Pas Arkitek Kehancuran Sendiri Jangan Salahkan Orang Lain






Beginilah...


1. MB Perlis yang terdahulu, Shukri Ramli, mula-mula terpalit dengan kontroversi, walaupun secara tidak langsung, apabila anaknya - yang juga menantu Hadi Awang - ditahan SPRM untuk siasatan salah laku.


2. Kemudian, 3 Adun PAS berkomplot dengan 5 Adun Bersatu untuk menarik sokongan terhadap Shukri Ramli.


3. Dari sudut Perlembagaan (baik Perlembagaan Persekutuan mahupun undang-undang tubuh Perlis), Adun-Adun ini ada hak untuk menentukan, secara peribadi dan tanpa tekanan parti, siapa mereka sokong sebagai MB.


4. Namun, PAS tak puas hati dengan Adun-Adun ini, sehingga Hadi sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa 3 Adun itu digugur keahlian daripada parti.


5. Isu ini menjadi sensitif, memandangkan Shukri Ramli ada talian persaudaraan dengan Hadi menerusi perkahwinan anak bekas MB itu.


Malah, saya mengesyaki tindak-tanduk 3 Adun PAS itu dilihat sebagai serangan secara halus terhadap Hadi sendiri. 


6. Apa pun, Shukri Ramli akhirnya meletak jawatan bagi memberi laluan kepada proses pelantikan MB baharu.


7. Dengan itu, kerajaan PN Perlis secara otomatik tumbang, dan yang lawak, ianya di tumbangkan oleh orang-orang PN sendiri dalam pada PN beriya-ia mahu tumbangkan kerajaan Persekutuan. 


8. Bersatu, bagaimanapun, tidak menggugurkan keahlian 5 Adun mereka menurut rentak PAS.


9. Saya difahamkan, ini telah mengundang rasa amat tidak puas hati di kalangan pelbagai lapisan pemimpin PAS - terlalu ramai. 


10.  Tidak cukup dengan itu, salah seorang Adun Bersatu tiba-tiba dilantik sebagai MB Perlis baharu.


Ini berlaku dalam pada PAS terang-terang menyuarakan perlunya MB baharu itu datang dari PAS, memandangkan jumlah Adun PAS masih melebihi jumlah Adun Bersatu.


11. Kemudian, Mohd Amar (PAS) dilaporkan membangkitkan persoalan: “Apakah retak menanti belah”.


12. Bukankah saya dah beritahu berulang kali dari awal tahun lagi, bahawa hubungan PAS-Bersatu memang "retak menanti belah?"


13. Malah, saya difahamkan - dan berdasarkan pemerhatian saya sendiri - PN dah belah pun, cuma tunggu masa nak umum.


14. Masalahnya, PAS terlalu khusyuk bercatur langkah seterusnya jika PN diisytihar bubar, termasuk percubaan orang-orang PAS di sana sini untuk pujuk UMNO tarik sokongan terhadap kerajaan.


14. PAS terdesak, sebab PN sememangnya akan merosot teruk pada PRU16.


15. Imej parti itu kini tercalar teruk, apabila salah satu negeri pegangan mereka, iaitu Perlis, 'jatuh di bawah kepimpinan Bersatu' atas tindak tanduk Adun-Adun PAS sendiri.


16. Sebab itu PAS menggugurkan keahlian 3 Adun mereka - pada saya, ianya untuk alih perhatian agar akar umbi parti itu tidak marah dengan kepimpinan pusat, khususnya Hadi (kerana talian persaudaraan MB Perlis terdahulu dengan Hadi). 


17. Malangnya, nasi sudah menjadi bubur, dan saya terima maklumat bahawa cukup ramai pemimpin PAS di pelbagai peringkat hampa dengan kepimpinan pusat.


18. Bersatu bawah Muhyiddin pula seolah-olah tidak kisah dan terus bersikap seperti "Abang besar" sekalipun Muhyiddin ditolak oleh majoriti dalam partinya sendiri.


19. Ini menambahkan lagi kemarahan akar umbi PAS, dan kemarahan ini dijangka memuncak setelah Bersatu tidak memberi laluan secara sukarela kepada PAS (majoriti) untuk menggantikan Shukri Ramli sebagai MB, sekalipun Bersatu tahu bahawa jumlah Adun Bersatu yang berkomplot menentang Shukri Ramli melebihi jumlah Adun PAS yang terlibat sama. 


20. Jadi, persepsinya, PAS kini dianak tirikan oleh kem Muhyiddin yang terang-terang ditolak majoriti dalam Bersatu.


21. Apa yang menarik, walaupun Bersatu amat bersandar kepada PAS untuk sokongan Melayu-Islam dan PAS memiliki kerusi majoriti dalam PN, kem Muhyiddin tetap berani buat ikut suka hati. 


22. Kem ini seolah-olah tidak kisah tentang perasaan PAS - Pengerusi PN pun dia nak pegang (walaupun PAS dah beri isyarat beberapa kali bahawa perlu pertimbang orang PAS sebagai Pengerusi PN), calon PM pun dia nak (walaupun PAS dah bangkang berulang kali), dan yang terkini, kerusi MB Perlis pun dah beralih kepada Bersatu bawah kepimpinan Muhyiddin. 


23. Tapi PAS akan tetap membiarkan semua ini berterusan dan berdolak dalik untuk isytihar bahawa PN sudah hancur, kerana PAS terlalu khusyuk mencari jalan 'nak tebuk atap' disebabkan keterdesakan parti itu mendapatkan kuasa dan kedudukan di peringkat kerajaan pusat. 


24. Akibat daripada 'kekhusyukan' ini, PAS tersungkur dalam percaturan sendiri.


"Nak sangat tebuk atap Putrajaya, akhirnya, ditebuk atap sendiri" - lebih kurang gitulah... 


25. Pada saya, kumpulan Muhyiddin berani buat apa yang mereka buat, kerana Muhyiddin cukup faham kelemahan PAS, iaitu:


a. PAS takut hilang sokongan yang sedia ada jika parti itu mengumumkan PN bubar, kerana PAS takut dituduh menjadi punca perpecahan PN, dan


b. PAS takut hilang peluang menjadi kerajaan jika PN diisytihar bubar dalam pada parti itu gagal memujuk Umno untuk bersamanya.


Sebab itu, walaupun Muhyiddin tahu Bersatu amat bergantung kepada sokongan pengundi PAS untuk terus relevan, dia mampu bersikap seperti 'Abang besar'.


26. Yang paling lawak, dalam pada PAS cuba memujuk Umno untuk bersamanya, seorang pemimpin PAS meletakan syarat bahawa Umno perlu tinggalkan kerajaan terlebih dahulu sebelum PAS bersetuju untuk hidupkan semula Muafakat Nasional. 


27. Yang terdesak PAS, yang letak syarat pun PAS - masuk akal? 


28. Sikap 'lembap' dan tidak sedar diri inilah yang bakal menjahanamkan sebarang peluang PAS untuk kekalkan jumlah kerusi yang sedia ada pada PRU16, dengan atau tanpa Bersatu.


29. Bersatu pula dijangka hilang semua atau hampir semua kerusi yang ada kepada UMNO tanpa sokongan PAS, dan sekalipun PAS sokong, Bersatu mungkin hilang lebih 80% kerusi yang ada.


30. Tapi PAS terlalu lembap untuk memahami hakikat yang cukup mudah ini, dan percayalah, mereka akan terus lembap menuju PRU16 dan ke hadapan.


Semua di atas sekadar pendapat, terutamanya berdasarkan pemerhatian saya... 


RJ Rithaudeen






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/pas-arkitek-kehancuran-sendiri-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Dulu Selalu Salahkan Parti Lain Kali Ni Dia Nak Kencing Dia Lak Kena Kencing

Pas Dulu Selalu Salahkan Parti Lain Kali Ni Dia Nak Kencing Dia Lak Kena Kencing

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 89 hits
Syam GhazMuhyiddin letak jawatan Pengerusi PN PN nak urus Negeri sekecil Perlis dan majority 1 kaum Melayu sahaja pun tak mampu ada cita cita nak tadbir Negara Malaysia yang pelbagai kaum agama dan Negeri Lepas ni akan ada berberapa Negeri ...
Pergilah Kawan Jangan Kembali Kata Pemuda Pas Selepas Persahabatan Tak Dihargai

Pergilah Kawan Jangan Kembali Kata Pemuda Pas Selepas Persahabatan Tak Dihargai

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 81 hits
Kenyataan Afnan Hamimi Taib Azamudden itu tidak lama selepas Adun Bersatu dilantik menteri besar Perlis menggantikan Adun PAS Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata parti itu buat apa sahaja nak jaga persahabatan tetapi ia tid...
Pas Patut Tanding Sendiri Bukan Jadi Pengikut Asyik Tumpang Orang Saja

Pas Patut Tanding Sendiri Bukan Jadi Pengikut Asyik Tumpang Orang Saja

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 131 hits
INILAH MASANYA UNTUK PAS BERGERAK SOLO DAN ISYTIHAR PN DIBUBARKAN28 December 2025Menteri Besar Perlis yang baru sudah pun diumumkan dan telah selesai mengangkat sumpah jawatan di Istana Arau sebentar tadi Pengerusi Bersatu Perlis Abu Bakar ...
Kapai Kaqam Dah Woiii Jom Salahkan Dap Kiok Pas

Kapai Kaqam Dah Woiii Jom Salahkan Dap Kiok Pas

papar berkaitan - pada 25/12/2025 - jumlah : 90 hits
ANAK MUDA SOKONG PHKalau hidupkan MN masih 6 5 1 BN 0 Dok tak duduk tiba angin puting beliung melanda Perlis Hangpa dengaq elok elok naa Perlis ni ada 15 kerusi saja Bukan 150 kerusi Bila LAPAN ADUN tarik sokongan maknanya apa Maknanya kapa...
With 1mdb Conviction Najib S Hope For Early Release In 2026 Narrows

With 1mdb Conviction Najib S Hope For Early Release In 2026 Narrows

papar berkaitan - pada 30/12/2025 - jumlah : 84 hits
Two weeks ago Najib Abdul Razak had two things to look forward to that he would be placed under house arrest and then have his prison sentence end in August 2026 The revised jail term for Najib s conviction in the SRC International case was...
Pas Perpaduan Ummah Dan Jaringan Gol Sendiri Di Perlis

Pas Perpaduan Ummah Dan Jaringan Gol Sendiri Di Perlis

papar berkaitan - pada 31/12/2025 - jumlah : 13 hits
Tajuddin RasdiApa pun retorik PAS dalam hal kemelut politik Perlis ia berjaya menjaring gol sendiri bukan satu atau dua biji tetapi enam biji kesemuanya Kemelut politik di Perlis mencerminkan wajah sebenar parti yang menggembar gemburkan re...
Kenali Punca Sakit Tengkuk Jangan Semudahnya Salahkan Bantal

Kenali Punca Sakit Tengkuk Jangan Semudahnya Salahkan Bantal

papar berkaitan - pada 29/12/2025 - jumlah : 79 hits
Jika tengkuk anda berasa sakit jangan langsung menyalahkan bantal Kadang kadang perkara kecil yang anda lakukan setiap hari boleh menjadi penyebab utama Ada individu yang tahan sakit tengkuk semasa bekerja memandu atau melayari internet Mer...
Keluar Saja Jangan Ugut Ugut Pas Dok Tunggu Nak Join Umno Pas Tu Pas Kencing

Keluar Saja Jangan Ugut Ugut Pas Dok Tunggu Nak Join Umno Pas Tu Pas Kencing

papar berkaitan - pada 23/12/2025 - jumlah : 115 hits
KENYATAAN RASMI KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN INDERA MAHKOTA Kami Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota menegaskan pendirian yang jelas dan konsisten dimana kami menghormati sepenuhnya keputusan Mahkamah serta kedaulatan undang undang negara Say...
Giddy Up Galloping Motorcyclist Mimicking Horse Ride Goes Viral

Commando Badly Injured After Parachute Landing Goes Wrong

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Kalendar Akademik 2026 Versi Kartun Kumpulan A Dan B

Unboxing Series Ikea Hauga Storage Cabinet

Checklist Beli Rumah 2026

Mockup Produk Realistik Kenapa Ia Lebih Meyakinkan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri

Fira Addinia Pacik Arek Arek Chord

Menjelang Pru16 Desakan Kepimpinan Bersatu Dirombak Akan Semakin Hebat

Cops Submit Investigation Paper On Banting Assault Case To Agc