Parti Komponen Pn Perlulah Ambil Pengajaran Daripada Kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan


 


KUALA LUMPUR - Parti Islam SeMalaysia (PAS) menyeru parti-parti komponen kerajaan mengambil pengajaran daripada kejatuhan pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, mereka perlu melihat semula asas kerjasama yang telah dibina sehingga terbentuknya kerajaan Perikatan Nasional.
Katanya, asas tersebut perlu menjadi panduan bagi membentuk persefahaman bersama dalam mengekalkan kerjasama parti tiga serangkai Melayu-Islam ini.
“Dengan meletakkan perpaduan Melayu dan Islam sebagai tunjang asas kerjasama, kepentingan rakyat dan negara mengatasi kepentingan politik kepartian serta peribadi, insya-Allah tidak akan berlaku pergeseran antara parti-parti komponen kerajaan.
Advertisement
“Sekiranya kerjasama gagal dibentuk di antara PAS, UMNO dan BERSATU, maka kemungkinan besar PH akan membentuk semula kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Kita semua perlu melihat bagaimana dahsyatnya PH memerintah selama 22 bulan ini. Jadi untuk mengelakkan tragedi ini daripada berulang kembali, saya berharap semua pihak dapat saling bertolak ansur untuk memastikan kerajaan PN ini dapat dikekalkan,” ujarnya kepada HarakahDaily hari ini.
Ianya berikutan tindakan UMNO menghantar surat kepada Muhyiddin bagi memaklumkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu untuk menamatkan kerjasama dengan BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU15.
Mengulas lanjut perkara ini, Kamaruzaman berkata, pihaknya yakin kerjasama yang baik dapat dibentuk dengan kematangan semua pihak meskipun terdapat percanggahan antara satu sama lain.
Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan hari ini, dalam kenyataannya menyatakan PAS komited untuk terus memantapkan hubungan dan kerjasama tiga serangkai utama parti Melayu/Pribumi UMNO, BERSATU dan PAS, bersama-sama rakan sekutu yang lain demi kelangsungan pemerintahan negara.
Sehubungan itu, Kamaruzaman tidak menafikan PH mempunyai peluang yang cerah untuk mentadbir semula tampuk pemerintahan negara sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru di dalam PRU15.
Justeru itu katanya, PAS akan memastikan undi-undi orang Melayu tidak akan terpecah dengan mengekalkan kerjasama yang baik dengan parti-parti komponen kerajaan.
“PAS akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kerajaan PN yang ada pada hari ini kekal bersama gabungan PAS, UMNO dan BERSATU sehingga PRU-15.
“Walaupun mungkin ada sedikit pergeseran di antara UMNO dan BERSATU tetapi PAS yakin dengan usaha berterusan oleh semua pihak terutama sekali dengan peranan yang dimainkan oleh PAS, insya-Allah kita boleh mewujudkan suatu kerjasama politik dan bersama-sama di dalam sebuah gabungan untuk menghadapi PH di dalam PRU15,” katanya.
Sementara itu, Kamaruzaman menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa PAS memungkiri Piagam Muafakat Nasional (MN) yang telah dimeterai pada 14 September 2019 apabila menandatangani perjanjian Perikatan Nasional, katanya, prinsip asas MN adalah untuk menyatukan orang Melayu di bawah satu gabungan.
“Maka, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) juga mewakili orang-orang Melayu, jadi usaha kita untuk merapatkan semaksimum mungkin saf-saf orang Melayu di bawah satu wadah ini juga tertakluk di bawah piagam MN dan juga PN.
“Jadi PAS bukanlah tidak setiakawan tetapi PAS melihat perlu kepada satu usaha berterusan untuk menyatukan semua parti-parti politik yang berbeza pandangan dengan PH untuk bersama di dalam satu blok politik.
“Usaha ini bukanlah kerana kepentingan politik sempit parti PAS tapi adalah atas usaha untuk membawa sebanyak mungkin kesatuan orang Melayu di dalam satu gagasan,” jelas Kamaruzaman lagi. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/03/parti-komponen-pn-perlu-ambil.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Tekad Buat Keputusan Bersama Sepakat Anwar Pm

Pakatan Harapan Tekad Buat Keputusan Bersama Sepakat Anwar Pm

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 183 hits
March 5 2021 Pimpinan tertinggi PH sudah buat keputusan bahawa gabungan 3 parti PKR Amanah dan DAP akan kekal bagi menghadapi PRU15 Malah arahan ke semua peringkat telah dibuat bagi mengukuhkan organisasi PH sementara rundingan kerusi diada...
Terkini Politik Pakatan Harapan Berdepan Kemelut

Terkini Politik Pakatan Harapan Berdepan Kemelut

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 342 hits
Dua orang lagi Ahli Parlimen PKR keluar parti selepas seorang ADUN Amanah keluar partinya untuk menyertai PKR Ini hanya episod terbaru dalam krisis lompat politik yang telah membelenggu parti parti komponen PH sejak beberapa bulan lepas Tat...
Bbc Report How The Pakatan Harapan Government Collapsed In Just Two Years

Bbc Report How The Pakatan Harapan Government Collapsed In Just Two Years

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 221 hits
It was seen as a historic turning point an election that overturned a party which had been in power for more than 60 years But less than two years later the new government is out and the old ruling party back in power So why did a coalition...
Tak Mustahil Umno Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Pada Pru 15 Nanti

Tak Mustahil Umno Boleh Jalinkan Kerjasama Dengan Pakatan Harapan Pada Pru 15 Nanti

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 213 hits
KUALA LUMPUR Tidak mustahil UMNO akan menjalinkan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang kata Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah Dalam wawancara bersama The Malaysian Insight ahli po...
Pakatan Harapan Should Focus On Substance Not On Technicalities

Pakatan Harapan Should Focus On Substance Not On Technicalities

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 207 hits
That was not how we opposed the government back in the 1980s and 1990s Back then we sat down and talked to the government and told the government where and why we opposed them And the government sat down to talk to us even though they knew ...
Timbalan Menteri Kerajaan Pn Berucap Dalam Majlis Parti Komunis China

Timbalan Menteri Kerajaan Pn Berucap Dalam Majlis Parti Komunis China

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 343 hits
MALAYSIA DATELINENaib Presiden MCA Datuk Seri Ti Lian Ker telah menjadi tetamu dan seterusnya memberikan ucapan dalam majlis perhimpunan Parti Komunis China hari ini Menurut satu kenyataan dari MCA Lian Ker dijemput berucap oleh Jabatan Ant...
Sempena Setahun Kejatuhan Kerajaan Ph Pas Amanah Berbalas Pantun

Sempena Setahun Kejatuhan Kerajaan Ph Pas Amanah Berbalas Pantun

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 198 hits
MALAYSIA DATELINESempena sambutan satu tahun kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam pemimpin Pas berbalas balas pantun dengan pemimpin AMANAH parti yang berasal dari Pas Ia bermula apabila Naib Presiden Pas Ustaz Idris Ahmad memberikan ...
Satu Lagi Bukti Peranan Mahathir Dalam Kejatuhan Kerajaan Ph

Satu Lagi Bukti Peranan Mahathir Dalam Kejatuhan Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 146 hits
Satu lagi bukti tentang peranan Mahathir dalam kejatuhan kerajaan PH Marzuki sebut perancangan awal Mahathir adalah untuk menjadi PM dalam kerajaan PN Apakah Mahathir berani menyaman Marzuki di ataa pendedahan beliau Jawapannya sudah pasti ...
Majlis Presiden Ph Putuskan Parti Komponen Tidak Boleh Terima Keahlian Dari Parti Kawan

Majlis Presiden Ph Putuskan Parti Komponen Tidak Boleh Terima Keahlian Dari Parti Kawan

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 177 hits
Majlis Presiden PH sudah membuat ketetapan mana mana parti gabungannya tidak boleh menerima ahli parti gabungan yang lain kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub Dia yang juga naib presiden Majlis Presiden PH dipetik TMI berkata PH tu...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku