Pas Lembik Lepas Jadi Kerajaan



Pas dalam kerajaan dan sewaktu dalam pembangkang adalah dua personaliti yang berbeza. Ketika berjuang sebagai pembangkang Pas sangat agreasif memperjuangkan hukum Islam dan mengkafirkan MCA atau yang tidak sehaluan dengan perjuangan Islam.
Namun selepas menjadi kerajaan Tebuk Atap Pas hilang berani dan lembik membangkitkan isu berkaitan agama Islam
Bagaimanapun, pemimpin Pas beralasan mereka sibuk melakukan kerja-kerja pemerintahan.
Bagi pensyarah politik di Universiti Malaya, Mohamad Tawfik Yaakub berkata sikap tidak lagi agresif sejak jadi kerajaan bukan hanya terhad pada PAS tetapi berlaku juga pada mana-mana parti pembangkang yang jadi kerajaan, sama seperti parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH).
“Ini kepentingan politik parti, parti-parti lain pun sama bila jadi kerajaan, antara alasannya mungkin nak jaga kedudukan dan periuk nasi masing-masing menyebabkan ideologi parti tidak lagi diangkat.
“Dulu PAS seringkali membawa isu utama tetapi hari ini seakan hilang arah panduan,” katanya dipetik The Malaysian Insight.
PAS jadi begitu, antara lain, kerana mahu menjaga kedudukannya dalam sebuah gabungan kerajaan PN yang rapuh, jelasnya.
“Nak jaga kedudukan dalam kerajaan tidak menentu ini susah, kerajaan harus stabil, baru parti boleh mengangkat isu yang menjadi perjuangan mereka selama ini,” katanya.
Tambah beliau, perubahan PAS juga tidak akan menjejaskan pengaruh sokongan terhadapnya daripada akar umbi dan pengundi Melayu, amnya.
“Walaupun ahli Umno melihat PAS sukar untuk diterima, tetapi bila kena isu yang sama, seperti isu Melayu, mereka boleh bersama.
“Orang Melayu akan menilai antara PN dan PH, mana yang lebih menguntungkan mereka, itulah yang akan mendapat sokongan,” kata Tawfik.
Sebelum jadi kerajaan di Putrajaya, PAS lantang mengkritik beberapa isu pentadbiran agama Islam di bawah kerajaan PH, yang digambarkan sebagai mengancam kepentingan agama Islam dan Melayu umumnya.
Ia misalnya membangkitkan soal pakaian wanita yang tidak menutup aurat termasuk dalam acara sukan, dan kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk sementara penyokongnya menyebarkan maklumat tidak tepat tentang pengurusan dana Islam dan masjid.
Naratif PAS ketika itu memberikan bayangan seolah-olah Islam terancam dan disekat di bawah kerajaan PH yang disertai musuh politiknya, DAP.
Pensyarah politik di Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Azizuddin Sani pula berkata PAS sedar kedudukannya sekarang sebagai sebahagian anggota kerajaan dan kerana itu ia tidak lagi seagresif dahulu.
PAS juga sedar kedudukan gabungan PN yang rapuh dan longgar, yang dipercayai mempunyai kelebihan dua atau tiga kerusi daripada majoriti mudah yang diperlukan dalam kalangan 222 kerusi di Dewan Rakyat.
Oleh itu, strategi PAS ialah mengurangkan polemik politik, katanya.
“PAS dilihat mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam mentadbir dan mengelak diri daripada mencetuskan polemik politik sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.
“PAS juga cuba melicinkan pentadbiran kerajaan negeri dan pusat dengan mengelakkan polemik,” kata Azizuddin.
Ditanya sejauh mana sokongan terhadap PAS akan terjejas sekiranya parti itu sekarang tidak lagi dilihat lantang bersuara tentang Islam, Azizuddin mengingatkan bahawa corak aliran PAS juga sebenarnya sudah berubah.
PAS bukan lagi sebuah parti Islam semata-mata, katanya.
Jelas Azizuddin, di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang sebagai presiden, PAS turut memilih fahaman kebangsaan, berbeza dengan kepimpinan parti sebelumnya, apabila menjalin kerjasama rapat dengan Umno melalui Muafakat Nasional.
“PAS akan ikut arus keadaan semasa dengan hubungan baik mereka dengan Umno. PAS juga sudah lebih bercirikan kebangsaan,” katanya.
Aliran kebangsaan dan Islam itu memberi kelebihan kepada PAS yang akan diterima lebih luas oleh orang Melayu, tambahnya.
“Sokongan Melayu luar bandar termasuk bandar agak tinggi kepada Muafakat Nasional.
“Berdasarkan logik, dengan pertambahan Bersatu (dalam PN) sepatutnya mereka lagi kuat dapat sokongan Melayu,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah mengakui pimpinannya tidak lagi mengeluarkan kenyataan seagresif sebelum ini sebaliknya mereka fokus melaksanakan tugas pentadbiran.
“Bila dalam kerajaan tak sama dengan di luar. Dalam kerajaan kita tak boleh cakap banyak, kita buat kerja sahaja,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28148

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tindakan Saifuddin Bikin Mp Pas Heret Umat Islam Nyatakan Bantahan Kepada Kerajaan Pn

Tindakan Saifuddin Bikin Mp Pas Heret Umat Islam Nyatakan Bantahan Kepada Kerajaan Pn

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 341 hits
Anggota Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari mengajak umat Islam di Malaysia menyatakan bantahan terhadap lantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia Menurutnya apa jua motif dan tujuan yang ingin dicap...
Pembalakan Bukti Kerajaan Pas Terdahulu Gagal Urustadbir Kedah

Pembalakan Bukti Kerajaan Pas Terdahulu Gagal Urustadbir Kedah

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 377 hits
Leman Raja Lawan Pembalakan Hutan Simpan Tasik Pedu suatu masa dulu Bukti Kerajaan PAS Kedah Tak Mampu UrusTadbir Negeri Rakyat Negeri Kedah pernah membantah kepimpinan kerajaan PAS Kedah suatu masa dulu dimana masa tu Sanusi selaku Setpol ...
Yang Kalah Saman Balak Rm1 Bilion Kerajaan Pas Terengganu

Yang Kalah Saman Balak Rm1 Bilion Kerajaan Pas Terengganu

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 568 hits
She SalTetapi KERAJAAN PAS KEDAH PULA KECOH DENGAN SAMAN BALAK RM1 BILION YANG TAK UJUD Rakus sungguh lebai ni Kerajaan PAS yang baharu beberapa hari membentuk kerajaan di Kedah hendak membuka semula konsesi balak konon untuk mengelak bayar...
Tun Melutut Pada Pas Dan Umno Bentuk Kerajaan

Tun Melutut Pada Pas Dan Umno Bentuk Kerajaan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 389 hits
Umno jumpa Tun M sokong bentuk kerajaan PH 2 0 Oleh May 31 2020Syam GhazKena Ingat UMNO yang berusaha menunjukkan Muafakat Nasional ajak PAS masuk Umno bina rumah Daripada MN mereka bersama team Kartel dengan Tawaran PM Sekarang bila goyah ...
Kerajaan Pn Beri Dana Kepada Ipt Cina Pas Tak Bising

Kerajaan Pn Beri Dana Kepada Ipt Cina Pas Tak Bising

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 930 hits
Sewaktu pemerintahan Pakatan Harapan bantuan wajib kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dipolitikkan oleh Umno dan Pas sebagai agenda DAP melebihkan orang Cina dan menindas Melayu Kerajaan PH sebaik baiknya tidak perlu langsung memberi peru...
Alhamdulillah Kerajaan Melayu Isle Lepas Bayar Gaji Cikgu Dan Lebai

Alhamdulillah Kerajaan Melayu Isle Lepas Bayar Gaji Cikgu Dan Lebai

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 616 hits
AimAlhamdulillah Dapat kerajaan Melayu Islam sekolah agama boleh gak pitih RM9 900 Lepas la bayar gaji asatizah sebulan Selebihnya kita pakat pakat minta derma dekat fb
3 Pihak Sedang Berusaha Menjadi Kerajaan Kini

3 Pihak Sedang Berusaha Menjadi Kerajaan Kini

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 282 hits
Tiga pihak hangat berunding pujuk ugutAda tiga pihak berkongsi tiga strategi berbeza dalam politik negara sekarang Pihak pertama ingin mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional dan mengukuhkan PN sebagai perikatan politik yang rasmi Usaha ini...
Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 325 hits
Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan Sekarang ini macam macam panduan kerja boleh didapati di media Sana sini ramai yang mencari Walaupun temuduga masih ditunda tarikh Namun persiapan untuk menghandiri temuduga perlu anda titikberatkan ...
Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Drama Epok

About 25k Throng Dataran For Turun Anwar Rally

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu

Aeon Mall Active Beat 3 0 Peluang Jumpa Lagenda Manchester United Edwin Van Der Sar

Soto Hj Patoni Peranakan Place Cbtl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Gerak Solo

Kenduri Kahwin

Wanita Tidak Berbaju Berkeliaran Di Sebatang Jalan Raya Di Jontien

The Rise Of Virtual Influencers Redefining Fame In The Digital Age

Aplikasi Web Yang Makan Bateri Telefon Korang Tanpa Sedar

Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah