Tak Hadir Mesyuarat Ini Soal Pengurusan Parti Kata Azmin


Shakira Buang 
   
Mohamed Azmin Ali tidak mengulas panjang berkenaan isu ketidakhadirannya dalam mesyuarat PKR dan hanya berkata ia adalah soal dalaman parti.

“Apa kena mengena dengan Malaysiakini, itu soal pengurusan parti," kata timbalan presiden PKR itu kepada pemberita, sebelum meninggalkan Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Jemaah Haji Parlimen Gombak, malam ini.

Isu kehadiran dalam mesyuarat PKR mengundang perhatian selepas pemimpin parti itu diingatkan untuk hadir mesyuarat memandangkan jadual telah diedarkan dua atau tiga bulan lebih awal.

Semalam, Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi mempersoal mengapa dirinya menjadi sasaran berkenaan isu itu, selepas tidak hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR sehari sebelumnya.

Beliau berkata sudah menjadi lumrah bagi seseorang pemimpin tidak dapat hadir ke mesyuarat parti, apatah lagi jika turut menjadi anggota kerajaan.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau tidak hadir ke mesyuarat MPP dan mesyuarat Biro Politik sejak pemilihan parti pada November 2018.

Saifuddin yang juga menteri kabinet berkata Azmin tidak pernah memberikan sebarang sebab atas ketidakhadirannya.

'Minta Saifuddin semak jadual'
Sementara itu setiausaha politik Azmin, Hilman Idham juga berkata Azmin tidak hadir sebelum ini disebabkan urusan kerajaan.

“Dia (Azmin) dah maklumkan bahawa dia tak boleh hadir sebab urusan kerajaan. Sebagai menteri dia ada tanggungjawab, sebagai kerajaan. Kalau dia ada waktu, dia boleh hadir. Kalau tidak, dia hadir mesyuarat kerajaan.
Hilman Idham“Mintalah setiausaha agung (Saifuddin) semak jadual (kehadiran Azmin),” kata adun Gombak Setia itu lagi, ketika ditanya berkenaan kenyataan Saifuddin berhubung ketidakhadiran Azmin sejak November 2018.

Mesyuarat Biro Politik - yang mengendalikan soal eksekutif - diadakan seminggu sekali, manakala mesyuarat MPP - badan pembuat keputusan tertinggi parti - sebulan sekali.

MPP memiliki 41 anggota, dengan 28 dipilih ketika pemilihan tahun lalu manakala 13 lagi menerusi lantikan. Sejumlah 22 anggota tersenarai dalam calon kem Azmin (biasanya disebut sebagai 'cai') ketika pemilihan lalu.

Terdahulu, Azmin dalam ucapannya mengucapkan selamat kepada bakal jemaah yang akan berlepas ke Makkah bagi menunaikan ibadah Haji bagi tahun ini.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/tak-hadir-mesyuarat-ini-soal-pengurusan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Tak Hadir Lagi Pemimpin Pkr Diingatkan Utamakan Mesyuarat Parti

Azmin Tak Hadir Lagi Pemimpin Pkr Diingatkan Utamakan Mesyuarat Parti

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 399 hits
Alyaa Alhadjri Semua pemimpin PKR sudah diingatkan untuk mengutamakan kehadiran dalam mesyuarat parti berbanding perkara lain kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Fahmi berkata demikian ketika diminta pemberita untuk mengulas ketidakha...
Semua Mesyuarat Pkr Tak Hadir Kalau Saya Boikot Kata Mb Selangor

Semua Mesyuarat Pkr Tak Hadir Kalau Saya Boikot Kata Mb Selangor

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 366 hits
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari SHAH ALAM Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menolak dakwaan dia dan beberapa pemimpin PKR lain cuba memboikot mesyuarat parti Amirudin yang juga ketua PKR Selangor berkata sudah tentu dia tidak meng...
Tak Hadir Mesyuarat Pkr Azmin Boleh Hilang Jawatan

Tak Hadir Mesyuarat Pkr Azmin Boleh Hilang Jawatan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 472 hits
B Nantha Kumar Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali boleh kehilangan jawatan yang disandangnya kerana tidak pernah hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik sejak pemilihan parti itu pada November 2018 menurut bekas timbalan...
Azmin Tak Hadir Mesyuarat Sejak Pemilihan 2018

Azmin Tak Hadir Mesyuarat Sejak Pemilihan 2018

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 356 hits
B Nantha Kumar Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali tidak pernah hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik sejak pemilihan parti itu pada November 2018 kata setiausaha agung parti itu Saifuddin Nasution Ismail Kehadiran Biro...
Hairan Jadi Sasaran Azmin Jawab Sebab Tidak Hadir Mesyuarat Pkr

Hairan Jadi Sasaran Azmin Jawab Sebab Tidak Hadir Mesyuarat Pkr

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 288 hits
Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan beliau tidak dapat hadir ke mesyuarat pimpinan parti itu kelmarin berikutan perlu menghadiri program kerajaan Persekutuan Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berkata tangg...
Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

Kami Masih Sepasukan Kata Anwar Selepas Azmin Tak Hadir Temu Rapat Pkr

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 451 hits
July 21 2019 2 54 PMAnwar Ibrahim bersama Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution di majlis temu rapat parti itu hari ini PORT DICKSON Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau dan...
Bad Man Tidak Hadir Meeting Sebab Sangkut Di Jalanan Pepatah Kata Jangan Jadi Anjing Gigit Tulang

Bad Man Tidak Hadir Meeting Sebab Sangkut Di Jalanan Pepatah Kata Jangan Jadi Anjing Gigit Tulang

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 395 hits
Dalam satu ciapan Amiruddin menggunakan tanda pagar KilasSemula dan memetik satu peribahasa Melayu sebagai hantaran di Twitter Janganlah kita berperangai ibarat pribahasa melayu bagai anjing mengunyah tulang ciap Pengerusi Majlis Pimpinan P...
Azmin Bakal Keluar Dari Pkr Dan Mengapa Memilih Parti Gerakan

Azmin Bakal Keluar Dari Pkr Dan Mengapa Memilih Parti Gerakan

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 409 hits
Pujangga berbicara Jika tiada angin masakan pokok bergoyang Ada juga lirik lagu popular tanya sama pokok apa sebab goyang nanti jawab angin yang goyang Namun kini masyarakat lebih percaya kepada ungkapan tiada anginpun pokok boleh bergoyang...
Terkini Khabar Angin Azmin Keluar Parti Tidak Melemahkan Parti Saifuddin Nasution

Terkini Khabar Angin Azmin Keluar Parti Tidak Melemahkan Parti Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 370 hits
KUALA LUMPUR Khabar angin mengatakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali keluar parti sejak tiga hari lalu tidak melemahkan PKR sebaliknya semakin menguatkan parti itu Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan walaupun p...
Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa

More Action Needed To Combat Vaping By Students

Top 10 Hotel Berdekatan Klia Bermula Rm70

Kes Bunuh Pelajar Universiti 3 Suspek Direman 7 Hari

Adakah Perbezaan Antara Tempeyek Dan Rempeyek

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Maksud Gambar Sekadar Hiasan

Ets Diselenggara Secara Berkala

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini