS menampilkan calon perdana menteri dari golongan profesional pada masa depan kata penganalisis politik Mereka berpendapa...
Kuasa Ditangan Kamu Kuasa Masa Tebuk Atap Juga Ditangan Kamu

Kuasa Ditangan Kamu Kuasa Masa Tebuk Atap Juga Ditangan Kamu

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 275 hits
Che Ibrahim Paknik Masa Nik Elin Nik Rashid cabar EKJS 2019 ni kuasa politik dok di tangan parti Pak nik hasil kerja tebuk atap bersama rakan rakan Paknik Nik Elin tak tahu pun parti Paknik dan rakan rakan akan hilang kuasa politik selepas ...
Bila Hangpa Hilang Kuasa Modal Pun Habis

Bila Hangpa Hilang Kuasa Modal Pun Habis

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 133 hits
Hentikan konsert kerana simpati rakyat Palestin Rakyat Palestin dibantai zionis ni bukannya bermula 7 Oktober baru ni Mereka dah disiksa pembersihan etnik dah berlangsung semenjak dari 1948 lagi Dah hampir satu abad dah Tak pernah lagi seme...
Allah Je Tahu Betapa Sakit Tahan Rindu Doa Disatukan Satu Hari Noh Salleh Dedah Wajah Anak

Allah Je Tahu Betapa Sakit Tahan Rindu Doa Disatukan Satu Hari Noh Salleh Dedah Wajah Anak

papar berkaitan - pada 3/12/2023 - jumlah : 263 hits
Melalui perkongsiaan terbaru penyanyi Noh Salleh di Instagram setelah sekian lama akhirnya dia memuat naik wajah anak angkatnya Musa yang kelihatan sungguh comel Dapat dilihat dalam gambar yang dimuat naik Noh sedang mendukung anak lelakiny...
Isu Pertindihan Kuasa Kes Liwat Perlukah Perlembagaan Dipinda

Isu Pertindihan Kuasa Kes Liwat Perlukah Perlembagaan Dipinda

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 187 hits
Che IbrahimAmbo tak nampak sikit habuk apa rasional dan justifikasi mengapa Perlembagaan perlu dipinda bagi membolehkan kesalahan liwat dibicarakan di mahkamah syariah Kita tahu kes Iki Putra boleh menyebabkan semua peruntukkan liwat dalam ...
Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air Kata Amirudin

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air Kata Amirudin

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 285 hits
KERAJAAN negeri tidak mempunyai kuasa meluluskan kenaikan tarif air dan perkara itu perlu dibawa ke peringkat kementerian meskipun wujud keperluan untuk berbuat demikian Menteri Besar Amirudin
Kongres Di Tampuk Kuasa Parti Berbilang Kaum Tadbir Negara

Kongres Di Tampuk Kuasa Parti Berbilang Kaum Tadbir Negara

papar berkaitan - pada 23/11/2023 - jumlah : 238 hits
Kongres Nasional KEADILAN pada 25 dan 26 November ini mencatat sejarah tersendiri apabila diadakan buat pertama kali dalam keadaan KEADILAN menerajui pemerintahan Malaysia melalui Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim Bagi Ahli Par...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Aliff Syukri Minta Rakyat Malaysia Bersabar Isu Jet Peribadi Video

Grand Beach Resort Port Dickson Your Ultimate Family Beach Getaway In Malaysia

User Generated Content For Marketing

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

Saat Dunia Bergelap Lebih Enam Minit

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Resipi Orang Dulu Dulu Lempeng Pisang Nostalgia Yang Sedap Mudah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sanah Helwah Abang Sayang

How Being Shy Is Hurting You

Moments You Missed At G Dragon S Bermensch World Tour In Malaysia Without The Huawei Pura 80 Ultra

Netflix S Culinary Class Wars Athwart Allegations Of Format Theft In China No Licensing Agreement Secured

Breakthrough Study Discovers Novel Type 1 Diabetes Variant In Africa Secures Funding Newsnation

Tun Faisal Dakwa Pn Pernah Turunkan Harga Minyak Juga Tanpa Berjanji Dalam Manifesto