Parti Pejuang Laluan Untuk Lantik Mukhriz Sebagai Pm



(MalaysiaGazette) – Penubuhan Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) dilihat hanya untuk menjadikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr R Sivaperegasam Rajanthiran berkata, selain untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), motif penubuhan Pejuang itu dilihat untuk memudahkan laluan bekas Menteri Besar Kedah itu ke puncak karier dalam politik.
“Pada pengamatan saya mungkin ada motif yang lain dalam penubuhan Pejuang ini. Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya memastikan anaknya Datuk Mukhriz Mahathir sebagai presiden parti itu. Barangkali itu hakikat penubuhan Pejuang.
“Mukhriz akan akhirnya dilantik menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN yang bertajuk ‘Pencapaian, Harapan dan Cabaran,’ di Persatuan Alumni UM (PAUM) hari ini.
Jelas Sivaperegasam lagi, parti yang masih dalam proses pendaftaran itu sememangnya banyak bergantung kepada  Mahathir untuk bertapak sedangkan populariti bekas Perdana Menteri ketujuh itu semakin merudum.
“Pejuang yang banyak bergantung kepada pengaruh Dr Mahathir sedangkan populariti beliau telah jauh merudum. Sebahagiannya disebabkan oleh tindak tanduk beliau sendiri dan kegagalan beliau mengetuai kerajaan PH.
“Termasuk juga kegagalan beliau dan PH untuk melontar janji yang dijadikan sebahagian daripada manifesto PH.
“Kita dapati hampir semua kandungan manifesto ini tidak direalisasikan dengan baik.
“Dan bila ditanya dan dikritik tentang ini beliau memberitahu bahawa manifesto bukan Bible yang perlu diikuti dengan rapat,” katanya lagi.
Justeru itu, rakyat digesa agar bertanya niat sebenar Mahathir untuk menubuhkan parti Pejuang.
Ujar beliau lagi, motif untuk menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa juga masih samar-samar untuk menarik rakyat untuk menyertai Pejuang.
“Persoalan menarik yang ditanya adalah mampukah Pejuang memberi ancaman kerajaan PN tatkala sudah wujud enam parti Melayu lain di negara ini.
“Rakyat wajar bertanya pada Tun Dr Mahathir, apakah sebenarnya motif dan agenda Pejuang.
“Jika ia dimaksudkan untuk menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa, persoalan yang berbangkit adalah sejauh mana kepemimpinan Tun Mahathir sebelumnya ketika menerajui UMNO dan ketika menerajui Bersatu.
“Apakah pada zaman pemerintahan Tun sewaktu menerajui kerajaan UMNO selama 22 tahun dan 22 bulan di bawah PH apakah rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak berlaku di bawah kerajaan PH.
“Kalau motif penubuhan Pejuang ini betul ianya untuk menghapuskan rasuah saya kira para penganalisis dan sarjana perlu renungkan kembali motif ini dengan baik.
“Atau ada motif lain yang terselindung di dalamnya,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/09/01/parti-pejuang-laluan-untuk-lantik-mukhriz-sebagai-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Pejuang Sukar Dapat Sokongan Di Langkawi Kata Pengundi

Parti Pejuang Sukar Dapat Sokongan Di Langkawi Kata Pengundi

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 285 hits
Parti baharu Dr Mahathir Mohamad sukar dapat sokongan penduduk di Langkawi tidak seperti Bersatu yang diketuainya semasa Pilihan Raya Umum ke 14 berdasarkan tembubual rambang The Malaysian Insight bersama pengundi Pengundi yang memilih Dr M...
Siapa Lantik Si Khairuddiin Dan Dia Dari Parti Mana

Siapa Lantik Si Khairuddiin Dan Dia Dari Parti Mana

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 359 hits
Bila nak guling tengah jalan Ni ada kenan dari sumpah sesumpah sesiapa ke Dah pandai salahguna kuasaTak lama lagi korup Kalau kes curi lima ekor ayam Pulangkan balik dua ekor lepas Kes lagi ringan apa nak bising
Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu

Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 367 hits
Parti Pejuang Ditubuhkan Untuk Ganti Umno Dan Bersatu Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa Parti Pejuang Tanah Air ditubuhkan untuk menggantikan Umno dan Bersatu yang didakwa kini tersasar daripada matlamat asal Berucap ...
Ros Tiada Masalah Dengan Pendaftaran Parti Pejuang Kata Marzuki

Ros Tiada Masalah Dengan Pendaftaran Parti Pejuang Kata Marzuki

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 403 hits
323 total views 322 views today KUALA LUMPUR Pendaftaran Parti Pejuang Tanahair kini dalam proses semakan sebelum diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan kata salah seorang penaja kepada parti berkenaan Datuk Marzuki Yahya Bekas Setiau...
Saya Tak Kritik Saya Tak Campur Urusan Parti Lain Sebagai Penasihat Parti Saya Sekadar Menasihat Kata Kuli

Saya Tak Kritik Saya Tak Campur Urusan Parti Lain Sebagai Penasihat Parti Saya Sekadar Menasihat Kata Kuli

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 251 hits
GUA MUSANG Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan akan tetap memberi pandangan dan nasihat kepada ahli parti selagi menjawat jawatan itu Tengku Razaleigh berkata pandangannya dalam semua perkara berkaitan parti a...
Apa Perlunya Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad

Apa Perlunya Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 593 hits
TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Jika kita perhati politik negara sekarang tumpuan hanya kepada duit dan jawatan tidak lagi kepada dasar perjuangan untuk negara Yang berada dalam Kerajaan berada kerana pendapatan yang boleh didapati Soal dasar perju...
Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi Pa Sebagai Logo Rasmi

Parti Baharu Tun Dr Mahahir Gunakan Huruf Jawi Pa Sebagai Logo Rasmi

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 314 hits
PUTRAJAYA Parti yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad Parti Pejuang Tanahair secara rasminya menggunakan huruf Jawi Pa sebagai logo partinya Menurut bakal Presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir logo rasmi parti itu akan menggunakan lamban...
Hospital Lantik Si Oyen Sebagai Pengawal Keselamatan Siap Ada Tag Nama Dan Gambar Sendiri

Hospital Lantik Si Oyen Sebagai Pengawal Keselamatan Siap Ada Tag Nama Dan Gambar Sendiri

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 599 hits
Kebiasaannya pengawal keselamatan dilihat sebagai seorang yang sangat tegas namun berbeza pula dengan yang satu ini Seekor kucing telah diambil bekerja sebagai pegawai keselamatan baharu di Hospital Epworth Richmond Australia Kucing yang di...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin