Pas Lebih Cekap Ketimbang Bn Dan Ph


RENCANA

PAS Kelantan telah buat anjakan dan pendekatan politik baru di negeri itu. Langkah yang diambil itu boleh disifatkan bijak dan tepat selepas lebih 30 tahun
memerintah Kelantan. Pendekatan dimaksudkan itu ialah berbaik baik dan amalan politik diplomasi dengan kerajaan Persekutuan. 
Tampaknya Pas lebih cekap dalam soal ini ketimbang BN dan PH.
Menteri Besar Nassruddin Daud yang mengangkat sumpah sebagai MB selepas pilihan raya ke-15 lalu menggantikan Ahmad Yakob mengambil dimensi politik baru di Kelantan, berkompromi dengan kerajaan pusat. 


Politik maki hamun dan sinisme seperti sebelum ini sudah dikendurkan. Nassaruddin banyak “berpuasa” sunat sejak jadi Menteri Besar.
 
Langkah itu dilihat suatu keberanian yang positif buat Kelantan sekaligus menyerlahkan kehemahan politik Nassaruddin. Adun Meranti itu belajar daripada kedudukannya itu menjadi lebih dewasa dan faham maknawi politik. 



Dalam tempoh terdekat banyak manfaat dikecapi oleh kerajaan Kelantan. Pas bijak gunakan sikap tasamud Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri untuk bantu Kelantan. Seperti mana diumum dan diakui sendiri oleh Nassaruddin, semua permohonan peruntukan dan projek diluluskan oleh perdana menteri.
 
Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Anwar sebagai PM kini, mengamankan Pas tidak lagi bersusah payah menangih peruntukan yang seharusnya diterima Kelantan berdasarkan semangat federalimse. Tuduhan kerajan persekutuan melakukan diskriminasi, menganak tirikan Kelantan seperti dahulu tidak lagi kedengaran. Anwar benar-benar memahamai akan hubungan dan tanggungjawabnya sebagai perdana menteri.

 
Ini adalah bijaksana dan proses kematangan dialami Nassaruddin dalam berpolitik. Walaupun ada segelintir dari kalangan Pas yang tidak senang dengan langkah dan cara Nassaruddin itu, namun ia tidak diendahkan. Nassaruddin lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan negeri daripada mengikut naluri dan amarah politik jahiliah. 

 
Mereka yang tidak bersetuju itu bukan sahaja jahil memahami pengertian politik, tetapi bertindak atas rasa nafsu dan emosi. Mereka juga cemburu dengan takdir yang berlaku dimana Nassaruddin sebagai Exco individu yang tidak pernah mengimpikan jawatan itu tiba-tiba dipilih sebagai MB. Pemilihan Nassaruddin itu tidak dapat diterima mereka. Sebab itulah katanya ada “grand design” untuk menjatuhkan Nassaruddin sebagai MB. 



Strategi Harapan.
 
Di sini saya tidak mahu mengulas lebih panjang mengenai perubahan politik Pas di Kelantan itu, tetapi apa yang hendak dipersoal dan dipertanyakan apakah pula pelan atau strategi BN dan PH (Harapan) di Kelantan. Setakat ini tidak nampak apa-apa pelan atau startegi kedua-dua gabungan itu untuk Kelantan.

 
Satu sisi semacam kedua komponen itu tidak nampak melakukan apa-apa perubahan, baik sikap maupun komitmen. Persefahaman politik di antara PH dan BN seperti terpamer di Kuala Lumpur kemudian dipraktiskan dalam beberapa siri pilihan raya kecil, tidak mengalir ke Kelantan. Dalam kata lain, baik BN maupun PH seperti tidak ada political will, untuk Kelantan, ini menjadikan mereka seakan masih seperti dahulu bergerak secara bersendirian, disatu-satu sisi masih kelihatan berseteru. Baik BN dan PH tidak pandai mengutip situasi yang terhidang untuk manfaat bersama.

 
Padahal persefahaman dan kerajasama diperingkat atasan, kepimpinan kedua pihak telah wujud dan “bergotel” molek. Tetapi keadaaan itu tidak tersuluh di peringkat negeri khasnya di Kelantan. Kenapa?

 
Apakah yang menghambat mereka? Apakah keadaan ini berlaku kerana pemimpin kedua pihak tidak ada idea untuk memulakan langkah bersama, tidak tahu macam mana hendak “mengotelkan" para pengikut BN dengan PH. Ini berlaku mungkin kerana pemimpin kedua-dua komponen itu tidak ada wibawa, keupayaan dan pengalaman untuk memantapkan perpaduan dan menjalin-eratkan kerjasama di antara keduanya.

 
BN kini dipimpin atau Jazlah Yaacob, dimana beliau adalah pengerusi Umno Kelantan. Manakala dipihak PH pula dipimpinan oleh Adzly Zahri salah seorang naib presiden Parti Amanah Negara, sementara dari Keadilan Supardi Mohd Noor selaku pengerusinya. Adly walaupun ada sedikit pengalaman sebagai Ketua Menteri Melaka dan kini timbalan Menteri Pertahanan, bukan pantas untuk memikul tanggungjawab sebagai pengerusi Harapan Kelantan. Sebagai orang luar beliau tidak mengetahui banyak selok belok dan perangai orang Kelantan.
 
Ketika-tiga mereka ini jika diukur dari prestasi dalam konteks Kelantan tidak mencapai standard yang dikehendaki. Mungkin disebab itu juga mereka tidak ada idea bagaimana untuk “menggotelkan” BN dengan PH bagi menyemarakkan Harapan seiringan dengan kehebatan Pas kini.

 
Dalam sepanjang perhatian saya belum ada apa-apa evet yang dianjurkan oleh BN dan PH secara bersama. Dalam kata lain BN dan PH tidak pernah menguji kekuatan gabungan itu di Kelantan dengan mengadakan suatu himpunan raksasa. Di bulan Ramdahan lalu dimana selalunya digunakan oleh parti politik untuk menunjukkan kekuatan dan mempersatukan ahli serta penyokong dengan menganjur majlis iftar atau rumah terbuka raya, tidak pun diadakan. Ini menjelaskan akan kedaifan Harapan di Kelantan. 

 
Sekiranya PH dan BN diharap memberi sumbangan lebih bermakna dalam politik di Kelantan sewajarnya ketiga-tiga parti membentuk komponen itu menampilkan seorang pemimpin yang berwibawa, yang boleh mempersatukan semua. Ketiga-tiga pemimpin yang ada itu seakan tidak mampu untuk memancing di antara satu sama lain agar “bergotel” bagi memantap hubungan dan kerjasama PH dengan BN.

 
Hal ini seharusnya disedari oleh pemimpin parti berkenaan diperingkat atasan, terutamanya Anwar Ibrahim sebagai pengerusi Harapan. Beliau perlu melihat keadaan di Kelantan ini dengan kanta pembesar bukan hanya menyerahkan apa yang berlaku kepada pengerusi Keadilan Kelantan, Supardi semata-mata.  


Demikian juga Zahid Hamidi boleh membuat semakan terhadap kemampuan dan wibawa Jazlan di Kelantan. Jazlah seperti tiada pamor untuk memperkasakan semula Umno Kelantan. Demikian juga Mohamad Sabu sebagai presiden Amanah, perlu menilai kembali akan kemampuan Adly untuk mengayunkan Amanah dan Harapan di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

 
Melainkan Anwar telah bersepakat dengan Zahid dan Mat Sabu untuk memberi kuasa autonomi kepada Pas memerintah Kelantan, maka tidak perlulah buat apa-apa perubahan, kekallah denga apa yang ada hari ini. [wm.kl.12:25 pm 30/04/2025]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2025/04/pas-lebih-cekap-ketimbang-bn-dan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Ahli Pas Tak Setuju Dalil Menangkan Politik Lebih Penting Dari Tunai Haji

Bekas Ahli Pas Tak Setuju Dalil Menangkan Politik Lebih Penting Dari Tunai Haji

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 188 hits
SITI NUR ZAWANIApril 21 2025Seorang bekas ahli Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai keutamaan mengundi pada pilihan raya berbanding menunaikan haji dan umrah Menurut Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali men...
Pas Intai Peranan Lebih Besar Dalam Pn Cetus Persoalan

Pas Intai Peranan Lebih Besar Dalam Pn Cetus Persoalan

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 156 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA PAS mungkin meletakkan dirinya untuk menggunakan pengaruh lebih besar dalam Perikatan Nasional menjelang PRU16 dengan sumber Bersatu mengatakan ia mungkin berpunca rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Bersat...
Pas Kata Pengundi Tolak Bn Ph Tapi Pas Ditolak Lebih Jauh 54 Keluar Mengundi Memang Kecil Tapi Tetap Tolak Paspn

Pas Kata Pengundi Tolak Bn Ph Tapi Pas Ditolak Lebih Jauh 54 Keluar Mengundi Memang Kecil Tapi Tetap Tolak Paspn

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 186 hits
KENYATAAN RASMIKEPUTUSAN PRK AYER KUNING ISYARAT PENOLAKAN TERHADAP KERAJAANPAS Malaysia mengambil maklum keputusan Pilihan Raya Kecil N 48 Ayer Kuning yang telah berlangsung Walaupun Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi ini keput...
Ramai Asatizah Kami Tak Dapat Tauliah Kerana Terbabit Politik Bagaimana Pas Boleh Lepas

Ramai Asatizah Kami Tak Dapat Tauliah Kerana Terbabit Politik Bagaimana Pas Boleh Lepas

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 143 hits
SITI NUR ZAWANIApril 16 2025Ramai dalam kalangan asatizah dan penceramah agama yang merupakan ahli AMANAH gagal mendapat tauliah mengajar kerana memegang jawatan dalam parti politik Malah terdapat penceramah parti itu yang sanggup melepaska...
Calon Pas Diarah Berhenti Ceramah Di Masjid Dr Maszlee Balun Berita Pos

Calon Pas Diarah Berhenti Ceramah Di Masjid Dr Maszlee Balun Berita Pos

papar berkaitan - pada 17/4/2025 - jumlah : 210 hits
Yang Dipertua PAS Tapah Abdul Muhaimin Malek yang kini bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning dinasihatkan berhenti daripada mengajar atau bersyarah di masjid dan surau di seluruh Perak Perkembang...
Negeri Negeri Dibawah Pentadbiran Pas Jadi Juara

Negeri Negeri Dibawah Pentadbiran Pas Jadi Juara

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 147 hits
Kelantan catat kes penyalahgunaan dadah tertinggi diikuti Terengganu Perlis dan Kedah Ayob KhanZuliaty ZulkiffliALOR SETAR Kelantan mencatatkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi di Malaysia membabitkan 1 130 kes dalam setiap 100 000 pendud...
Cara Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar Teknik Jeda Belajar Untuk Lebih Ingat

Cara Belajar Anak Rita Rudaini Diiktiraf Pakar Teknik Jeda Belajar Untuk Lebih Ingat

papar berkaitan - pada 7/5/2025 - jumlah : 214 hits
Setiap ibu bapa inginkan terbaik buat anaknya Begitu juga dengan pelakon Rita Rudain Walaupun Rita sibuk dengan dunia lakonan dan komitmen kerja yang tak menentu dia tetap utamakan tanggungjawab sebagai ibu Dalam kesibukan jadual tetap menc...
Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Carian Popular Motosikal 2025

Iklan Jawatan Kosong Perpustakaan Desa Perpustakaan Negara Malaysia

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


2 Resipi Daging Korban Memang Best Dicuba Simple Dan Sedap

Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji

Kari Ikan Chef Anand