Pas Bukan Parti Radikal Kata Mic


Alyaa Alhadjri 
   
Pemimpin-pemimpin tertinggi MIC berusaha meyakinkan anggotanya bahawa parti mereka tidak akan dipinggirkan dalam perkembangan Umno yang akan memeterai kerjasama rasmi dengan PAS.

Dalam konvensyen tahunan MIC yang berlangsung hari ini di Kuala Lumpur, pemimpin MIC
menggesa anggota parti meraikan kerjasama antara dua parti Melayu itu sebagai cara untuk mengembalikan penguasaan BN.

Tambah mereka, imej “radikal” yang disuguhkan kepada PAS oleh pengkritik-pengkritik parti itu adalah satu dakwaan yang tidak benar.

Malah, presidennya, S Vigneswaran mengimbas kembali ketika dia mengetuai rombongan pemimpin parti yang lain untuk bertemu dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang - tidak lama selepas dia menjadi presiden pada Julai tahun lalu - dia diyakinkan bahawa PAS tidak bersikap menentang agama lain selain Islam.

“Tok Guru tanya, 'Tan Sri nak cakap apa?' Masa itu saya kata saya susah nak cakap sebab kita (masyarakat India) ada masalah satu saja (kalau mahu bekerjasama), (iaitu) masalah agama.

“Tok Guru bagitahu, 'kalau macam itu kita tak ada masalah',” kata Vigneswaran.

“Saya kata (kepada Abdul Hadi), wujud satu persepsi (di kalangan) rakyat kaum keturunan India bahawa PAS adalah sebuah parti yang keterlaluan, radikal, dan tidak akan menerima sebarang lain agama.

“Tetapi apa maklum balas kami terima dari Tok Guru lain,” jelas Vigneswaran yang mendedahkan dia dihubungi oleh Presiden Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam bagi membincangkan soal kerjasama politik.

“Jadi pada ketika itu, sebagai ketua, saya buat keputusan, adakah wajar kita (MIC) menolak kerjasama dengan PAS?” ucapnya sebelum menjelaskan dia tidak dapat mencari alasan untuk menolak kerjasama tersebut.

Saling menghormati Berikutan kekalahan BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu, Umno mempererat hubungannya dengan PAS atas nama “perpaduan Melayu dan Islam”, dan slogan itu diketengahkan di beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang membuahkan kejayaan buat mereka.

Ia juga membawa kepada persetujuan untuk memeterai piagam rasmi antara Umno dan PAS yang akan berlangsung dalam sebuah acara khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 14 September nanti.

Sebelum PRU ke-14, BN mempunyai 13 parti komponen, namun jumlah itu berkurangan menjadi tiga - Umno, MCA, dan MIC - selepas kekalahannya.

Vigneswaran yang juga merupakan presiden Dewan Negara turut menjelaskan bahawa MIC mempunyai sejarah yang panjang dalam memahami dan menjalinkan kerjasama dengan orang Melayu dari Umno.

Kini, katanya, sudah tiba masanya untuk MIC mengambil sikap serupa terhadap PAS.

“Saya kena buat keputusan sebagai seorang ketua. Jika bangsa saya mahu hidup secara aman di negara ini, kita kena bekerja dengan PAS.

“Bukan untuk kebaikan saya, tetapi untuk kebaikan bangsa di tahun-tahun akan datang,” tegasnya disambut sorakan daripada perwakilan yang hadir, terdiri daripada sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri parti itu.
Ketua Pemuda MIC R Thinalan.Sementara itu, Ketua Pemuda MIC R Thinalan dalam ucapannya, menggesa anggota untuk mengetepikan perbezaan dengan PAS untuk menjayakan kerjasama yang baru terjalin itu.

Katanya, ada pihak yang menyebarkan khabar angin bahawa setelah menjalin kerjasama erat dengan PAS, Umno kini menjadi “semakin ultra” dan meminggirkan parti komponen BN yang lain.

“Bagaimanapun, saya percaya, seperti juga MIC dan MCA, kawan-kawan kita dari Umno juga akan tetap bersama BN. Marilah kita bersama-sama bergerak ke hadapan untuk melawan harapan palsu dan menuntut (PH) untuk mengotakan janji-janji pilihan raya mereka,” kata Thinalan.

“Saya mahu pesan kepada semua perwakilan di sini, kami Pemuda MIC menyokong sebarang kerjasama untuk menguatkan blok pembangkang.

“Saya nak jemput, Pemuda PAS kalau nak bekerjasama, bukan semata-mata dengan Pemuda Umno, kalau nak bekerja dengan akar umbi Pemuda MIC pun kita alu-alukan, asalkan kita saling menghormati hak dan perbezaan kita masing-masing,” katanya lagi.

Turut hadir dalam konvensyen itu ialah Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda MCA Nicole Wong, Ketua Pemuda PAS Khairil Nizam Khirudin bersama anggota exco mereka.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/pas-bukan-parti-radikal-kata-mic.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Ulama Pas Garang Tak Bertempat Kata Hanipa

Pemimpin Ulama Pas Garang Tak Bertempat Kata Hanipa

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 203 hits
Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin menyifatkan pemimpin ulama Pas garang tidak bertempat apabila mempersoalkan Pakatan Harapan terutama AMANAH tidak membuat laporan polis berhubung hantaran menghina Islam di Facebook Membidas sikap ulama Pa...
Tak Hadir Mesyuarat Ini Soal Pengurusan Parti Kata Azmin

Tak Hadir Mesyuarat Ini Soal Pengurusan Parti Kata Azmin

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 202 hits
Mohamed Azmin Ali tidak mengulas panjang berkenaan isu ketidakhadirannya dalam mesyuarat PKR dan hanya berkata ia adalah soal dalaman parti Apa kena mengena dengan Malaysiakini itu soal pengurusan parti kata timbalan presiden PKR itu kepada...
Tiada Syarat Untuk Umno Pas Bukan Parti Malaikat

Tiada Syarat Untuk Umno Pas Bukan Parti Malaikat

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 161 hits
KUALA LUMPUR 27 Julia Pas tidak akan mencampuri masalah dalaman yang dihadapi oleh UMNO dan tidak akan meletakkan apa apa syarat khusus untuk membolehkan kerjasama antara kedua dua parti itu terlaksana Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awa...
Umno Pas Sepakat Tutup Pintu Buat Parti Berkawan Dap

Umno Pas Sepakat Tutup Pintu Buat Parti Berkawan Dap

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 229 hits
Diterbitkan Hari ini 7 47 malam Umno dan PAS bakal menandatangani piagam bersama sebagai usaha menjadikan kerjasama di antara kedua dua parti terbabit berlangsung secara rasmi tidak lama lagi Melalui piagam tersebut kata Presiden Umno Dr Ah...
Pas Terharu Kesediaan Mic Untuk Bekerjasama

Pas Terharu Kesediaan Mic Untuk Bekerjasama

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 155 hits
KUALA NERUS Konvensyen MIC yang berakhir beberapa hari lalu menarik perhatian Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus terharu dengan kesediaan MIC untuk mengadakan kerj...
Syukur Saya Dah Keluar Pas Kata Mariah

Syukur Saya Dah Keluar Pas Kata Mariah

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 278 hits
B Nantha Kumar Syukur saya keluar daripada PAS Demikian kata Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud yang meragui sokongan parti lamanya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad Bagi saya PAS makin tidak konsisten Sokongan ...
Jangan Risau Kewangan Umno Akan Ada Yang Bantu Parti Kata Zahid

Jangan Risau Kewangan Umno Akan Ada Yang Bantu Parti Kata Zahid

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 302 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi PETALING JAYA Ahmad Zahid Hamidi menyeru ahli Umno jangan risau akan situasi kewangan parti itu yang ketika ini menghadapi kekangan selepas hartanya dibekukan setahun lalu dalam siasatan pihak berkuasa ke at...
Mic Leaders Assure Members Pas Not Radical

Mic Leaders Assure Members Pas Not Radical

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 306 hits
Top MIC leaders today moved to convince members gathered at its annual convention in Kuala Lumpur that the party will not be left behind as Umno moves to formalise its cooperation with PAS The leaders who urged members to embrace the cooper...
Gabungan Pas Umno Bukan Bela Rakyat Hanya Jatuhkan Ph Kata Mujahid

Gabungan Pas Umno Bukan Bela Rakyat Hanya Jatuhkan Ph Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 15/7/2019 - jumlah : 252 hits
Mujahid semasa majlis perasmian mesyuarat tahunan AMANAH kawasan Permatang Pauh pada Ahad Parti Amanah Negara meempersoalkan matlamat gabungan Pas dan Umno yang sebenarnya sama ada untuk membela nasib rakyat ataupun hanya semata mata bertuj...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11