Parti Politik Baharu Akan Ditubuhkan




Oleh LIEW CHIN TONGApril 28, 2020 2:55 pmBagi seorang individu yang begitu aktif terlibat dalam satu rampasan kuasa awal tahun ini, adalah aneh untuk Tan Sri Muhyiddin mendakwa kononnya orang ramai sudah meluat dengan politik dan sebaliknya mahu kerajaan bekerja keras demi rakyat.Orang ramai boleh melihat bahawa watak-watak utama dalam kerajaan ‘gabungan anak ayam’ Perikatan Nasional (PN) lah yang sedang berebut kedudukan dan kuasa sambil negara berdepan krisis wabak Covid-19.Barangkali Perdana Menteri membuat kenyataan sedemikian dalam usahanya untuk menyembunyikan hakikat bahawa pada ketika ini, beliau berada dalam keadaan yang amat berbahaya walaupun mempunyai kuasa besar sebagai ketua kerajaan.Kenapa saya kata begini? Kita mulakan dengan satu kisah benar. Saya dan Lim Kit Siang bergegas pulang dari acara di Johor pada 25 Julai 2015 atas permintaan Setiausaha Agung Parti Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail untuk satu perbincangan tergempar. Sebagai sekutu rapat, kami memang sering berbincang, terutamanya apabila ada perkembangan penting dalam politik negara.Saifuddin memberitahu kami bahawa beliau mendapat khabar yang Peguam Negara Abdul Gani Patail akan mendakwa Perdana Menteri Najib Razak atas kesalahan salahguna kuasa dalam kes SRC pada minggu berikutnya. Kit Siang berfikir seketika dan bertanya kepada kami: “Adakah Najib akan menunggu sahaja membiarkan dirinya di’sembelih’?”Tiga hari kemudian, pada 28 Julai 2015, Gani, Muhyiddin dan Shafie Apdal dipecat daripada kerajaan Barisan Nasional.Berbalik ke hari ini. Muhyiddin sedang mentadbir gabungan lemahnya ini dengan kewujudan 10 puak dalam PN.Ada empat puak dalam parti Bersatu – mereka yang masuk pada tahun 2016; mereka yang masuk Bersatu dari Umno selepas Pakatan Harapan menang dalam PRU 2018; kumpulan Azmin Ali; dan penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad yang mampu menimbulkan masalah dalam pemilihan parti yang nampaknya telah dilengahkan ekoran krisis Covid-19.Empat puak lagi adalah kumpulan-kumpulan bertelagah dalam Umno; setiap satunya dipimpin Najib, Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein, dan kumpulan tak berpihak yang dianggotai Mohammad Hassan serta Khairy Jamaluddin.Dua puak lagi ialah PAS dan Gabungan Parti Sarawak.Pilihan-pilihan MuhyiddinSebaiknya, Muhyiddin akan mahu menghapuskan penyokong Mahathir, dan mencari jalan supaya Bersatu tidak menjalankan pemilihan parti. Beliau akan mahu menghindar cabaran Mukhriz untuk kerusi presiden, yang walaupun sukar untuk Menteri Besar Kedah itu menang, namun tidaklah begitu mustahil.Muhyiddin juga tahu bahawa daripada empat puak Umno, beliau hanya boleh percayakan puak Hishammuddin.‘Pemberontak’ PKR, Azmin Ali sedang berharap untuk mempunyai struktur parti bagi beliau memainkan peranan penting dan untuk membawa masuk penyokong akar umbinya yang sekarang tidak mempunyai induk politik kerana Bersatu berada dalam keadaan tergantung. Beliau juga perlu mewujudkan ruang untuk penyokong bukan-Melayu yang tidak lagi dialu-alukan dalam PKR serta tidak mampu ke mana-mana.Bagi mengabsahkan kerajaan Muhyiddin, beliau perlu menunjukkan bahawa kerajaannya bersih. Pengundi, terutamanya golongan penentu atas pagar dalam kalangan orang Melayu, amat menghargai soal integriti, selain soal kesejahteraan ekonomi.Selain menjamin peluang pekerjaan dan kesejahteraan ekonomi untuk rakyat Malaysia, Perdana Menteri turut perlu menunjukkan kepada pengundi bahawa beliau komited membanteras rasuah, jika tidak beliau tidak akan meraih keabsahan moral kerana melancarkan rampasan kuasa terhadap kerajaan Pakatan Harapan yang dilantik secara demokratik.Untuk meyakinkan orang ramai, beliau perlu menunjukkan komitmennya menentang rasuah dengan membiarkan keadilan terlaksana – supaya Najib dan Rosmah Mansor, Tengku Adnan dan Zahid Hamidi disumbat ke penjara apabila mereka didapati bersalah atas tuduhan rasuah di mahkamah.Masalahnya, mampukah beliau berbuat demikian tanpa diserang Umno?Jika menanti keputusan mahkamah terlalu berisiko, adakah Muhyiddin akan memilih untuk memutuskan hubungan dengan Umno dan Bersatu pada masa yang sama sebelum pembesar-pembesar Umno sempat melawan?Parti baharu?Ada cakap-cakap kononnya Muhyiddin, Azmin dan Hishammuddin sedang mencuba untuk menubuhkan parti baharu. Bagi mereka, ini mungkin satu penyelesaian yang bijak untuk semua masalah di atas. Tidak perlu bimbang tentang pemilihan Bersatu, penyokong Azmin ada rumah baharu, dan puak Hishammuddin dapat menghadirkan sokongan sebenar yang diperlukan Muhyiddin.Pun begitu, ada dua cabaran terhadap perancangan ini.Pertama, Muhyiddin hanya memiliki sokongan 113 atau 114 kerusi, maksimum. Jika Ahli-ahli Parlimen parti-parti Pakatan Harapan (PKR, DAP, Amanah) dan Warisan, serta kumpulan Mahathir dalam Bersatu kekal bersama; Muhyiddin tiada ruang untuk berkuntau.Jika Muhyiddin, Azmin dan Hishammudin berjaya memecahkan gabungan ‘Pakatan plus’ ini, mereka akan mampu menubuhkan parti baharu tanpa memerlukan puak Najib dan Zahid. Mengikut perkiraan mereka, barangkali masih perlu menggoda beberapa Ahli Parlimen PH untuk menyertai mereka.Kedua, Muhyiddin mesti berhati-hati dengan Umno Johor. Pemimpinnya begitu bersemangat untuk mendapatkan semula kuasa yang mereka hilang dalam PRU lalu.Nasihat saya buat Perdana Menteri (yang dahulunya saya bekerja begitu rapat bersama beliau, dan banyak berbincang dengan penuh jujur ketika kami bekerjasama dalam PH) ialah: Umno mungkin sahaja memperdaya beliau di Johor.Pilihan raya mengejut di Johor mungkin mengakhiri hayat Bersatu di negeri itu, malah Muhyiddin juga mungkin kehilangan kerusinya di DUN Bukit Gambir.Di tengah arus politik yang deras ini, Muhyiddin lah yang mungkin memulakan sesuatu untuk menewaskan lawannya dalam Umno. Atau mungkin Umno Johor yang memulakan serangan terhadap Perdana Menteri.Bagi Pakatan Harapan dan rakan-rakan sekutu yang memilih untuk kekal bersama, seperti Warisan dan kumpulan pro-Mahathir dalam Bersatu; kita mesti kekal bersama. Rakyat Malaysia yang mengundi Pakatan Harapan demi kerajaan yang bersih serta peluang ekonomi yang lebih baik akan terus menyokong kita.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/parti-politik-baharu-akan-ditubuhkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting Parti Politik Turki

Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting Parti Politik Turki

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 356 hits
Abdul Hadi Awang KUALA TERENGGANU 17 April Pelantikan Ahli Parlimen Marang Dato Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah sangat penting bagi mengembalikan semula keamanan di sana Presiden Parti Saadet T...
Evolusi Pemikiran Sebuah Parti Politik Islam

Evolusi Pemikiran Sebuah Parti Politik Islam

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 172 hits
1950an 1974Umno kafir sebab memerintah bersama kaum kafir MCA MIC dan lain lain 1974 1978Off button Umno kafir sama sama dapat makan dalam BN 1979Terpelanting dari BNRevolusi Iran ciplak kepimpinan ulama dari Syiah 1981Umno kafir kerana mem...
Lapan Negeri Catat Sifar Kes Baharu Covid 19 Hari Ini

Lapan Negeri Catat Sifar Kes Baharu Covid 19 Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 262 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan bahawa terdapat sebanyak 38 kes Covid 19 baharu dilaporkan sehingga jam 12 tengahari hari ini Bagi pecahan kes mengikut negeri KKM memaklumkan bahawa tiada kes positif baharu di Perlis Kedah Perak ...
Covid 19 Jumlah Kes Sudah Pulih Atasi Kes Baharu

Covid 19 Jumlah Kes Sudah Pulih Atasi Kes Baharu

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 268 hits
PUTRAJAYA Kes pulih individu yang dijangkiti COVID 19 di negara ini terus memberikan perkembangan yang positif apabila mencatatkan jumlah tinggi mengatasi jumlah kes baharu individu yang dijangkiti wabak berkenaan Ketua Pengarah Kesihatan D...
Airasia Laksana Dasar Perjalanan Baharu Untuk Penumpang

Airasia Laksana Dasar Perjalanan Baharu Untuk Penumpang

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 342 hits
AIRASIA Group melaksanakan dasar perjalanan baharu untuk penumpangnya berikutan pandemik Covid 19 termasuk memerlukan mereka untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri sebelum semasa dan selepas penerbangan mereka serta semasa men...
Covid 19 95 Pulih 40 Kes Baharu

Covid 19 95 Pulih 40 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 251 hits
HARAKAHDAILYPUTRAJAYA Sebanyak 40 kes baharu Covid 19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 5 820 kes keseluruhan Ketua Pengarah Kesihatan Dato Dr Noor Hisham Ab...
Wow Airasia Perkenal Pakaian Seragam Baharu Untuk Lindungi Anak Kapal

Wow Airasia Perkenal Pakaian Seragam Baharu Untuk Lindungi Anak Kapal

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 245 hits
AirAsia perkenal pakaian seragam baharu untuk lindungi anak kapal Pakaian seragam baharu yang akan digunakan anak kapal AirAsia ketika pesawat dibenarkan beroperasi semula nanti ANAK kapal AirAsia akan memakai pakaian seragam baharu termasu...
Google Memperkenalkan Sokongan Penjejakan Lokasi Notifikasi Bateri Amp Antaramuka Baharu Untuk Fast Pair

Google Memperkenalkan Sokongan Penjejakan Lokasi Notifikasi Bateri Amp Antaramuka Baharu Untuk Fast Pair

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 220 hits
Fast Pair adalah jawapan Google kepada Apple untuk menambat aksesori audio pantas kepada Android seakan AirPods pada peranti Apple Ia mula diperkenalkan semasa Pixel Buds generasi pertama dilancarkan Tahun demi tahun semakin banyak aksesori...
Isnin 27 4 1 Korban 40 Kes Baharu 67 9 Sembuh Iaitu 95 Hari Ini

Isnin 27 4 1 Korban 40 Kes Baharu 67 9 Sembuh Iaitu 95 Hari Ini

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 251 hits
Malaysia mencatatkan satu lagi kematian akibat Covid 19 menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak itu di negara ini ialah sebanyak 99 Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan 40 lagi kes baru dilaporkan seta...
Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Puaka Cuti Semester

Apa Itu Kwsp Akaun 3

Sakit Tekak Yang Amat Sangat

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Lirik Lagu Satu Selamanya Twins