Pas Jangan Bermusuh Lagi Dengan Umno Jangan Lagi Kapirkan Orang Yang Tidak Sehaluan
Pas kata tindakan parti itu memilih bersama PN bukannya bersama Umno, bukan bermakna Pas memusuhi Umno.
Lucu kan? Pas tahu Umno tengah berlawan dengan Bersatu. Pas berada bersama Bersatu tetapi tidak memusuhi Umno? Dia cuma nak perkuatkan Bersatu untuk Bersatu lawan Umno, tak gitu? Itulah perangai Pas yang dah lama kami kenal. Jenis main dua kolam dan pentingkan diri bukan setiakawan. Satu hari nanti mereka akan tinggalkan Bersatu pula...
W.FAUDZIN
Oleh UtusanTV -November 5, 2021
Tiada MN, UMNO dan Pas jangan sampai bermusuh
Oleh SHAHBUDIN EMBUN
PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka adalah medan terbaik untuk mengukur kekuatan parti politik yang bertanding. Keputusan PRN ini adalah sebagai persiapan untuk PRU-15 dari segi strategi dan kerjasama politik sebenar.
Keputusan Pas untuk menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) bermakna tiada kerjasama parti itu bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN). Keputusan Pas itu telahpun ditentukan oleh Majlis Syura Ulama yang bersidang baru baru ini.
Pas dilihat lebih selesa bersama Parti Pribumi Bersatu Melaysia (PPBM) berbanding UMNO walaupun terpaksa tidak menggunakan lambang bulan yang menjadi tradisi puluhan tahun.
Kalau dilihat dari rekod pencapaian dalam PRU-14, PPBM memenangi dua kerusi DUN sewaktu dalam Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan lambang PKR. Ketika itu PPBM mendapat sokongan majoriti pengundi kaum Cina dan India.
PRN kali ini undi tersebut agak sukar untuk diperolehi disebabkan parti Gerakan, sebagai parti komponen PN tidak mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat Cina dan India.
Pencapaian Pas di Melaka dalam PRU-14 pun tidak begitu memberangsangkan. Pas tidak menang walau satu kerusi pun. Mereka hilang wang pertaruhan di semua tempat yang ditandingi kecuali tiga kawasan.
UMNO/BN kalah tipis dalam PRU-14 dengan memenangi 13 kerusi DUN daripada 28 yang dipertandingkan. Banyak faktor yang menyebabkan UMNO kalah tipis di Melaka yang menjadi kubu kuatnya sebelum ini.
Antaranya ialah janji bulan bintang dalam manifesto PH yang dapat menarik pengundi muda dan pengundi atas pagar. Percaturan kali ini jauh berbeza daripada PRU yang lepas. Apakah keputusan PRN kali ini lebih baik bagi UMNO/ BN jika dibandingkan daripada PRU-14, ia masih menjadi tanda tanya?
UMNO/ BN dijangka menang selesa jika ada kerjasama Pas dalam MN. Begitu juga Pas dijangka dapat buat pertama kali bertapak dalam Dewan Undangan Negeri Melaka sekiranya bekerjasama dengan UMNO/ BN. Namun Pas memilih jalan berliku. Apakah pertimbangan strategi yang diambil kira kali ini masih tidak dapat dipastikan.
Walaupun UMNO tidak bersama Pas, namun ini janganlah sampai jadi permusuhan kerana kedua-dua parti mewakili majoriti pengundi Melayu Islam. Bertandinglah secara berhemah kerana dalam politik apa pun boleh berlaku di masa yang akan datang demi ukhwah Islamiah.
Semenjak dari tahun lepas lagi Pas sudah memberi bayangan bahawa parti itu akan bersama PPBM dalam gabungan PN. Namun UMNO masih menaruh harapan agar Pas mengubah pendirian. Terdapat juga segelintir akar umbi kedua-dua parti tersebut masih menaruh harapan agar MNl dapat direalisasikan di hari mendatang terutama pada PRU-15 kelak.
· Penulis merupakan penganalisis yang banyak meluangkan waktunya bergaul dengan orang politik.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/11/pas-jangan-bermusuh-lagi-dengan-umno.html