Pas Kekasih Yang Tak Setia Atau Hanya Mahu Memecah Belahkan Ph




Secara nyata dan difahami umum, Pas adalah rakan kerjasama kepada UMNO, walaupun tidak secara rasmi dan tidak juga dengan cara masuk menyertai BN.


Sebelum PRU14 lalu, kerjasama itu dilakukan dengan cara menjadi kuasa ketiga serta bertanding bersendirian dengan harapan dapat memecahkan undi yang akhirnya akan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN mengekalkan kuasanya.


Pertimbangan menjadi kuasa ketiga itu adalah susulan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar di mana pertembungan tiga penjuru telah memberi keselesaan kepada BN meraih kemenangan.


Meskipun menjadi kuasa ketiga dan seolah-olah tidak memihak kepada sesiapa, tetapi ketika itu jelas serangan Pas adalah 100% ditumpukan kepada PH dan parti yang bergabung di dalamnya.


Bersatu, PKR, DAP dan Amanah adalah mangsa serangan Pas dengan berbagai dalil agama serta politik yang dirangkumkan untuk mengIslamkan tindakan mereka itu.


Malah, tidak sedikit kata-kata penghinaan dilemparkan kepada Tun Mahathir Mohamad seperti sudah nyanyuk, patut lebih banyak beribadah di atas sejadah serta di suatu ketika Hadi Awang sendiri mengatakan Pengerusi PH itu selayaknua menjadi doktor di klinik 1Malaysia saja.


Ia adalah suatu penghinaan kepada Tun Mahathir yang memberi gambaran sokongan Pas adalah kepada Najib.


Apabila semua tindakan dan kata-kata itu tidak juga berjaya memenangkan BN dalam PRU14, Pas kemudiannya mengambil keputusan bekerjasama secara terbuka pula dengan UMNO.


Dalam beberapa PRK yang diadakan selepas PRU14, Pas dan UMNO jelas ada persefahaman kerjasama dengan saling memberi laluan untuk bertanding serta memberi bantuan kempen secara terbuka.


PRK Cameron Highlands telah membuahkan kejayaan dalam kerjasama UMNO - Pas itu dengan masing-masing memainkan sentimen kaum dan agama bagi meraih undi.


Bila berlaku PRK Semenyih, kerjasama UMNO dan Pas itu sepatutnya diperhebatkan lagi kerana ternyata ia bukanlah sesuatu yang sia-sia bagi kedua-dua parti.


Di peringkat awal, masing-masing iaitu UMNO dan Pas sudah saling setuju dalam kerjasama itu, apatah lagi bagi UMNO yang meletakkan calon, tentu saja mengharapkan bantuan daripada Pas untuk mengulangi kejayaan sebagaimana di Cameron Highlands.


Tetapi, adalah amat menghairankan apabila sehari sebelum penamaan calon, Hadi Awang dan dua pemimpin Pas lain bertindak menemui Tun Mahathir di Putrajaya.


Jika pertemuan itu sekadar untuk meminta bantuan kerajaan Pusat atau berkaitan hal Kelantan dan Terengganu yang ditadbir Pas misalnya, ia mungkin bukan sesuatu yang menghairankan.


Namun, berikutan dalam pertemuan itu Pas turut menyerahkan surat contoh sokongan kiranya berlaku undi tak percaya kepada Tun Mahathir di Parlimen, ini sudah dikira pelik lagi ajaib.


Sebagai rakan kerjasama kepada UMNO dan dalam kedudukan sesama pembangkang yang tentunya Tun Mahathir adalah musuh mereka, untuk apa sebenarnya Pas memberikan surat tersebut?


Adakah tindakan ini bererti Pas tidak setia kepada UMNO?


Tetapi, untuk apa Pas bersikap curang?


Atau, mungkinkah Pas sengaja berbuat demikian untuk memecah-belahkan PH?


Realitinya, tiada sesiapa dalam PH mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Tun Mahathir sebagaimana tanggapan Pas itu kerana persetujuan penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim telah pun dipersetujui lama sebelum ini.


Jika begitu, tidak mungkinkah pertemuan Hadi dengan Tun Mahathir itu bukan saja untuk memecah-belahkan PH, tetapi barangkali juga adalah rancangan bersama Pas dan UMNO kerana mereka sedar selagi PH tidak dipecahkan, harapan BN untuk memang dalam PRU15 adalah terlalu tipis? (ShahbudinHusin 20/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/pas-yang-tak-setia-atau-hanya-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Setia Atau Curang Itu Pilihan Menjadi Orang Ketiga Juga Sebuah Pilihan

Setia Atau Curang Itu Pilihan Menjadi Orang Ketiga Juga Sebuah Pilihan

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 721 hits
Setia Atau Curang itu Pilihan Menjadi orang KETIGA juga sebuah Pilihan Buat suami yang pernah terniat atau tanpa sengaja menduakan isteri yang dinikahi cuba duduk dan fikir sebentar Untuk apa perlunya yang lain Sedangkan bahagia sudah ada d...
Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

Menyokong Tun Mahathir Adakah Bererti Pas Menerima Dap Atau Ini Satu Lagi Pembohongan

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 434 hits
Barangkali Pas adalah satu satunya parti politik yang pelik celaru dan memeningkan kepala yang masih wujud di dunia ini Sementara semua perjuangan parti politik adalah berasaskan kebenaran Pas sebaliknya menjadi pelik celaru dan memeningkan...
Isu Sijil Kekal Dalam Kabinet Atau Tidak Hanya Pm Boleh Tentukan Kelayakan

Isu Sijil Kekal Dalam Kabinet Atau Tidak Hanya Pm Boleh Tentukan Kelayakan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 352 hits
LANGKAWI Layak atau tidak seseorang itu untuk berada dalam Kabinet hanya boleh ditentukan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu Ini kerana katanya Perdana Menteri mempunyai segala maklumat tentang...
Tak Ingin Lawan Xpander Grand New Xenia 1 5 Hanya Incar Pengguna Setia Xenia

Tak Ingin Lawan Xpander Grand New Xenia 1 5 Hanya Incar Pengguna Setia Xenia

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 273 hits
Meski Grand New Xenia memiliki varian mesin 1 500 cc PT Astra Daihatsu Motor menegaskan mobil keluarga ini bukan dibangun untuk bersaing dengan Mitsubishi Xpander yang juga bermesin kapasitas serupa Xenia 1 5 dibangun bagi pengguna setia Xe...
Mahathir Saya Nak Tengok Pas Sokong Saya Atau Tidak

Mahathir Saya Nak Tengok Pas Sokong Saya Atau Tidak

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 317 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada PAS akan mengotakan janji untuk menyokongnya sekiranya usul undi tidak percaya dikenakan terhadapnya Saya tunggulah Kalau ada undi tak percaya nak tengok sam...
Dakwaan Pas Hanya Untuk Alih Perhatian Kata Mat Sabu

Dakwaan Pas Hanya Untuk Alih Perhatian Kata Mat Sabu

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 301 hits
Dakwaan PAS hanya untuk alih perhatian kata Mat Sabu Dikemas kini 30 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 20 Feb 2019 8 3
Janji Setia Yuni Astuti Tunggu Sang Kekasih Adi Saputra Keluar Dari Bui

Janji Setia Yuni Astuti Tunggu Sang Kekasih Adi Saputra Keluar Dari Bui

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 284 hits
Yuni ada di lokasi kejadian pada Kamis kemarin Dia mengaku heran dengan pacarnya yang tidak biasa marah tapi hari itu mengamuk hebat karena ditilang Polantas
Umno Mahu Kahwin Pas Hanya Ingin Berdua

Umno Mahu Kahwin Pas Hanya Ingin Berdua

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 316 hits
Kelompok veteran PAS dan UMNO dilihat berbeza pendirian berhubung tahap kerjasama antara dua parti pembangkang itu khususnya dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih
Panas Anwar Jawab Isu Pas Tak Sokong Umno Ini Hanya Naratif Pas Untuk Elak Kes Rm90 Juta

Panas Anwar Jawab Isu Pas Tak Sokong Umno Ini Hanya Naratif Pas Untuk Elak Kes Rm90 Juta

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 435 hits
Panas Anwar Jawab Isu Pas Tak Sokong Umno Ini Hanya Naratif Pas Untuk Elak Kes Rm90 Juta
Monolog Jiwa Hikmah Di Balik Kekurangan

Percutian 3h2m Ke Pulau Redang Terengganu Part 1

Doa Dipermudahkan Urusan

Buasir Otak Tv Tak Buat Latihan Cikgu Bagi Be Like

Roadster Rescue A Handsome Kawasaki Z1000 By Hb Custom

Dari Drama Ke Realiti Bang Minah On Joowan Umum Akan Berkahwin Pada November Nanti

Hampir Dua Tahun Kahwin Shila Amzah Dedah Sikap Sebenar Ubai Memang Lain Macam

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pengurusan Masjid Halang Pengebumian Suami Isteri Alasan Penduduk Luar

Rafizi Beri Bayangan Tak Tanding Pru16 Tinggalkan Pkr

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc