Parti Pejuang Sukar Dapat Sokongan Di Langkawi Kata Pengundi




Parti baharu Dr Mahathir Mohamad sukar dapat sokongan penduduk di Langkawi, tidak seperti Bersatu yang diketuainya semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), berdasarkan tembubual rambang The Malaysian Insight bersama pengundi.
Pengundi yang memilih Dr Mahathir di Langkawi dalam PRU14 malah memberitahu The Malaysian Insight, mereka mungkin tidak akan memilih Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kerana tidak jelas tujuan parti itu perlu ditubuhkan.
Mereka merasakan keputusan bekas perdana menteri menubuhkan parti baharu bukan saja tidak tepat, tetapi sukar mengatasi parti-parti Melayu lain yang kini bergabung atas nama Muafakat Nasional.
Anak jati Langkawi Putra Iqmal Hashim berkata Pejuang mungkin sukar dapat sokongan rakyat walaupun nama Dr Mahathir popular di pulau bebas cukai itu.
“Apabila Pas dan Umno bergabung (dalam Muafakat Nasional) sejak tahun lepas, mereka sudah menjadi gabungan yang kuat.
“Berdasarkan pemerhatian saya, orang Langkawi pun memang mahu Umno dan PAS bergabung terutama dalam kalangan masyarakat Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Jelas Putra Iqmal, berdasarkan pengamatannya, penduduk Langkawi juga hilang percaya kepada Dr Mahathir kerana ada beberapa manifesto ketika PRU lalu tidak ditunaikan.
“Pada awal penubuhan Bersatu mahu tumbangkan Najib Razak, tetapi kini tidak sehaluan dengan Muhyiddin dan sekarang mahu tubuh parti baharu.
“Rakyat Langkawi sukar faham motif sebenar Dr Mahathir walaupun beliau dihormati sebagai negarawan ulung,” katanya.
Mohd Ikhwan Mohd Sanusi dari Sungai Menghulu, Langkawi pula berkata beliau dan rakan-rakannya belum berminat untuk menyertai Pejuang.
Mereka hairan kenapa Dr Mahathir menubuhkan sebuah parti baharu sedangkan beliau sebelum ini mengkritik orang Melayu yang gemar mendirikan parti politik hanya kerana mahu memegang jawatan.
“Dulu Dr Mahathir sendiri kata “orang Melayu ni dia tak pandai berpolitik, dia seronok nak jadi presiden, bila nak jadi presiden dia buka parti”,” katanya.
Ikhwan merujuk kenyataan penjelasan Dr Mahathir pada Julai 2019, semasa mempelawa parti-parti Melayu agar menyertai Bersatu.
“Kami juga masih tertanya-tanya mengapa Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri (pada hujung Februari 2020)... kerana beliau beri banyak alasan tetapi tidak kukuh,” tambahnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu Langkawi Amar Pared berkata beliau tidak berminat untuk menyertai gerakan baharu Dr Mahathir walaupun dahulu menyokong perjuangan bekas pengerusi parti itu.
Baginya, ia akan merugikan dan menyebabkan lebih banyak parti berasaskan kaum Melayu.
“Jika setiap parti ada masalah, ahli keluar dan tubuh parti baru, berapa banyak parti akan ada? apa rakyat akan fikir? Pemimpin ini berjuang dalam parti untuk rakyat atau diri sendiri?”
“Apabila tiga parti Melayu terbesar sudah bergabung dan berdamai, mestinya itu adalah pilihan rakyat yang terbaik,” katanya, merujuk pengumuman Bersatu turut menyertai Muafakat Nasional.
Amar menjelaskan, parti baharu seperti Pejuang akan sukar meraih sokongan rakyat kerana sentimen rakyat lebih menyokong kepimpinan Muhyiddin sebagai perdana menteri.
“Kerajaan pada hari ini sudah laksanakan tanggung jawab yang terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat tatkala kita diuji dengan wabak Covid-19 yang belum ada penghujungnya.
“Tetapi sebagai negara demokrasi, rakyat bebas memilih mana-mana parti politik sebagai wadah perjuangan dan ideologi mengikut kehendak individu masing-masing,” tambahnya.
Kamarul Yusoff

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/08/parti-pejuang-sukar-dapat-sokongan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Baru Dr M Melayu Makin Berpecah Kata Takiyuddin

Parti Baru Dr M Melayu Makin Berpecah Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 444 hits
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menjangkakan orang Melayu akan terus berpecah jika Dr Mahathir kekal dengan keputusan untuk menubuhkan parti politik berteraskan Melayu dan pribumi Saya tak pasti apa tujuan Tun untuk menubuhkan satu l...
Tun Dr Mahathir Umumkan Pejuang Tanah Air Nama Parti Baharunya

Tun Dr Mahathir Umumkan Pejuang Tanah Air Nama Parti Baharunya

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 352 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan nama parti baharu yang ditubuhnya sebagai Pejuang Tanah Air Bekas pengerusi PPBM berkenaan mengisytiharkan nama parti itu ketika berucap selepas pengumuman Amir Khusyai...
Atok M Cakap Parti Baru Dia Pejuwang Mendapat Sokongan Dan Sambutan Biar Gambar Menjadi Saksi

Atok M Cakap Parti Baru Dia Pejuwang Mendapat Sokongan Dan Sambutan Biar Gambar Menjadi Saksi

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 441 hits
Dalam gambar ni apa yg kita nampak betul lah Atok M cakap tu tak nipu tak sah org tua ni Lihat sisi ini baharu nampak ramai Ini aku ambil di FB Atok Sumber Facebook MR Kencing juga Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus sila subsc...
Parti Baharu Pimpinan Tun Mahathir Dikenali Sebagai Parti Pejuang

Parti Baharu Pimpinan Tun Mahathir Dikenali Sebagai Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 1881 hits
551 total views 551 views today Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan parti politik baharu pimpinannya dikenali sebagai Parti Pejuang Beberapa hari lepas Tun M mengumumkan akan menubuhka...
Parti Baru Dr M Dikenali Parti Pejuang

Parti Baru Dr M Dikenali Parti Pejuang

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 556 hits
Parti baru Dr Mahathir Mohamad akan dikenali sebagai Pejuang Anggota parlimen Langkawi dan bekas perdana menteri mendedahkan perkara itu dalam catatan di blog dalam gaya seakan akan sajak sebentar tadi Jika ingin tebus maruah Jika ingin kek...
Perlu Bijak Tarik Sokongan Pengundi Muda

Perlu Bijak Tarik Sokongan Pengundi Muda

papar berkaitan - pada 22/8/2020 - jumlah : 299 hits
KOTA KINABALU Parti politik bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah perlu bijak menarik sokongan pengundi terutama golongan muda yang mungkin berasa bosan dengan kerenah politik negeri yang terpaksa kembali mengundi dalam tempoh tidak sam...
Apa Perlunya Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad

Apa Perlunya Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 605 hits
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Jika kita perhati politik negara sekarang tumpuan hanya kepada duit dan jawatan tidak lagi kepada dasar perjuangan untuk negara Yang berada dalam Kerajaan berada kerana pendapatan yang boleh didapati Soal dasar perju...
Parti Pejuang Ini Kelakar

Parti Pejuang Ini Kelakar

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 509 hits
Marahnya pada najib maka tertubuhnya parti bersatu Marahnya pada muhyiddin maka ditubuhnya parti pejuang Ketika memerintah melayu diherdik melayu diminta jangan iri hati dengan orang kaya melayu pemalas melayu diminta bertabah dengan mengik...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Tidak Dedah Aib Pasangan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga