Pas Kata Pengundi Tolak Bn Ph Tapi Pas Ditolak Lebih Jauh 54 Keluar Mengundi Memang Kecil Tapi Tetap Tolak Paspn




 KENYATAAN RASMI


KEPUTUSAN PRK AYER KUNING ISYARAT PENOLAKAN TERHADAP KERAJAAN





PAS Malaysia mengambil maklum keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning yang telah berlangsung. Walaupun Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi ini, keputusan yang diperoleh menjadi gambaran jelas kepada banyak hakikat penting yang wajar diberi perhatian serius, khususnya oleh kerajaan negeri dan kerajaan pusat.


Keyakinan yang dilaungkan oleh Menteri Besar Perak bahawa akan berlaku gelombang besar ‘transfer vote’ sehingga mampu mencapai majoriti 18,000 undi ternyata jauh meleset. Hakikatnya, Perikatan Nasional (PN) kekal teguh dengan undi teras sekitar 5,000 hingga 6,000 pengundi, menunjukkan bahawa sokongan akar umbi kepada PN tetap utuh dan tidak terjejas walaupun diasak hebat oleh kekuatan jentera kerajaan.


PRK ini juga membuktikan bahawa tiada perpindahan undi daripada penyokong Pakatan Harapan (PH) kepada BN dengan jumlah yang besar. Sebaliknya, rakyat secara kolektif telah menghantar isyarat penolakan terhadap prestasi kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang dilihat gagal menyantuni keperluan rakyat. Lebih ketara, kemerosotan kadar keluar mengundi dalam kalangan pengundi Cina memperlihatkan bahawa pengundi teras PH sendiri tidak bersedia untuk mengalihkan sokongan kepada BN, satu mesej penolakan yang sangat jelas terhadap kerjasama politik antara dua parti ini.


Sejarah menunjukkan bahawa Ayer Kuning adalah kubu kuat UMNO dan BN. Oleh itu, kemenangan BN tidaklah mengejutkan. Namun, majoriti undi yang semakin mengecil dalam PRK kali ini adalah satu peringatan keras buat BN bahawa keyakinan rakyat terhadap mereka semakin menipis. Ia merupakan tanda-tanda awal perubahan arus politik yang tidak boleh dipandang ringan.


Dalam realiti ini, PAS mengingatkan bahawa Perikatan Nasional perlu terus memperkukuh peranan semak dan imbang di Dewan Undangan Negeri Perak. Segala isu yang dibangkitkan sepanjang kempen PRK Ayer Kuning — yang banyak dinafikan oleh kerajaan negeri — perlu terus diperjuangkan agar suara rakyat tidak tenggelam di dalam dewan. Lebih-lebih lagi dengan dominasi BN dalam kerajaan negeri, harapan rakyat kini bergantung kepada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri dari PN untuk membawa aspirasi dan keperitan sebenar rakyat.


PAS menegaskan bahawa Perikatan Nasional akan terus istiqamah memperjuangkan hak rakyat, membela nasib semua golongan dan membina keyakinan menuju gelombang perubahan yang lebih besar dalam pilihan raya akan datang.


Sekian.


#PemudaPAS #KitaMemimpin






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/pas-kata-pengundi-tolak-bn-ph-tapi-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengundi Pilih Bn Kerana Muafakat Tapi Pas Belum Move On Dari Dap

Pengundi Pilih Bn Kerana Muafakat Tapi Pas Belum Move On Dari Dap

papar berkaitan - pada 2/5/2025 - jumlah : 226 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pemimpin Umno mengingatkan PAS bahawa pengundi Ayer Kuning memilih Barisan Nasional kerana mahukan politik muafakat yang progresif dan kerajaan yang bertanggungjawab Katanya rakyat Ayer Kuning pada PRK lal...
Undi Teras Pn Teguh Sokongan Tak Terjejas Kata Pemuda Pas

Undi Teras Pn Teguh Sokongan Tak Terjejas Kata Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 195 hits
Pemuda PAS kata undi teras PN kekal sekitar 5 000 hingga 6 000 pengundi PN kali ini meraih 6 059 undi berbanding 6 812 undi yang diperoleh pada PRU 2022 PETALING JAYA Pemuda PAS menyambut keputusan PRK Ayer Kuning dengan berkata sokongan ak...
Tak Tahu Dr Say Dedah Komitmen Rm35 000 Sebulan Tapi Komen Dr Azura Memang Touching

Tak Tahu Dr Say Dedah Komitmen Rm35 000 Sebulan Tapi Komen Dr Azura Memang Touching

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 200 hits
Tak sangka pendedahan personaliti media sosial dan doktor selebriti Dr Say Shazril baru baru ini mengenai komitmen bulanan keluarganya benar benar membuka mata ramai pihak Bukan mudah bergelar suami Tanggungjawab bukan main main terutana ko...
Coach Kata Latih Budak Budak Ni Tak Mudah Tapi Tengok Apa Jadi Sekarang

Coach Kata Latih Budak Budak Ni Tak Mudah Tapi Tengok Apa Jadi Sekarang

papar berkaitan - pada 19/4/2025 - jumlah : 255 hits
Impian Kecil Semangat Besar Di zaman moden yang dipenuhi cabaran dan pengaruh digital mencari jalan terbaik untuk membina potensi anak bukanlah mudah Namun kisah sekumpulan anak kecil dari MMBC Youth Club dalam video terbitan saluran Bintan...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia