Pas Agak Terancam Di Terengganu Kata Husam



“Apa yang lebih Islamnya kerajaan negeri Terengganu di bawah Pas dengan Umno dan Terengganu dengan negeri-negeri lain?”
(Malaysia Dateline) – Bekas Naib Presiden AMANAH, Senator Datuk Husam Musa berpendapat kerajaan Pas Terengganu boleh jatuh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lantaran tiada perbezaan dasar pentadbiran negeri itu dengan Umno atau berbanding negeri-negeri lain.
Menurutnya, kedudukan Pas akan terjejas ekoran keputusan Umno Terengganu akan meletakkan calonnya di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
“Pas agak terancam di Terengganu. Umno Terengganu sudah membuat ketetapan akan meletakkan calon menentang calon-calon Pas.
“Pertandingan dua atau tiga penjuru dalam PRU akan datang tidak sama dengan PRU14. Kerajaan Pas di Terengganu boleh tumbang dalam PRU akan datang,” katanya kelmarin.
Husam berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam Dialog Isu-Isu Rakyat & Hal Ehwal Semasa di Rumah Rehat, Temerloh.
Untuk rekod, Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengulangi pendirian untuk tidak akan bekerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15.
Ahmad yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman menegaskan tidak wujud Muafakat Nasional (MN) di Terengganu apabila kerajaan negeri diterajui Pas dilihat tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN).
Dua kali lima
Mengulas lanjut, Husam yang juga bekas Naib Presiden Pas itu berpendapat cara pemerintahan parti tersebut di Terengganu adalah dua kali lima sahaja dengan kerajaan negeri lain.
Bekas Exco kerajaan negeri Kelantan berkenaan menyifatkan dasar dan polisi negeri jirannya itu tidaklah bersifat jauh lebih baik dari segi keadilan dan agihan kemakmuran kepada rakyat. “Apa yang lebih Islamnya kerajaan negeri Terengganu di bawah Pas dengan Umno dan Terengganu dengan negeri-negeri lain?
“Tolong senaraikan tiga. Tiada benda. Apa Islamiknya Terengganu sehingga kita mahu jadi rakyat Terengganu dan mahu Malaysia jadi macam Terengganu?” bidasnya.
Husam menganggap jika Pas di Terengganu mengamalkan nilai-nilai Islam dalam dasar pentadbiran, negeri di Pantai Timur itu sudah muncul menjadi negeri terbaik untuk dicontohi kerajaan negeri lain bahkan kerajaan Persekutuan.
“Pas Terengganu begitu baik sekali. Menteri Besar potong gaji. Kereta pun kecil saja. Rakyat pun bertambah senang. Tiada lagi orang miskin. Yang tiada rumah dapat rumah.
“Nelayan-nelayan kecil dapat bot-bot yang canggih. Enjin rosak ditukar baru, pukat-pukat ditambah,” sindirnya jika Pas di Terengganu terbukti lebih baik berbanding parti dan negeri lain.
Bahkan, Husam berpendapat jika pemerintahan kerajaan negeri Pas di Terengganu lebih Islamik hanya pihak yang menawarkan harga lebih baik serta menjamin pemeliharaan alam sekitar akan dipilih untuk terlibat dalam industri unsur nadir bumi (REE) di negeri itu.
“Saya difahamkan penganugerahan tanah lombong unsur nadir bumi ini diberi kepada orang di luar Terengganu yang menyebabkan anak jati Terengganu sendiri tidak puas hati.
“Tidak telus. Tiada tender terbuka. Tiada rekod hasil lebih tinggi. Saya tahulah juga hal di Terengganu ini,” katanya.
Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berpendapat Pakatan Harapan (PH) perlu mengambil peluang menyusun strategi atas kemungkinan tumbangnya Pas di Terengganu dalam PRU15.
“Jadi, kalau balik semula kepada Umno pun tiada masalah. Tapi PH pun kena ambil peluang,” kata Husam lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/06/pas-agak-terancam-di-terengganu-kata-husam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

Hanya Makan Minum Tiada Muafakat Umno Pas Di Terengganu Ahmad Said

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 413 hits
Adam Abu BakarKUALA LUMPUR Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said mendakwa tiada istilah muafakat di negeri berkenaan antara partinya dengan PAS walaupun di peringkat pusat kedua dua parti Melayu Islam itu secara rasmi menjalinkan kerjasama m...
Usaha Menyatu Ini Payah Berpecah Sangat Mudah Kata Pas

Usaha Menyatu Ini Payah Berpecah Sangat Mudah Kata Pas

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR Saya yakin PAS masih lagi mencari usaha usaha penyatuan ummah kata Ahli Parlimen Tumpat Dato Che Abdullah Mat Nawi Menurut beliau usaha untuk menyatukan ummah sememangnya mencabar dan amat payah namun sebaliknya untuk berpecah ...
Pas Tak Curi Ahli Umno Macam Bersatu Kata Saarani

Pas Tak Curi Ahli Umno Macam Bersatu Kata Saarani

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 469 hits
Jika ada orang yang bertanya mengapa Umno boleh bekerjasama dengan PAS namun tidak Bersatu ia mungkin dapat dijelaskan oleh Saarani Mohamad yang membahaskan ucapan dasar presiden parti itu hari ini Menurut Pengerusi Umno Perak wujud perbeza...
Pas Perlu Buat Keputusan Jadi Kawan Atau Lawan Kata Pemuda Umno

Pas Perlu Buat Keputusan Jadi Kawan Atau Lawan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 461 hits
freemalaysiatoday com March 27 2021 8 02 PMKetua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata PAS perlu menyatakan sama ada akan terus bersama Umno atau sebaliknya KUALA LUMPUR PAS perlu menyatakan pendirian dengan jelas sama ada bersetuju dan a...
Dari Awal Lagi Umno Pas Hanya Mahu Sertai K Jaan Pn Setahun Saja Kata Asyraf

Dari Awal Lagi Umno Pas Hanya Mahu Sertai K Jaan Pn Setahun Saja Kata Asyraf

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 269 hits
Keputusan Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu sehingga Pilihan Raya Umum Ke 15 adalah pendirian konsisten dengan matlamat asal parti itu untuk berada dalam kerajaan Perikatan Nasional selama setahun kata Ketua Pemuda Umno Asyraf ...
Umno Kongsi Matlamat Amanah Lawan Pas Di Kelantan Kata Che Ibrahim

Umno Kongsi Matlamat Amanah Lawan Pas Di Kelantan Kata Che Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 353 hits
ARIF BASHARUDINUmno perlu mengambil sikap tegas dengan Pas di Kelantan kerana sudah terang lagi bersuluh Pas bermain dua kolam untuk kepentingan kuasanya walaupun mengkhanati rakannya sendiri Oleh itu Umno Kelantan patut membuat keputusan t...
Perlu Berdepan Semula Jika Pas Tolak Bn Kata Tok Mat

Perlu Berdepan Semula Jika Pas Tolak Bn Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 268 hits
KUALA LUMPUR Umno berkata sekarang PAS yang akan tentukan sama ada mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional atau tidak pada PRU15 Timbalan Presiden Mohamad Hassan bagaimanapun mengingatkan PAS akan mendapat lebih banyak faedah dan manfaat s...
Selepas Ada Driver Gaji Besar Kalian Semakin Terpesong Kata Penyokong Pas

Selepas Ada Driver Gaji Besar Kalian Semakin Terpesong Kata Penyokong Pas

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 289 hits
MALAYSIA DATELINEPenyokong tegar Pas yang dikenali Asri Janggut hari ini menyelar kepimpinan partinya itu yang leka dengan jawatan setelah berada dalam kerajaan Beliau berkata pimpinan Pas yang semakin lali dengan jawatan tidak lagi memperj...
Belum Terlambat Kembali Ke Pangkal Jalan Kata Zahid Pada Pas

Belum Terlambat Kembali Ke Pangkal Jalan Kata Zahid Pada Pas

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 598 hits
Presiden Umno hari ini secara bersahaja dan berlapik mengingatkan PAS mengenai sikap yang wajar diambil sebagai sekutu dalam Muafakat Nasional Kata Ahmad Zahid Hamidi MN itu dijelmakan dengan iringan air mata dalam kalangan ahli kedua dua p...
Tak Ada Sarji Sarji Ya Amp Tak Akan Terjadi Berang Sering Dijodohkan Dengan Aisar Khaled Pelakon Indonesia Hilang Sabar

Polis Minta Orang Ramai Henti Spekulasi Sebar Video Insiden Jpj Dan Warga Asing

Nadzmi Adhwa Sebak Rindu Ardell Tidur Susah Solat Susah Saya Yang Penat Tengok Dia

Hak Menulis Di Media Sosial

Mariam Meenachi

Minum Petang Di Toastma Kopitiam

Hari Malaysia Sara One Off

Eukcg 2025 Semak Kelayakan Daftar Pin Kata Laluan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

Best Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe Masterclass

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin