Dari Awal Lagi Umno Pas Hanya Mahu Sertai K Jaan Pn Setahun Saja Kata Asyraf




Keputusan Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah pendirian konsisten dengan matlamat asal parti itu untuk berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama setahun, kata Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.
Jelas Asyraf, Umno dan PAS pada awalnya bersetuju untuk menyertai kerajaan untuk tempoh setahun sebelum menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.
Bagaimanapun pandemik Covid-19 menyebabkan dinamik politik berubah dan Umno membuat ketetapan bahawa PRU-15 perlu diadakan sebaik wabak berkenaan berjaya ditangani.
"Kita tak pernah setuju sertai PN jika nak didaftarkan sebagai parti, itu jelas. Kita bersetuju untuk bentuk kerajaan ini dan kita namakan kerajaan ini kerajaan PN, tetapi kita tak pernah bersetuju untuk jadi komponen.
"Mana mungkin kita hendak melenyapkan dan meleburkan identiti BN. Begitu juga kesepakatan kita dalam Muafakat Nasional (MN), kita telah sepakat dengan PAS bahawa kerajaan ini tak boleh lama.
"Bahkan kita letak garis masa bahawa kita hanya berada dalam kerajaan maksimum setahun," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, semalam.
PAS membentuk kerjasama dengan Umno selepas BN pimpinan Najib Razak tewas buat pertama kalinya dalam PRU-14 lalu.
Melalui pakatan itu, Umno dan PAS membentuk piagam kerjasama mereka.
Pada Mac tahun lalu, Umno dan PAS bersama Bersatu serta GPS dan parti dari Sabah membentuk kerajaan PN.
PAS kemudiannya bertindak menyertai PN sebagai rakan komponen rasmi meskipun masih lagi bekerjasama dengan Umno dalam MN.
Umno sebelum ini membuat keputusan untuk menamatkan kerjasama mereka dengan Bersatu dan hanya akan menyokong kerajaan PN sehingga PRU-15.
Mengulas mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang bakal mengabsahkan keputusan parti itu memutuskan hubungannya dengan Bersatu.
Asyraf berkata hubungan dengan Bersatu sememangnya dari awal lagi bersifat sementara, selain "bermasalah".
"Daripada awal jelas hubungan kita dengan Bersatu tak sampai bila-bila ia hanya sehingga PRU.
"Cuma dalam proses kita bentuk kerajaan sampai hari ini kita lihat ada sesuatu tak kena dalam perhubungan ini daripada akar umbi sehingga ke atas.
"Dalam mana-mana perhubungan perlu ada kejujuran dan keikhlasan," katanya lagi.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/dari-awal-lagi-umno-pas-hanya-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Perlu Buat Keputusan Jadi Kawan Atau Lawan Kata Pemuda Umno

Pas Perlu Buat Keputusan Jadi Kawan Atau Lawan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 414 hits
freemalaysiatoday com March 27 2021 8 02 PMKetua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata PAS perlu menyatakan sama ada akan terus bersama Umno atau sebaliknya KUALA LUMPUR PAS perlu menyatakan pendirian dengan jelas sama ada bersetuju dan a...
Pemimpin Amanah Hipokrit Jangan Mimpi Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Asyraf Kepada Khalid

Pemimpin Amanah Hipokrit Jangan Mimpi Nak Kerjasama Dengan Umno Kata Asyraf Kepada Khalid

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 344 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad semalam yang menegaskan parti itu hanya akan mempertimbangkan kerjasama dengan Umno sekiranya ia insaf adalah mimpi di siang hari PUTRAJAYA Ketu...
Umno Pas Pelawa Bersatu Sertai Mn

Umno Pas Pelawa Bersatu Sertai Mn

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 377 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara bersama telah tanda tangan surat jemputan kepada Parti Peribumi Bersatu Malaysia untuk menyertai Muafakat Nasional Surat itu diutuskan setelah s...
Anwar Nafi Ada Perjanjian Kerjasama Dengan Umno Hanya Perbincangan Awal

Anwar Nafi Ada Perjanjian Kerjasama Dengan Umno Hanya Perbincangan Awal

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 264 hits
malaysiadateline com Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan sudah ada perjanjian kerjasama antara PKR dengan Umno sebagaimana tanggapan sesetengah pihak Apa yang saya katakan adalah ada perbincangan awal antara pimpinan PKR dengan pimpinan Umno...
Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 304 hits
freemalaysiatoday com March 28 2021 7 18 PMHasni Mohammad juga menggesa supaya autonomi diberikan kepada kepemimpinan negeri untuk menentukan pembahagian kerusi KUALA LUMPUR Ketua Umno Johor Hasni Mohammad berkata beliau sudah memberi amara...
Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

Mahu Bersama Ppbm Dalam Pru Pas Tidak Lagi Minat Perkukuh Mn Kata Veteran Umno

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 276 hits
PETALING JAYA Veteran Umno Shahrir Samad menyifatkan PAS tidak lagi berminat memperkasakan Muafakat Nasional bersama Umno selepas parti Islam itu mengumumkan akan mengukuhkan kerjasama dengan PPBM bagi menghadapi PRU15 Katanya dengan pendir...
Asyraf Walau Terluka Umno Pasrah Pas Pilih Bermadu

Asyraf Walau Terluka Umno Pasrah Pas Pilih Bermadu

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 208 hits
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengakui parti itu terkilan apabila PAS terus mahu bekerjasama dengan Bersatu di saat telah pun memeterai Muafakat Nasional hampir dua tahun lalu Mengibaratkannya seperti bermadu Asyraf berkata Umno sen...
Putus Dengan Ppbm Hanya Sandiwara Umno Kata Amanah

Putus Dengan Ppbm Hanya Sandiwara Umno Kata Amanah

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 244 hits
PETALING JAYA Umno sekadar mahu memberi tekanan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila ia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PPBM yang diterajui Muhyiddin kata Amanah Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata ...
Umno Kongsi Matlamat Amanah Lawan Pas Di Kelantan Kata Che Ibrahim

Umno Kongsi Matlamat Amanah Lawan Pas Di Kelantan Kata Che Ibrahim

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 306 hits
ARIF BASHARUDINUmno perlu mengambil sikap tegas dengan Pas di Kelantan kerana sudah terang lagi bersuluh Pas bermain dua kolam untuk kepentingan kuasanya walaupun mengkhanati rakannya sendiri Oleh itu Umno Kelantan patut membuat keputusan t...
Jetblue Fined 2 Million For Chronic Delays

Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

Hmpv Situasi Terkini Tanda Gejala Pencegahan Rawatan

What Is Brics Good For

Susulan Titah Agong Kpn Bagi Amaran Jangan Sertai Sebarang Perhimpunan

2 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Virus Seakan Covid 19 Hmpv Mula Menular Di China Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya

Kenyataan Media Umno Pas Gagal Tipu Umno


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Sejarah Sungai Lembing Dan Pelombongan Bijih Timah Pahang

Jaga Aib Rumahtangga Ya Kawan Kawan

Bau Ketiak Sebab Cara Atasi Tips Kekal Segar Sepanjang Hari

Petronas Gerik

Kenapa Menjadi Pendengar Yang Baik Menjadi Rahsia Kejayaan Sesebuah Hubungan

5 Mitos Berkaitan Vaksin Hpv