Parti Politik Perlu Bermuafakat Kasihanilah Rakyat



Tidak bolehkah kita semua tunggu sehingga perang menentang Covid-19 dimenangi atau sekurang-kurangnya sehingga krisis pandemik ini berjaya dikawal. Kemudian, usulkanlah apa pun yang mahu diusulkan di Dewan Rakyat. Apa yang ditakutkan? Jika berasa ada cukup sokongan untuk mengubah kerajaan, adalah sokongan itu.
Mohd Hisham Malek
Ketika perang menentang pandemik Covid-19 masih berterusan, muncul kembali terma ‘usul percaya’ dan ‘usul tidak percaya’ menjelang persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei ini. Satu usul sudah dikemukakan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.
Namun usul itu dilaporkan ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berikutan penjelasan yang dinyatakan tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana  mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan jawatan Perdana Menteri.
Bagi penulis, isu usul percaya atau tidak percaya bukan persoalan ketika ini.
Persoalannya adalah adakah tindakan itu wajar dilakukan semasa negara masih dibelenggu masalah dan krisis lebih besar berbanding siapa yang lebih layak menjadi Perdana Menteri.
Adakah perang melawan Covid-19 yang sudah meragut lebih 100 nyawa di Malaysia dilihat sebagai perkara enteng?
Adakah terdesak benar negara kita mahukan seorang pemimpin baharu ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berjaya melaksanakan tanggunjawabnya dengan berkesan dalam memimpin kerajaan dan mengetuai ‘perang’ melawan virus maut ini?
Penulis tertanya-tanya kenapa isu usul percaya atau tidak percaya berkaitan kepemimpinan negara tidak ditangguhkan seketika, tunggulah sehingga krisis Covid-19 reda.
Ketika jentera kerajaan bergerak lancar di ‘medan perang’, kenapa tumpuan mereka mahu diganggu dengan isu politik yang tidak berkesudahan sejak dua tahun  perubahan kerajaan.
Adakah rakyat  peduli siapa pun jadi Perdana Menteri andai ancaman Covid-19 menjadi-jadi semula nanti akibat ketamakan kuasa orang politik yang lebih pentingkan diri sendiri?
Bagaimana pula nanti dengan dasar-dasar ekonomi andai kerajaan tidak stabil akibat gangguan-gangguan yang tidak perlu, sedangkan usaha terbaik perlu digerakkan bagi memulihkan ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.
Dalam menghadapi krisis, keputusan penting berkaitan dasar atau apa sahaja yang perlu harus dibuat secepat mungkin, tidak boleh  dibebankan kepada pegawai-pegawai kerajaan atau bertawakal mengharapkan keajaiban.
Sebab itu, penulis melihat cubaan pihak-pihak, sama ada PH atau blok tertentu yang mahu menyingkirkan Perdana Menteri melalui usul di Dewan Rakyat sebagai tindakan pentingkan diri sendiri.
Sekali lagi, penulis mahu bertanya. Tidak bolehkah kita semua tunggu sehingga perang menentang Covid-19 dimenangi atau sekurang-kurangnya sehingga krisis pandemik ini berjaya dikawal.
Kemudian, usulkanlah apa pun yang mahu diusulkan di Dewan Rakyat.
Apa yang ditakutkan? Jika berasa ada cukup sokongan untuk mengubah kerajaan, adalah sokongan itu.
Apa yang dikhuatirkan adalah tindakan sebegini boleh menyebabkan Parlimen tergantung dan mungkin memaksa pilihan raya umum diadakan lagi walaupun baru dua tahun rakyat mengundi.
Andai itu berlaku, apa akan jadi kepada rakyat?
Andai ia berlaku ketika perang menentang Covid-19 masih berlanjutan, bagaimana dengan kos rawatan perubatan, pembelian peralatan serta lain-lain keperluan.
Buat masa ini, cubalah bermuafakat, kasihanilah rakyat.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/05/08/parti-politik-perlu-bermuafakat-kasihanilah-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Muak Cerita Cerita Politik Cara Muhyiddin Menyindir Dan Mula Rimas Terhadap Umno

Rakyat Muak Cerita Cerita Politik Cara Muhyiddin Menyindir Dan Mula Rimas Terhadap Umno

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 313 hits
Setelah hampir dua bulan memegang jawatan Perdana Menteri melalui pengkhianatan tebuk atap kepada PH Muhyiddin Yassin tak semena mena berkata rakyat kini sudah muak mendengar cerita cerita politik Katanya rakyat lebih ingin tahu apa yang di...
Kisah Berbagai Parti Politik Malaysia

Kisah Berbagai Parti Politik Malaysia

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 295 hits
C PUMNO payah lompat Sebab mereka terpukau dgn pangkat dan duit Tetap kekal bersama UMNO PAS payah lompat Bukan sebab cerdik tapi sebab wala keterlaluan pada President parti Hadi Klu Hadi sokong DAP Mereka akan sokong Klu Hadi ajak makan gu...
Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 456 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan untuk tidak memberi tumpuan kepada soal politik kerana beliau merasakan rakyat sudah cukup muak dengan pertelingkahan yang tidak berkesudahan Ahli Parlimen Pagoh itu be...
Muhyiddin Rakyat Dah Muak Dengar Cerita Politik

Muhyiddin Rakyat Dah Muak Dengar Cerita Politik

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1045 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata rakyat Malaysia kini sudah muak untuk mendengar cerita cerita politik Menurutnya beliau kini memberi tumpuan dalam menangani krisis Covid 19 berbanding mengulas isu isu politik seperti keabsahan kera...
Wakil Rakyat Dakwa Ipoh Barat Belum Terima Bakul Makanan Bantuan Disalur Ke Bahagian Parti

Wakil Rakyat Dakwa Ipoh Barat Belum Terima Bakul Makanan Bantuan Disalur Ke Bahagian Parti

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 345 hits
PETALING JAYA Wakil rakyat Ipoh Barat menyeru Menteri Wanita dan Keluarga Rina Harun berterus terang mengenai pengedaran bantuan makanan untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 terendah mengatakan kawasannya belum terima 1 000 bakul makan...
Parti Politik Baharu Akan Ditubuhkan

Parti Politik Baharu Akan Ditubuhkan

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 222 hits
Bagi seorang individu yang begitu aktif terlibat dalam satu rampasan kuasa awal tahun ini adalah aneh untuk Tan Sri Muhyiddin mendakwa kononnya orang ramai sudah meluat dengan politik dan sebaliknya mahu kerajaan bekerja keras demi rakyat O...
Rakyat Tuntut Penasihat Dap Bersara Politik

Rakyat Tuntut Penasihat Dap Bersara Politik

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 280 hits
Tidak sampai 9 jam lebih 12 000 tandatangan petisyen desak Kit Siang tunai janjiTIDAK sampai 9 jam petisyen untuk bersara politik dilancarkan lebih 12 000 tandatangan telah dikutip Petisyen yang dilancarkan oleh Ahmad Abdul di itu bagi menu...
Relevensi Politik Alaf Baru Umno Terus Bersama Pentingkan Rakyat Shahril Hamdan

Relevensi Politik Alaf Baru Umno Terus Bersama Pentingkan Rakyat Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 267 hits
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan berkata dalam mengambil langkah untuk merelevensi UMNO dan politik alaf baharu parti keramat ini perlu berhati hati agar tidak tersalah langkah sehingga rakyat membuat persepsi kononnya UMNO mem...
Rakyat Meluat Kerajaan Tipu Bukan Meluat Politik

Rakyat Meluat Kerajaan Tipu Bukan Meluat Politik

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 465 hits
Muhyiddin kata Chin Tong perlu menunjukkan kepada pengundi bahawa beliau komited membanteras rasuah dengan membiarkan keadilan terlaksana supaya Dato Seri Najib Razak Datin Seri Rosmah Mansor Dato Seri Tengku Adnan dan Dato Seri Zahid Hamid...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash