Party Cny Crazy Rich Asian 2019 Bersama Putra World Trade Centre
Assalamualaikum guys,
Bahang cerita movie Crazy Rich Asian memang betul-betul hype sampai Putra World Trade Centre (PWTC) anjur majlis sambutan Tahun Baru Cina bertema 'Crazy Rich Asian 2019' hari Sabtu minggu lepas. So BBL datang la dengan pakai baju acah-acah movie tu.
Buat kali pertama tahun ni PWTC meraikan semua tetamu yang mostly dari jemputan VIP, organizer event dari pelbagai syarikat dan pengamal media sebagai tanda menghargai sokongan semua pihak sepanjang 2018. Off-course sajian citarasa chiness style kami semua malam tu special dari dapur PWTC sendiri. Wallah.
Pembuka acara semestinya pertunjukan tajian singa simbolik majlis makan malam CNY bagi meraikan masyarakat Cina yang masih mood 'raya'. Kemudian ucapan dari CEO PWTC - Datuk Shamsul Kamar yang tak henti-henti mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak bersama-sama mengadakan events dan acara di pusat konvension no 1 di KL nie. Memang hapening dengan celoteh emcee jemputan khas yang sangat kelakar dan pandai buat lawak. Sampai terbahak malam ketawa sambil makan.
Menu CNY favourite mestilah sesi gaul Yee Sang Platter with Sliced Salmon. Setahun sekali je dapat experience yee sang beramai-ramai untuk kemakmuran tahun baru. Seterusnya hidangan Szechuan Hot & Sour Soup with Seafood yang sungguh sedap makan panas-panas. Terima kasih chef PWTC masak Deep Fried Boneless Chicken with Lemon Plum Souse, Deep Fried Garoupa with Fermented Mingxi Sauce, Deep Fried Tiger Prawn with Golden Salted Egg Yolk and Oatmeals Flakes. Tak cukup dengan tu, kami makan Braised Broccoli and Mushroom with Taukan and Dry Scallop bersama hidangan utama Wok Fried Rice with Shedded Chicken and Silver Anchovies. Untuk desert Glutinous Rice Ball in Red Bean Soup memang BBL bagi 4 bintang sebab sedap cair mulut.
Dari jam 8 sampai 10 malam semua tetamu berhibur dengan persembahan cukup funny dan menarik selain cabutan bertuah gadjet. Tak senang duduk semua bila tunggu nombor ke cabut. Ada yang menang iPhone, smartphone dan laptop. Paling hapening waktu pengumuman King & Queen Crazy Rich Asian yang pulang dengan hadiah cash money. Aduh menyesal tak dress handsome malam tu. Tak pe next time kalu PWTC buat lagi event BBL nak melaran buat semua orang bersorok pilih sebagai King of the night. Gituh berangan ye..
Terima kasih PWTC jemput BBL dan geng budies yang lain bergembira minggu lepas. Ha stay tune pakej buffet Ramadan 2019 di PWTC yang akan saya update tidak lama lagi. Tak sabar nak tunggu apa menu PWTC tawarkan sepanjang bulan puasa tahun ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://budakbandunglaici.blogspot.com/2019/02/party-cny-crazy-rich-asian-2019-bersama.html