Paru Sambal Berlado Hijau




Setiap tahun kita digalakkan untuk melakukan ibadah korban bagi yang mampu. Ustaz selalu mengajar untuk kita menyimpan duit setiap bulan bagi tujuan ini. Ianya supaya tidak rasa berat dan terbeban. 
Saya melihat arwah Bonda setiap tahun melakukan ibadah korban sehinggalah meninggal dunia. Saya berpesan pada anak anak menantu supaya melakukan korban setiap tahun sehingga kita meninggal. Alhamdulillah setakat ini, Juita memang setiap tahun melakukannya. Seterusnya mengajar anak anak mereka perkara yang sama. 
Bila bab korban yang jangan berkira dengan duit yang dibelanjakan ke jalan Allah. Ikhlas kerana Allah adalah dengan memilih binatang korban yang terbaik dan terpaling cantik. Bab kata Ustazah Asma’ Harun jangan menipu diri sendiri dengan kata ambil yang murah pun tak apa, yang penting ikhlas. 
Kisah Allah memerintahkan anak Nabi Adam iaitu Qabil dan Habil untuk melakukan ibadah korban di mana Allah terima qorban Habil dan tidak menerima korban Qabil. Ramai Qabil moden yang ada dalam jiwa kita. Kita punya sikap macam Qabil. 
Habil ambil masa untuk memilih kibas paling sihat dan gemuk untuk dijadikan korban. Qabil pilih binatang korban yang paling kurus yang dia paling tak sayang. Kita tipu diri kita dengan lidah kita dengan perkataan tak apalah asalkan ikhlas. Allah terima korban orang yang bertaqwa. 
Kita kena bagi ke jalan Allah apa yang paling kamu cintai. Kalau seringgit hilang kita tak cari pun kecuali orang miskin. Kadang kita tak perasan pun ianya hilang. Ikhlas ialah orang yang memberi kerana mencintai Allah dan memberi yang terbaik. Bukan kerana mencintai harta. Tengok sumbangan pada tabung masjid. Bila dikira jumlah kutipan, banyak jumpa duit seringgit. 
Apa dia korban? Maksudnya dekat iaitu ibadah yang mendekatkan diri pada Allah. Tingkatan utama melakukan ibadah korban ialah pilih yang paling besar. Kalau Malaysia, lembu yang besar. Pilih bahagian yang paling besar bagi yang mampu. Paling afdhal. Kalau mampu seekor, ambillah seekor. Sunnah pergi pilih sendiri bila nak buat Qurban. Pilih paling cantik paling elok kejadiannya supaya ada rasa sayang dan cinta pada binatang korban. Yang ni kita sembelih makhluk yang kita cintai supaya kita sembelih rasa cinta kerana Allah. 
Korban luar negara rm200 tapi korban di sini seperti yang terdapat di banner masjid, ada yang rm800 satu bahagian. Kita akan bandingkan mahalnya korban di sini. Kalau luar negara baru rm200. Sangkaan mereka haa masjid sini ambil untung atas ibadah korban kita. Kita pun cakap yang penting ikhlas. 
Kalau beli handbag, beli yang berkualiti. Kalau bab dunia kita pilih yang terbaik. Korban dalam malaysia lebih utama. Afhdal dalam negara kerana kita ada ramai asnaf fakir miskin. Bila korban dalam negara lebih mahal, ramai pilih luar negara sehingga orang miskin dalam negara tak dapat daging korban. OK sekarang kita masuk pula bab resipi. Nanti masa korban, ada paru boleh buat sambal paru berlado hijau ni.

Sambal berlado ni ada pelbagai jenis yang bergantung pada jenis dan warna cili yang digunakan. Boleh sambal hijau, atau sambal merah atau merah dan hijau. Rasa pun tidak banyak beza kecuali tahap kepedasan. Jadi kita kena seimbangkan tahap kepedasan dengan jumlah gula yang digunakan.  
Lauk ini adalah lauk kegemaran anak anak saya terutamanya Nellisa, Juita dan Hazween. Kakak seperti biasa tak makan organ dalaman. Saya pun suka juga cuma makan dalam kuantiti yang sedikit setiap kali kerana bacaan uric asid dah tinggi. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….

Paru Sambal Berlado HijauOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg paru - rebus empuk 1 hiris halia - ketuk1 batang serai - ketuk4 helai daun limau purut 1 sudu kecil garam 1 sudu besar gula1 biji bawang besar Holland - hirisMinyak masak secukupnya
Bahan tumbuk kasar:10 batang cili hijau 3 biji cili padi hijau1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih 1 biji tomato hijau - boleh ganti dengan asam keping
Cara cara:Paru rebus dengan halia dan serai sehingga empuk. Cucuk dengan pisau untuk mengetahui kalau ianya telah cukup empuk. Sejukkan supaya mudah dihiris nipis dan lumur garam dan serbuk kunyit. Nota: jika berlebihan, simpan dalam freezer untuk kegunaan akan datang. 
Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing yang disukai.
Panas minyak dalam kuali lain dan tumis bahan tumbuk/kisar kasar sehingga naik bau. Masukkan halia, serai dan daun limau purut. Kacau rata.

Masukkan paru goreng. Masukkan garam dan gula. Masukkan air sedikit supaya rempah meresap ke dalam paru. Nota: jika suka paru yang garing, sejukkan dulu sambal, baru dimasukkan paru.
Akhir sekali, masukkan bawang besar Holland, jika suka. Kacau sebentar dan tutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/05/paru-sambal-berlado-hijau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanaman Hiasan Di Laman Porch Rumah Semakin Subur Dan Hijau

Tanaman Hiasan Di Laman Porch Rumah Semakin Subur Dan Hijau

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum Tanaman Hiasan Di Laman Porch Rumah Dah lama sangat saya tak update perkembangan pokok pokok tanaman hiasan yang saya tanam sejak PKP beberapa tahun lalu Korang rasa pokok pokok tu hidup lagi ke idok haha Tengok gaya tuan ta...
Ikan Kerisi Masak Sambal

Ikan Kerisi Masak Sambal

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 141 hits
Assalamualaikum Menu simple tapi jika kena gaya memang makan bertambah Ikan kerisi adalah salah satu ikan kegemaran anak anak LM Sedap manis dan tak terlalu banyak tulang Biasanya memang setiap hujung minggu LM akan mencari stok ikan di pas...
Hijau Biru Purple Mata Hitamku

Hijau Biru Purple Mata Hitamku

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 173 hits
Assalamualaikum Bila ko balik kerja naik bas dh beberapa hari sakit perut cirit birit selalu xde diserang sakit perut bergulung2 dalam bas tiber hari ni sakit plak dah la tol sg besi pun x lepas lagi dh hijau menahan sakit perut ni mengada ...
Hlb Langgan Penuh Rm350 Juta Bon Hijau Asean Dikeluarkan Oleh Exio Logistics

Hlb Langgan Penuh Rm350 Juta Bon Hijau Asean Dikeluarkan Oleh Exio Logistics

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 228 hits
Hong Leong Bank Berhad baru baru ini mengumumkan langkah penuhnya untuk melanggan RM350 juta Bon Hijau ASEAN yang dikeluarkan oleh Exio Logistics Sdn Bhd dan dinasihatkan oleh Hong Leong Investment Ban Bon ini bertujuan untuk membiayai pemb...
Gelombang Hijau Pn Sudah Mencapai Tahap Maksimum

Gelombang Hijau Pn Sudah Mencapai Tahap Maksimum

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 224 hits
Gelombang Hijau PN sudah mencapai tahap maksimum ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be UIK7B8e qo src in org https www youtube com embed UIK7B8e qo wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube co...
Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

papar berkaitan - pada 19/5/2024 - jumlah : 321 hits
nbsp Ada dua versi orang makan Vietnamese Rolls ni sama ada makan dengan sos pedas manis ala Thai tu atau pun sos lemak manis rasa mayo dan ketumbar Kalau kak ana suka sangat makan dengan sos hijau mayo sebagai pencicah Vietnamese Rolls Seb...
Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

Sambal Bilis Tempoyak Travel Pack

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 230 hits
Sambal tempoyak bilis Sambal bilis tempoyak kami dibuat secara homemade tanpa menggunakan sebarang pengawet Produk sambal ini telah dinyah kuman semasa proses pembungkusan membolehkannya tahan untuk tempoh 6 bulan pada suhu bilik klik sini ...
Resepi Sambal Ikan

Resepi Sambal Ikan

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 241 hits
SAMBAL IKANBahan bahan Ikan masak 5 6 ekor3 ulas bawang putih blend kasar3 ulas bawang merah blend kasarSeinci halia blend kasar3 senduk cili kisar 3 sudu besar sos tiramMushroom seasoningAir asam jawaSedikit gula kerekGaramGula pasir ikut ...
Tak Mampu Beli Kereta Bapa Tular Bawa Anak Naik Motor Dedah Bayi Hidap Paru Paru Kronik

Tak Mampu Beli Kereta Bapa Tular Bawa Anak Naik Motor Dedah Bayi Hidap Paru Paru Kronik

papar berkaitan - pada 22/5/2024 - jumlah : 164 hits
Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam Namun kata bapanya Mohd Azlan Is...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever