Dap Kata Tiada Kontrak Sosial Pas Cabar Tendang Keluar Parti Cauvinis


By EDITOR
-19/10/2019


PAS mencabar Pakatan Harapan (PH) ‘menendang’ keluar DAP daripada pakatan itu atas tindakan beberapa pemimpin parti rasis dan cauvinis berkenaan mempertikai kontrak sosial.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, beliau meneliti dengan penuh kebimbangan terhadap kenyataan pemimpin DAP mempertikai kontrak sosial yang menjadi tunjang utama kepada kemerdekaan negara.

“Bermula dengan ucapan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, di Parlimen Selasa lalu, sewaktu menyerang Kongres Maruah Melayu, terang-terang menyebut kontrak sosial ini tidak wujud dengan berkata “There is no social contract”, ia sengaja direka dan diambil entah dari mana untuk mengeruhkan keadaan.

“Hari ini, seorang lagi pemimpin DAP, Dr P Ramasamy, sewaktu menyerang Majlis Profesor Negara yang mempertahankan Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling, juga menyebut kontrak sosial ini tidak wujud dengan berkata “The nebulous ‘social contract’ was more a figment of Zainal’s imagination than anything else”,” kata Khairuddin memetik kenyataan Ramasamy.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, janji PH sebelum ini bahawa mereka akan mempertahankan perkara-perkara asas yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan menyentuh Raja-Raja Melayu, agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera adalah satu janji palsu.

Beliau menegaskan bahawa DAP bersikap biadab kerana menentang secara terbuka titah Raja-Raja Melayu melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 di Istana Maziah, Kuala Terengganu, pada 16 Oktober 2008 supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak wajar dipertikai, lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah serta tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Begitu juga titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, pada 6 Ogos 2018 supaya “Jangan ada individu atau badan yang mahu menjadi jaguh, mengungkit dan menuntut perkara-perkara asas yang telah dipersetujui dan termaktub di dalam Perlembagaan Negara”,” katanya.

Justeru, Khairuddin mencabar PH supaya ‘menendang’ keluar DAP dari PH ekoran tindakan-tindakan biadab pemimpin parti berkenaan.

Beliau turut merafak sembah Ke bawah Duli Raja-Raja Melayu supaya memandang serius tindakan pemimpin DAP menentang secara terbuka titah supaya kontrak sosial itu tidak dipertikaikan.

“Saya menggesa polis menyiasat dan menahan pemimpin DAP yang mempertikaikan kontrak sosial ini kerana tindakan begini berpotensi mendatangkan huru-hara dalam negara,” katanya. 
– 19 Oktober 2019


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/10/dap-kata-tiada-kontrak-sosial-pas-cabar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harimau Kertas Tak Bertaring Tendang Keluar Bersatu Dari Ph Dap

Harimau Kertas Tak Bertaring Tendang Keluar Bersatu Dari Ph Dap

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 350 hits
DAP Ugut Dr Mahathir Mana Pergi Suara Pemimpin Melayu Bersatu Posted by SnapShot at 10 24 2019 Setelah berterusan mengkritik Dr Mahathir hari ini AJK Pusat DAP merangkap Setiausaha DAP Ronnie Liu mula memberi amaran untuk menendang keluar B...
Dap Bergolak 8 Adun Keluar Parti Berlaku P Raya Di Perak

Dap Bergolak 8 Adun Keluar Parti Berlaku P Raya Di Perak

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 520 hits
Politik Perak Bergolak Beberapa Adun DAP Keluar PartiPOLITIK Perak kembali bergolak selepas tersebar berita beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri DAP mengambil keputusan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan merek...
Kelancangan Dap Pertikai Kontrak Sosial Cubaan Menyerang Asas Pembentukan Negara

Kelancangan Dap Pertikai Kontrak Sosial Cubaan Menyerang Asas Pembentukan Negara

papar berkaitan - pada 18/10/2019 - jumlah : 272 hits
oleh Dr Kamarul nbsp Saya bersetuju dengan beberapa pandangan bahawa serangan DAP ke atas Naib Canselor UM yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Maruah Melayu Datuk Ir Abdul Rahim Haji Hashim mahupun ke atas Pengarah Pusat...
Pertikai Kontrak Sosial Ambil Tindakan Pada Dap

Pertikai Kontrak Sosial Ambil Tindakan Pada Dap

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 426 hits
SAYA meneliti dengan amat bimbang tindakan pemimpin DAP mempertikaikan Kontrak Sosial yang menjadi tunjang utama kepada kemerdekaan negara Bermula dengan ucapan sahabat saya Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh di Parlimen Selasa lal...
Dap Ugut Untuk Tendang Keluar Bersatu

Dap Ugut Untuk Tendang Keluar Bersatu

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 585 hits
Setelah berterusan mengkritik Tun Dr Mahathir hari ini Ahli Jawatankuasa Pusat DAP merangkap Setiausaha DAP Selangor Ronnie Liu mula memberi amaran untuk menendang keluar BERSATU dari PH Dengan tajuk Mahathir Harimau Kertas yang memperlekeh...
Hujah Dr M Pertahan Lompat Parti Silap Kata Pemimpin Dap

Hujah Dr M Pertahan Lompat Parti Silap Kata Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 278 hits
Ahli Parlimen Tasik Gelugor Ramkarpal Singh PETALING JAYA Pandangan perdana menteri bahawa perbuatan lompat parti boleh diterima sekiranya ia dilakukan dengan tujuan baik adalah dikesali kata seorang pemimpin DAP pusat Pengerusi Biro Undang...
Kes Ltte 2 Ahli Parlimen Dap Akan Cabar Ahli Parti Ditahan Bawah Sosma

Kes Ltte 2 Ahli Parlimen Dap Akan Cabar Ahli Parti Ditahan Bawah Sosma

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 764 hits
Adun DAP G Saminathan dan P Gunasekaran ditahan atas dakwaan mempunyai kaitan dengan LTTE KUALA LUMPUR Ahli Parlimen DAP Ramkarpal Singh dan RSN Rayer akan mewakili empat ahli parti itu termasuk dua Adun yang ditahan baru baru ini atas dakw...
Komplot Bentuk Kerajaan Baru Tanpa Dap Amanah Akan Gagal Kata Khalid

Komplot Bentuk Kerajaan Baru Tanpa Dap Amanah Akan Gagal Kata Khalid

papar berkaitan - pada 20/10/2019 - jumlah : 358 hits
October 20 2019 1 06 PMPengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad KUALA LUMPUR Komplot pembentukan kerajaan baru tanpa DAP dan Amanah adalah tidak bermaruah dan akan gagal kata Khalid Samad Pengarah Komunikasi Amanah itu berkata beliau yakin s...
Pas Terkejut Ekuiti Bumiputera Hanya 16 Desak Keluar Laporan Penuh

Pas Terkejut Ekuiti Bumiputera Hanya 16 Desak Keluar Laporan Penuh

papar berkaitan - pada 6/10/2019 - jumlah : 268 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man PETALING JAYA PAS mendesak kerajaan menerbitkan laporan terperinci mengenai pegangan ekuiti sebenar orang Melayu dan Bumiputera susulan pendedahan ekuiti mereka hanya 16 sekarang Timbalan Presiden...
Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Speed Read Motorcycle News From Ducati Bmw Dab And Yamaha

Perginya Mantan Perdana Menteri Malaysia Ke 5


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

Abaikan Jika Tak Minat

Landscape House By Maud Caubet A Contemporary Retreat Amid Forest And Ocean

Klang River Water Level Exceeds Danger Level

Raising Accountants How Professional Socialisation Can Empower Them

Understand Your Target Audience