Buku Tommy Thomas Adalah Kegagalannya Paling Besar Shahril Hamdan



 
Pernah duduk sepentas bersama bekas Peguam Negara Tommy Thomas dan bekas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof sewaktu awal penggal PH dahulu.
Saya terima jemputan tersebut bukan hanya bagi membuktikan Umno sedia bertukar pandangan dan berbahas dengan mereka, tetapi juga kerana menghormati institusi dan jawatan yang mereka pegang itu.
Jadi saya tertarik apabila sehari dua ini, timbul kontroversi berkenaan buku “memoir” yang ditulis Tommy Thomas (TT) bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness”.
Saya tertarik apa sebenarnya yang ditulis TT sehingga menjadi buah mulut ramai.
Cuma kalau hendak komen sesuatu, tentunya mesti baca dahulu. Setelah membaca buku tersebut, saya faham kenapa ia menjadi sensasi sampai ada yang buat laporan polis dan memulakan tindakan saman.
Jawatan peguam negara ini bukan jawatan kecil. Ia termaktub dalam Perlembagaan Perkara 145. Tentunya apabila menjadi peguam negara, waima setelah tamat tempoh perkhidmatan pun, wujud etika dan “decorum” yang sesuai dengan institusi tersebut. Tak boleh tulis sesuka hati seolah-olah mahu menjadi wartawan “insider”.

 
Tetapi tidak untuk TT. Habis semua dihina dan dipersalah. Baik “bos” dia PM7 yang melantiknya, baik PM6, sehinggakan PM2 pun tidak terlepas cemuhan.
Penulisan TT tentang Allahyarham Tun Razak amat mendukacitakan apatah lagi datang dari seorang bekas Peguam Negara.
Antara petikan yang ditulis berkenaan insiden 13 Mei, di mana beliau seakan-akan menuding jari ke Tun Razak.
“Why did Malay youths brandishing parangs..turn on their fellow citizens, the Chinese..on..May 13th, 1969? The evidence points to a coup by Tun Razak”
“(H)e was anxious to take over”.
“An open challenge by Tun Razak would have failed. The matter was compounded by a critical fact that Malaysians were not aware of. Tun Razak had been told he was suffering from leukaemia, and was given five to six years to live, a medical prognosis that turned out to be accurate”
“(W)ho benefitted from the riots? – it was Tun Razak”

 
Dalam satu muka surat sahaja (m/s 28), TT tanpa berselindung mendakwa bahawa Tun Razak mendalangi insiden paling hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Pertama, “Evidence points to a coup by Tun Razak”. Evidence (bukti) apa? Yang menulis ini adalah bekas Peguam Negara. Bukan pengarang surat layang. Bukti apa yang dia ada sehingga tergamak menerbitkan suatu tuduhan yang amat jelas dan nyata terhadap Bapa Pembangunan Malaysia – yang mana individu itu pun tidak ada bersama kita lagi untuk menepis dakwaan tersebut.
Kedua dan lebih hina, TT menggambarkan seolah-olah Tun Razak tergamak buat apa yang didakwa TT di atas, kononnya kerana Tun Razak tak sabar untuk ambil alih jawatan perdana menteri disebabkan beliau menghidap leukemia.
Ini penghinaan yang teramat serius – yang merendahkan keperibadian seorang bekas pemimpin negara.
Berasaskan apa? Bukan berasaskan bukti, tetapi “conjecture” dan prejudis yang tebal.
Ketiga, insiden 13 Mei ini detik hitam, yang masih menjadi perkara sensitif – harus ditulis dan dirujuk dengan penuh bertanggungjawab, apatah lagi selaku seorang bekas peguam negara.
Bila menulis “why did Malay youths brandishing parangs..turn on Chinese..”, adakah itu bertanggungjawab? Adakah itu cara seorang yang kononnya mementingkan keharmonian antara kaum pada tahun 2021? Begitu mudah menyingkap insiden 1969 dengan bahasa dan penulisan yang sebegitu mudah dan simplistik menuding jari kepada satu pihak?
Ini belum lagi menyentuh apa yang ditulis dan cuba disampaikan berkenaan pembunuhan Altantuya – yang mana Datuk Seri Najib Razak telah mengemukakan surat tuntutan.
Belum lagi menyentuh apa ditulis berkenaan pegawai Pejabat Peguam Negara yang pada pandangan saya disifatkan TT sebagai peguam-peguam tidak berdaya maju dan selesa makan gaji dan pencen – “lawyers who lack the drive to excel”
Petikan: “I realised that lawyers from the AG’s Chambers (AGC) acting for the government did not have the same commitment, passion and drive to succeed as their counterparts in the Bar”
“They are civil servants earning fixed incomes and awaiting pension upon retirement. There was no incentive to distinguish themselves”
Ini belum lagi menyentuh apa yang ditulis berkenaan Umno, di mana TT bukan sekadar mengkritik individu tetapi mencemuh seluruh institusi Umno itu sendiri berkali-kali dalam bukunya.
Belum lagi menyentuh rahsia yang dibongkar dan ditelanjangkan dengan tafsiran-tafsiran peribadi tertentu. Hubungan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim, soal perjumpaan dalam Istana Negara, soal perbualan antara TT dan Tun Mahathir sewaktu menjadi perdana menteri interim – semua yang patut menjadi sulit diceritakan terbuka. Inikah “standard” bekas peguam negara?

 
Saya membayangkan TT akan mengatakan apa yang ditulis adalah pandangan dia. Mungkin dia berpandangan bahawa dia ada hak kritik dan hina sesiapa sahaja, baik yang hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Benar, ada pandangan yang bebas dikemukakan oleh sesiapa. Seperti posting ini – pandangan saya berdasarkan apa yang ditulis oleh TT. Bukan berdasarkan khabar angin atau prejudis.
Tetapi TT patut tahu, ada perkongsian yang mengundang tindakan bawah sistem perundangan. Dan ada pandangan yang kalau tak menyalahi undang-undang pun, amat tak sesuai datang dari seorang bekas peguam negara.
Saman dan laporan polis – sama ada soal saman malu, pelanggaran Akta Rahsia Rasmi (OSA), jenayah fitnah atau apa sahaja yang ditentukan kelak oleh proses perundangan – tetap akan berjalan.
Sambil ia berjalan, saya pula beri pandangan kepada Tommy Thomas:
Satu perkara hampir pasti. Dengan buku anda, anda bukan hanya telah menghina ramai pihak, malah menghina institusi peguam negara yang anda sendiri pegang suatu ketika dahulu.
Jangankan mahu menutup kegagalan sewaktu jadi peguam negara, mungkin buku ini juga antara kegagalan paling besar anda sehingga saat ini.

 
SHAHRIL HAMDAN merupakan ketua penerangan Umno.
The post Buku Tommy Thomas adalah kegagalannya paling besar – Shahril Hamdan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/03/buku-tommy-thomas-adalah-kegagalannya-paling-besar-shahril-hamdan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=buku-tommy-thomas-adalah-kegagalannya-paling-besar-sh

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Terima Laporan Berhubung Buku Tommy Thomas

Polis Terima Laporan Berhubung Buku Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 241 hits
39 total views 39 views today KUALA LUMPUR 3 Feb Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria berhubung dakwaan fitnah terhadap dirinya oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas semala...
Ulasan Menarik Buku Memoir Tommy Thomas Oleh Dr Mohamed Hadi Ah

Ulasan Menarik Buku Memoir Tommy Thomas Oleh Dr Mohamed Hadi Ah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 285 hits
DR MOHAMED HADI AHAda banyak cerita menarik bertaraf first hand information yang Tommy Thomas kongsikan dalam memoir beliau Paling meletihkan selaku Peguam Negara ialah menyelesaikan masalah 1MDB SRC Equanimity dan rangkaiannya kerana isu i...
Polis Siasat Buku Tommy Thomas Penerbit Menghadap Bukit Aman

Polis Siasat Buku Tommy Thomas Penerbit Menghadap Bukit Aman

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 289 hits
Polis mula menjalankan siasatan berhubung My Story Justice In The Wilderness dengan mengambil keterangan penerbit memoir ditulis bekas peguam negara itu Siasatan berkenaan dijalankan selepas pihak berkuasa menerima banyak aduan mengenainya ...
Kdn Mungkin Haram Buku Tommy Thomas

Kdn Mungkin Haram Buku Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 277 hits
February 5 2021 10 33 AMBuku tulisan Tommy Thomas My Story Justice in The Wilderness mengundang kontroversi selepas dilancarkan PETALING JAYA Buku tulisan bekas peguam negara Tommy Thomas My Story Justice in The Wilderness kini dalam pemerh...
Buku Tommy Thomas Hina Institusi Perundangan Ag

Buku Tommy Thomas Hina Institusi Perundangan Ag

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 316 hits
Buku memoir yang ditulis bekas peguam negara Tommy Thomas jelas merupakan penghinaan terhadap institusi perundangan di negara ini kata penggantinya Idris Harun Kandungan buku ini telah memberikan impak yang negatif khususnya daripada kaca m...
Buku Tommy Thomas Pemuda Umno Desak Siasat Tommy Thomas

Buku Tommy Thomas Pemuda Umno Desak Siasat Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 200 hits
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat beberapa perkara dibangkitkan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube
Buku Tommy Thomas Dap Masih Membisu Najib

Buku Tommy Thomas Dap Masih Membisu Najib

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 247 hits
DAP dilihat masih lagi membisu berhubung penerbitan buku berjudul My story Justice in the Wilderness Buku yang ditulis bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas itu mendedahkan pelbagai insiden sepanjang penglibatan beliau bersama politik da...
Tommy Thomas Adalah Asset Ph

Tommy Thomas Adalah Asset Ph

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 316 hits
Dibelakangnya yang membantu menyusun memoirnya adalah pengkhianat negara APA yang nak dibanggakan dengan Mat Sabu Anwar dan Lim Guan Eng sebagai pemilik asset Tolak JUGA mana pemimpin atau parti yang MASIH mahu bekerjasama dengan PH atau se...
Kontroversi Buku Tommy Thomas Polis Sahkan Terima 134 Laporan

Kontroversi Buku Tommy Thomas Polis Sahkan Terima 134 Laporan

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 197 hits
Polis telah membuka tiga kertas siasatan berkaitan kandungan buku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas My Story Justice in the Wilderness didakwa memfitnah dan menghina pelbagai pihak Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk H...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach