Kerajaan Pas Terengganu Didakwa Hanya Bantu Ahli Pas Sahaja



KERAJAAN PAS di Terengganu tidak mengagihkan bantuan kepada rakyat dengan adil dan hanya berpihak pada penyokong parti Islam itu, kata sebahagian rakyat mengulas prestasi tiga tahun pentadbiran Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.
Mereka mendakwa permohonan untuk mendapatkan bantuan ditolak hanya semata-mata bukan penyokong PAS atau tinggal di kawasan penyokong Umno.

Usahawan Arif Ramzi, 35, dari Kuala Terengganu berkata beliau pernah cuba memohon bantuan Program Subsidi Upah di bawah kerajaan negeri pada Jun 2020.
Beliau memohon bantuan yang diberikan melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu selepas perniagaannya terjejas susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) menangani pandemik Covid-19 sejak Mac 2020.
Arif berkata permohonannya ditolak biarpun memenuhi semua syarat yang melayakkannya mendapat bantuan di bawah kerajaan negeri itu.
“Saya mohon tapi tak dapat, tak tahu kenapa padahal saya layak. Apa yang saya nampak kerajaan PAS ini banyak bagi pada penyokong mereka,” dakwanya.
Arif mengaku beliau kecewa kerana apa yang berlaku tidak sama dengan apa yang kerajaan PAS canangkan kononnya mahu mengagihkan peruntukan lebih adil dan tidak berpihak keypad rakyat.
“Kerajaan PAS ini sama saja, tak ada perkembangan, tak ada perubahan daripada kerajaan lepas (Barisan Nasional).
“Masa Umno memerintah sebenarnya perkara ini jadi juga, jadi bila PAS memerintah kami ingat ada perubahan tapi sama juga.
“Dulu mereka (PAS) marah kepada Umno sebab hanya bagi bantuan kepada penyokongnya tapi sekarang mereka pun buat benda sama juga,” katanya.
Arif berkata kerajaan PAS sepatutnya mengagihkan bantuan melalui pejabat daerah, mukim atau ketua kampung dan bukan dari pejabat ahli Dewan Undangan Negeri bagi mengelakkan isu bantuan sepihak.

PAS mengambil alih pentadbiran Terengganu daripada Barisan Nasional selepas menang 22 daripada 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.
PAS sebelum itu pernah mentadbir Terengganu selama sepenggal selepas PRU 1999 sebelum kalah kepada BN pada 2004.
Seorang pekerja swasta yang hanya dikenal dengan nama Rohani, 36, juga mengakui perkara sama mendakwa banyak bantuan hanya diagihkan kepada penyokong PAS.
Rohani yang tinggal di Kuala Nerus berkata banyak bantuan Covid-19 juga datang daripada kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.
“Sebagai rakyat Terengganu saya lihat memang banyaklah bantuan diberikan kepada penyokong mereka.
“Masa Covid-19, kata kerajaan negeri ada banyak duit, bukalah apa-apa skim untuk peniaga atau pekerja swasta yang terjejas… senang untuk kita mohon, tapi tak ada.
“Banyak bantuan datang daripada pusat bukan kerajaan negeri,” katanya.

Peniaga yang hanya dikenali sebagai Ahmad yang juga kecewa dengan pentadbiran kerajaan PAS menceritakan bagaimana penduduk kampungnya pernah menggerakkan program masyarakat tanpa bantuan kerajaan negeri atau wakil rakyat.
Mereka kemudian terkejut apabila dapat tahu penyelaras DUN dari PAS turut melakukkan program yang hampir sama tidak jauh dari kawasan mereka.
“Bagi kami peliklah, adakah sebab kawasan kampung kami tempat penyokong Umno jadi mereka buat begitu?
“Padahal bagi saya kita pun tidaklah sokong BN juga, cuma sayanglah mereka buat begitu berpuak- puak.
“Kalau mereka terbuka sikit, cara layanan baik mana tahu yang ‘biru’ ini boleh terbuka hati nak ubah ke ‘hijau’,” katanya, merujuk kepada warna BN dan PAS.
Namun Ahmad berkata tidak semua kawasan DUN yang mempunyai sentimen sebegitu.
“Ada juga kawasan DUN yang wakil rakyat PAS ok, jadi sebenarnya ia bergantung pada pemimpin jugalah. Tapi kebanyakannya layanan adalah sepihak,” katanya.
Seorang lagi peniaga Said, 51, yang juga penyokong PAS secara umum melihat pentadbiran kerajaan negeri tidak bermasalah namun terkilan apabila bantuan hari raya diberhentikan.
“Dana raya patutnya teruslah diberikan sebab ia membantu juga terutama kami peniaga sekarang ini banyak terkesan jualan merosot,” katanya yang berniaga di Pasar Payang.
Ditanya adakah beliau akan mengubah sokongan semasa pilihan raya akan datang kerana hal itu, jawabnya tidak.
“Saya tetap akan undi PAS, macam mana pun, kita nak kerajaan Melayu Islam,” katanya ~ TMI


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/05/kerajaan-pas-terengganu-didakwa-hanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Hanya Jemaah Masjid Dan Marhaen Sahaja Ang Dihukum

Kenapa Hanya Jemaah Masjid Dan Marhaen Sahaja Ang Dihukum

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 327 hits
NIZAM AKATuan mufti Takkan hanya rakyat marhaen shj yg dihukum berdosa Adakah menteri dan selebriti mempunyai imuniti atau kekebalan drp dosa walaupun terang2 melakukan kesalahan dgn melanggar SOP Kenapa asyik jemaah masjid shj yg selalu di...
Dap Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Ke Putrajaya Kata Pas

Dap Sanggup Lakukan Apa Sahaja Untuk Ke Putrajaya Kata Pas

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 341 hits
inforakyat netDAP akan melakukan apa sahaja demi untuk mentadbir kembali Putrajaya termasuk berusaha mendapat sokongan pengundi Melayu Naib Presiden PAS Senator Idris Ahmad berkata DAP tahu mereka solid boleh mendapat sokongan orang bukan M...
Hiburan Penat Tengok Kegagalan Kerajaan Urus Covid 19 Naim Daniel Nafi Mahu Tunjuk Hero Hanya Memahami

Hiburan Penat Tengok Kegagalan Kerajaan Urus Covid 19 Naim Daniel Nafi Mahu Tunjuk Hero Hanya Memahami

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 205 hits
Lantang memberikan pendapat penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel akui telah penat melihat kegagalan kerajaan menguruskan prosedur operasi standard yang dilaksanakan berikutan pandemik COVID 19 Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel...
Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

Rakyat Bukan Sahaja Marah Tetapi Rakyat Menunggu Masa Untuk Menghumban Kerajaan Yang Ada

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 203 hits
PKP Saya tahu rakyat marah kata Ismail SabriSinar HarianMei 5 2021 14 07Ismail Sabri menegaskan usaha tersebut tidak lain bertujuan untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Kerajaan tahu rakyat marah khusus...
Perutusan Khas Mb Sempena Tiga Tahun Kerajaan Terengganu

Perutusan Khas Mb Sempena Tiga Tahun Kerajaan Terengganu

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 223 hits
UCAPAN SEMPENA 3 TAHUN KERAJAAN TERENGGANU10 MEI 2021Assalamualaikum wbt Muqaddimah Tiga tahun yang lalu pada tarikh yang sama saya bersama sama dengan 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri masing masing telah mengangkat sumpah jawatan Menter...
Hanya Kemuka Pas Kerja Surat Majikan Untuk Urusan Kerja Di Kawasan Pkpd Di Perak Kata Polis

Hanya Kemuka Pas Kerja Surat Majikan Untuk Urusan Kerja Di Kawasan Pkpd Di Perak Kata Polis

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 352 hits
Empat mukim dikenakan PKPD di Perak bermula semalam hingga 4 Jun iaitu Mukim Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak Mukim Taiping di daerah Larut Matang dan Selama Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh Lahat Chemor dan Tanjong Rambutan di daerah Kint...
Kerajaan Gagal Hanya Spekulasi Dan Propaganda

Kerajaan Gagal Hanya Spekulasi Dan Propaganda

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 303 hits
Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN14 MEI Sebarang tindakan dan kenyataan merujuk kepada pemerintahan negara ini sebagai kerajaan gagal kerana penularan dan peningkatan kes COVID 19 adalah tidak wajar serta tidak tepat Penganalisis Politik Un...
Ahli Pas Dah Lihat Pemimpin Mereka Lari Dari Perjuangan

Ahli Pas Dah Lihat Pemimpin Mereka Lari Dari Perjuangan

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 333 hits
ARIF ATANPresiden AMANAH Mohamad Sabu menyifatkan ahli Pas sekarang dapat melihat perangai sebenar pemimpin mereka yang sudah lari daripada perjuangan Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata perjuangan seperti isu Akta Mahkamah Syariah 1965 ata...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya


Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield

Mb Perlis Tak Direman

Malaysia Middle Or Middling Power