Pas Ditipu Bersatu Tak Tahu Ada Perjanjian Sulit Muhyiddin Ismail Sabri Nur Jazlan



(Utusan Digital) – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa hubungan parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) semakin goyah dan tidak utuh seperti yang diuar-uarkan mereka.
Situasi itu ekoran kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengakui tidak maklum tentang perjanjian antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan seorang pemimpin kanan UMNO.
“Saya bersimpati dengan nasib Pas yang ternyata ‘terciduk’ dengan permainan licik pasangannya dalam PN, iaitu Bersatu yang membuat perjanjian politik dengan Perdana Menteri tanpa pengetahuan mereka.
“Kenyataan Presiden Pas yang mengakui tidak tahu adanya perjanjian antara Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunjukkan betapa naifnya dia dalam permainan politik Presiden Bersatu itu.
“Dalam ketika Pas cukup yakin kerjasama mereka dengan Bersatu dalam PN mampu menggugat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ‘tup-tup’ Pas dipermain Bersatu.
“Kalaulah betul perjanjian politik itu wujud, maknanya Pas akan kempunan lagi untuk mendapatkan jawatan tertinggi dalam kerajaan. Lepas ini Abdul Hadi dan Pas akan kekal menjadi balaci kepada Muhyiddin dan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Tambah Nur Jazlan, kejadian yang berlaku itu boleh dianggap sebagai kifarah kepada Pas yang sebelum ini selalu mempermain pasangan politik mereka sepanjang sejarah penubuhan parti berkenaan.
“Semangat 46, DAP dan PKR pernah diperbodoh ketika bersama dalam Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat. Pas memperguna Semangat 46 untuk rampas Kelantan daripada BN, Pas perkuda PKR dan DAP untuk tawan Selangor dan dapat jawatan Exco dalam kerajaan negeri. Kemudian Pas ambil kesempatan jatuhkan BN dan lantik wakilnya jadi Menteri Besar di Kedah.
“Mungkin Pas sudah tak ingat semua itu. Jadi hari ini saya nak sedarkan puak-puak Pas bahawa mereka juga ada ‘peel’ jahat tersendiri. Itulah saya cakap, Abdul Hadi ini bodoh dan sombong. Jadi bukan suatu yang pelik jika orang bodoh dan sombong mudah sangat diperbodoh,” katanya.
Nur Jazlan turut memberitahu, sebelum ini Pas beria-ia memberi sokongan dan mempertahan Muhyiddin dalam PN dengan sanggup mengkhianati UMNO dalam Muafakat Nasional (MN), namun akhirnya mereka ditipu oleh Bersatu.
“Ketika Muhyiddin jadi Perdana Menteri, beliau beri beberapa kerusi menteri dan Duta Khas kepada Abdul Hadi dan wakil Pas untuk mereka rasa seronok. Tetapi rupa-rupanya Pas hanya dapat gula-gula getah sedangkan Muhyiddin dan Bersatu dapat makan coklat Cadbury.
“Memang sepadan Bersatu dengan Pas. Yang satu pengkhianat dan yang lagi satu penipu. Muhyiddin khianati UMNO dan Abdul Hadi tipu UMNO. Selepas itu Muhyiddin berlaku curang dengan Abdul Hadi, jadi eloklah mereka berdua jadi pasangan, pasangan tunggang terbalik,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/07/10/pas-ditipu-bersatu-tak-tahu-ada-perjanjian-sulit-muhyiddin-ismail-sabri-nur-jazlan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Ahli Umno Sokong Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Bukan Untuk Tunduk Patuh Dengan Segala Syarat Muhyiddin Yassin Dan Pn

Ahli Ahli Umno Sokong Ds Ismail Sabri Menjadi Pm Bukan Untuk Tunduk Patuh Dengan Segala Syarat Muhyiddin Yassin Dan Pn

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 183 hits
Berdasarkan pengakuan yang dibuat secara terbuka oleh Muhyiddin Yassin maka jelas lah memang wujud perjanjian perjanjian sulit dan melibatkan syarat syarat tertentu yang telah ditetapkan antara Muhyiddin Yassin yang mewakili Perikatan Nasio...
Nur Jazlan Pm Tanggung Masalah Negara Kerana Menteri Pas Cap Ayam

Nur Jazlan Pm Tanggung Masalah Negara Kerana Menteri Pas Cap Ayam

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 192 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed menempelak prestasi ditunjukkan menteri daripada PAS yang didakwa gagal memikul tanggungjawab dengan baik Beliau berkata kelemahan kepimpinan parti itu turut menyebabka...
Umno S Nur Jazlan Lashes Out At Incompetent Pas Ministers

Umno S Nur Jazlan Lashes Out At Incompetent Pas Ministers

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 166 hits
Johor Umno s deputy chief Nur Jazlan Mohamed says ministers from PAS are of low quality PETALING JAYA Johor Umno deputy chief Nur Jazlan Mohamed has accused ministers from PAS of being incompetent and dragging the government down He also cl...
Jawatan Tpm Serah Kepada Ismail Sabri Kata Muhyiddin

Jawatan Tpm Serah Kepada Ismail Sabri Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 196 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan berhubung isu lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin yang juga Presiden BERS...
Not For Nur Jazlan To Judge Pas Ministers Says Tuan Ibrahim

Not For Nur Jazlan To Judge Pas Ministers Says Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 217 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man said PAS would not be easily offended by Nur Jazlan Mohamad s insults PETALING JAYA Johor Umno deputy chief Nur Jazlan Mohamed is an outsider who has no business evaluating the performance of PAS ministers and deputy m...
Dokumen Perjanjian Dengan Ismail Sabri Tular Dalam Media Sosial

Dokumen Perjanjian Dengan Ismail Sabri Tular Dalam Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 440 hits
agendaily com12 07 2022Tular dalam media sosial ketika ini dokumen berhubung perjanjian yang dimerterai dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai syarat untuk menyokongnya sebagai Perdana Menteri dengan Bersatu dan PAS Dokumen yang tula...
Nur Jazlan Bersatu Wielding Ros Against Umno

Nur Jazlan Bersatu Wielding Ros Against Umno

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 182 hits
Datuk Nur Jazlan Mohamed accused RoS of intentionally withholding its approval for Umno s amendment to its constitution which would let it further delay internal elections up to six months after the general election 8211 Bernama photo KUALA...
Kerajaan Akan Pastikan Harga Barangan Keperluan Asas Tidak Membebankan Rakyat Ismail Sabri

Kerajaan Akan Pastikan Harga Barangan Keperluan Asas Tidak Membebankan Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 186 hits
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat Malaysia kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismai...
Selagi Najib Ada Isu 1mdb Akan Tetap Menghantui Ismail Sabri

Selagi Najib Ada Isu 1mdb Akan Tetap Menghantui Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 140 hits
Dua hari lalu saya terbaca satu artikel di sebuah portal yang menulis tentang beban skandal 1MDB yang dikatakan akan terus menghantui Ismail Sabri Yaakob dalam usaha beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Antaranya disebut ba...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Unveiling The Convenience Of Online Bookstore In Malaysia

Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun