Parti Pkr Menanti Masa Untuk Retak






Perseteruan antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan lagi kemelut baharu dalam kalangan pemerhati politik dan orang media

Paling ketara kem PKR mula terbahagi kepada dua apabila Azmin pada Pemilihan PKR tahun lalu mendapat saingan sengit Rafizi Ramli yang dipercayai orang kepercayaan Anwar selepas Azmin disebut-sebut pemimpin harapan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bagi menggantikan beliau
Namun, awal Jun lalu, pertelagahan dua kem Anwar dan Azmin membuka kepada satu 'perang' yang semakin terbuka diiringi kritikan pedas dan kata-kata sindiran


Ia semuanya gara-gara penularan beberapa klip video seks luar tabii antara dua lelaki yang dikatakan dirakam pada 11 Mei lalu di bilik Hotel Four Point di Sandakan, Sabah

Lebih memeranjatkan sehari selepas tular video itu pada 11 Jun lalu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz membuat pengakuan terbuka beliau merupakan individu di dalam video terbabit

Tamparan paling hebat tentunya apabila Haziq kemudian menamakan seorang menteri kanan sebagai pasangannya dalam video menjijikkan itu

Bibit-bibit perbalahan kem Azmin dan Anwar mula retak menerusi komen-komen mengulas isu video itu

Di saat, Anwar bersama Biro Politik PKR mengambil masa lebih tiga minggu untuk memecat keahlian Haziq dalam PKR, penyokong-penyokong kem Azmin yang resah menempelak kelewatan tindakan tegas parti

“Nasib baik bukan saya jadi Presiden, kalau saya Presiden saya dah pecat dah (Haziq)," sindir Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin yang jelas ditujukan kepada Anwar

Biro Politik PKR akhirnya kemudian mengambil keputusan untuk memecat Haziq daripada parti dengan serta merta pada 3 Julai

Episod baharu video tersebut menambah lagi kehangatan yang melanda PKR apabila salah seorang daripada lima individu yang ditahan dalam serbuan besar-besaran di sekitar Lembah Klang pada Isnin lalu turut melibatkan pemimpin parti itu sendiri

Antara yang ditahan ialah Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Farhash Wafa Salvador

Kemuncak perseteruan dua pemimpin parti itu apabila Anwar secara terbuka mendesak supaya Timbalan Presiden PKR iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin meletakkan jawatan sekiranya video itu terbukti sahih

Ia dibalas dengan jawapan penuh sinis Azmin, yang menyuruh Anwar melihat wajahnya dicermin



Dalam pada itu, penganalisis politik daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, pergeseran antara Anwar dan Azmin memberikan impaknya besar kerana mereka adalah pemimpin utama dalam parti

"Saya percaya jika tidak dihentikan segera, perkara ini akan merebak dan perpecahan dalam kalangan penyokong PKR

"Begitu juga dalam PH kerana PKR ada kerusi banyak dalam Kerajaan PH dan sekiranya keadaan semakin meruncing sehingga tidak dapat dibendung lagi maka tidak mustahil ada pihak akan membuat keputusan yang boleh mengorbankan parti," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam

Bagi Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim, beliau menjangkakan PKR akan berpecah dua berikutan krisis dalaman membabitkan dua pemimpin utama parti itu dilihat semakin parah

"Saya menjangkakan PKR akan berpecah, sama seperti Pas yang berpecah melahirkan Amanah dan UMNO berpecah melahirkan Bersatu

"Cuma yang belum ada petanda sama ada perpecahan itu akan melahirkan parti baharu atau kumpulan yang terpinggir akan menyertai parti sedia ada sama ada di blok kerajaan atau pembangkang," katanya



Menurut Mohd Yusri yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pendidikan Asas dan Liberal (PPAL), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), krisis PKR bukan sahaja memberi kesan kepada Pakatan Harapan (PH), bahkan boleh merubah lanskap politik negara

"PKR adalah parti tonggak dalam Pakatan Harapan (PH), krisis dalaman PKR pasti akan memberi kesan besar kepada PH," katanya

Untuk rekod, Azmin mula terlibat dalam politik pada sekitar tahun 1987 apabila Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta beliau bekerja dengan Anwar

Mahathir mengenali Azmin semasa beliau masih menuntut di Amerika Syarikat dan menjadi pemimpin pelajar di sana

Hubungan baik kedua-duanya bagaimana pun tidak berkekalan apabila Anwar dipecat daripada kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri pada September 1998

Azmin menyifatkan insiden pemecatan tersebut adalah yang paling sukar dalam hidupnya apabila terpaksa memilih antara Mahathir ataupun Anwar

Bagaimanapun, Azmin memilih untuk bersama Anwar dan beliau antara ahli yang awal menganggotai Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya dikenali dengan PKR

Pada 23 September 2014, beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang

Selepas PH berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Harapan mengumumkan barisan Kabinetnya yang turut menamakan Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi




Active Search Results Search Engine

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/08/parti-pkr-menanti-masa-untuk-retak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+adajewnet+%28ADAJEW+DOT+NET%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buang Masa Kumpul Tanda Tangan Untuk Anwar Ketua Wanita Pkr

Buang Masa Kumpul Tanda Tangan Untuk Anwar Ketua Wanita Pkr

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 405 hits
KUALA LUMPUR 5 Ogos Ketua Wanita PKR Haniza Mohamed Talha menyifatkan tindakan untuk mengumpulkan tanda tangan pemimpin parti di peringkat bahagian di seluruh negara bagi menyokong kepemimpinan Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaga...
Wiranto Soal Gugatan Kivlan Zen Itu Masa Lalu Urusan Militer

Wiranto Soal Gugatan Kivlan Zen Itu Masa Lalu Urusan Militer

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 155 hits
Kivlan Zen menggugat Wiranto soal pembentukan Pasukan Pengamanan Masyarakat Swakarsa pada 1998 Wiranto sendiri menjelaskan bahwa Pam Swakarsa dibentuk demi keamanan negara
Nasib Dan Masa Depan Dap Di Ph Di Tangan Tun

Nasib Dan Masa Depan Dap Di Ph Di Tangan Tun

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 374 hits
Samada kekal atau kena tendang keluar Kalau tak percaya bring it on
Nuha Food Journey Pentingnya Pengurusan Masa Dan Merancang Menu

Nuha Food Journey Pentingnya Pengurusan Masa Dan Merancang Menu

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 430 hits
BismillahAku ada terima beberapa email yang bertanya lebih kurang begini soalannya Struggle tak untuk prepare makanan anak sebab sis kan kerja Jawapan aku Ya dan tidak Depends Fellow mothers Bila dah jadi mak tak boleh malas Dulu masa bujan...
Kerajaan Pakatan Harapan Perlu Diselamatkan Masa Sudah Sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur

Kerajaan Pakatan Harapan Perlu Diselamatkan Masa Sudah Sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 525 hits
Ni Tajuk Kerajaan Pakatan Harapan Perlu DiselamatkanMasa Sudah sampai Untuk Tun Dr Mahathir Berundur2 Pada tahun 1996 selepas Pilihanraya Umum 1995 apabila Parti Semangat 46 menjadi semakin ektrem Melayu dengan mengubah menjadi Parti Melayu...
Tak Lepak Sampai Lewat Malam Lagi Mahu Luang Masa Berkualiti Dengan Anak Anak

Tak Lepak Sampai Lewat Malam Lagi Mahu Luang Masa Berkualiti Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 183 hits
Setiap ibu bapa mempunyai perancangan awal berapa ramai anak yang mereka inginkan bagi mewarnai kehidupan sebagai suami isteri Ada yang mahukan anak ramai dan ada yang selesa jika hanya mempunyai bilangan anak yang tidak ramai Menurut sebua...
Masa Lampau Menghantui The Losers Club Dalam Tv Spot Terbaru It Chapter Two

Masa Lampau Menghantui The Losers Club Dalam Tv Spot Terbaru It Chapter Two

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 370 hits
Warner Bros telah melancarkan tv spot terbaru filem IT Chapter Two memaparkan Pennywise cuba menakut nakutkan ahli The Losers Club dengan kisah kisah lampau mereka Anda boleh tonton tv spot tersebut dipemain video dibawah IT Chapter Two dit...
Soal Dapat Anak Tak Cepat Tak Lambat Jika Allah Bagi Itulah Masa Terbaik

Soal Dapat Anak Tak Cepat Tak Lambat Jika Allah Bagi Itulah Masa Terbaik

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 264 hits
Dalam soal zuriat Allah akan bagi pada waktu yang terbaik Jika kita terkejut menerima awal dan tanpa kita bersedia pun memang itu adalah waktu yang terbaik Jika lambat dan kita ternanti nanti mengharap dan sedih Memang itulah waktu yang ter...
Tiada Alasan Lambat Empuk Renih Lama Buat Stok Daging Mak Mak Boleh Jimat Masa Memasak

Tiada Alasan Lambat Empuk Renih Lama Buat Stok Daging Mak Mak Boleh Jimat Masa Memasak

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 505 hits
Daging adalah makanan yang sarat dengan khasiat Jangan takut memasukkan daging ke dalam hidangan si kecil untuk mendapatkan manfaatnya Lambat empuk atau perlu merenih lama mungkin menjadi sebab ibu ibu mengelak memasukkan daging ke dalam sa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah