Pas Akan Tanding Prk Ayer Kuning Kata Muhyiddin


 
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata gabungan itu akan memberi sokongan penuh kepada calon PAS pada PRK Ayer Kuning.
KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengumumkan gabungan itu akan meletakkan calon dari PAS pada PRK Ayer Kuning.
Katanya, PAS menyasarkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu sebelum ini.
“Walaupun kita kalah sebelum ini, kita tidak akan buat sebarang perubahan. Biar kekal parti sama (untuk mewakili PN).
“Kami akan berikan sokongan penuh,” katanya yang juga presiden Bersatu dalam sidang media di sini.
PAS bertanding di kerusi itu lima kali sejak PRU 2008, tetapi semuanya tewas.
PRK DUN Ayer Kuning akan diadakan susulan kematian penyandang Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada Sabtu lalu.
Pada PRU15, ketua Umno Tapah itu memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,213 undi dalam saingan lima penjuru.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya dilapor akan mengadakan mesyuarat khas pada 7 Mac ini bagi menentukan tarikh PRK Ayer Kuning.
Peruntukan Ahli Parlimen pembangkang
Muhyiddin menepis keperluan menubuhkan jawatankuasa, seperti diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof pada Rabu lalu, untuk membincangkan peruntukan bagi Ahli Parlimen pembangkang.
“Kita ada maruah, kita ada pendirian, Peruntukan itu untuk rakyat, bukan kegunaan peribadi. Masa saya jadi perdana menteri, saya beri semua (Ahli Parlimen) peruntukan.
“Persoalan sekarang sama ada mereka ikhlas ke tak. Kalau mereka tak nak beri (peruntukan), tak apa. Lebih dua tahun berlalu. Terpulang kepada perdana menteri.
“Beliau minta jumpa timbalan perdana menteri (untuk bincang peruntukan), tapi masa saya, mereka jumpa perdana menteri terus. Kalau nak bagi peruntukan, buat saja. Tak perlu tubuh jawatankuasa.”
Beras campuran
Mengulas analisis Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (Mardi) yang menemui kira-kira 40% hingga 50% beras putih import daripada 5,000 sampel bercampur beras putih tempatan (BPT), Muhyiddin berkata, ia membuktikan dakwaanya di Parlimen sebelum ini.
“Saya cabar kerajaan. Apa tindakan yang patut diambil. Kita semua ditipu. Ini jenayah berat. Saya dimaklumkan terlebih dahulu, sebab itu saya bangkitkan di Parlimen.
“Gunakan data yang disediakan Mardi dan siasat siapa terbabit.”
Pada 13 Feb lalu, Muhyiddin menggesa kerajaan menyediakan kertas putih industri padi dan beras negara bagi memastikan bekalan BPT mencukupi di pasaran.
Katanya, beras tempatan dan import dicampur dalam guni dan dijual sebagai beras import pada harga lebih tinggi. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/02/pas-akan-tanding-prk-ayer-kuning-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
By Election Must Be Held For Ayer Kuning State Seat Says Perak Mb

By Election Must Be Held For Ayer Kuning State Seat Says Perak Mb

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 107 hits
The current Perak state legislative assembly was formed following the state polls which took place on Nov 19 2022 in conjunction with the 15th general election PETALING JAYA Perak menteri besar Saarani Mohamad has clarified that a by electi...
Pas Tuan Ibrahim Akan Tolak Pencalonan Tanding Presiden

Pas Tuan Ibrahim Akan Tolak Pencalonan Tanding Presiden

papar berkaitan - pada 20/2/2025 - jumlah : 89 hits
Amin Ishak dan Faiz ZainudinKUALA LUMPUR Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata beliau akan menolak pencalonan sebagai presiden pada pemilihan parti sambil menegaskan jawatan itu harus kekal disandang Hadi Awang Dalam temu bual...
Adun Ayer Kuning Meninggal Dunia

Adun Ayer Kuning Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 98 hits
Malaysiakini nbsp Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning Ishsam Shahruddin menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 58 tahun hari ini Perkara itu disahkan oleh Ketua Pemuda Umno Tapah Fahmi Jakhsi Ya beliau meninggal dunia petang tadi...
Imej Pas Kembali Keras Jika Ketepi Pemimpin Teknokrat Kata Penganalisis

Imej Pas Kembali Keras Jika Ketepi Pemimpin Teknokrat Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 84 hits
freemalaysiatoday com22 Feb 2025 Tawfik Yaakub dari UM berkata PAS perlu hati hati tangani isu libat masa depan politik Ahmad Samsuri Mokhtar jika tidak mahu badai kembali melanda seperti pemilihan 2015 Baru baru ini Ahmad Samsuri Mokhtar m...
Politicians Across The Divide Pay Tribute To Jovial Ayer Kuning Rep

Politicians Across The Divide Pay Tribute To Jovial Ayer Kuning Rep

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 93 hits
Ishsam Shahruddin giving the thumbs up to photographers at the Perak legislative assembly PETALING JAYA Elected representatives across the divide have paid tribute to Umno s Ayer Kuning assemblyman Ishsam Shahruddin following his sudden pas...
Ayer Kuning Polls Umno To Field Wali Candidate Zahid

Ayer Kuning Polls Umno To Field Wali Candidate Zahid

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 87 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi said the party will field a candidate who meets the wali criteria winnable acceptable and likeable for the Ayer Kuning state by election He said he would discuss the matter with Perak Umno chairperson Saara...
Ayer Kuning By Election Zahid Confirms Notice Sent To Ec

Ayer Kuning By Election Zahid Confirms Notice Sent To Ec

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 113 hits
Umno president Ahmad Zahid Hamidi confirmed that the notice on the vacancy of the Ayer Kuning state seat has been sent to the Election Commission The speaker officially sent the letter to the EC yesterday he told reporters after visiting th...
Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

Pas Tak Perlu Pandangan Dap Tentukan Pimpinan Kata Ajk Ulama

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 75 hits
Kali terakhir Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man dicabar pada pemilihan 2015 PETALING JAYA Seorang pemimpin PAS menegaskan parti itu tidak perlu pandangan DAP dan individu mesra dengannya dalam menentukan barisan kepimpinan pada pemilihan...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan