Parti Diasaskan Mahathir Kini Bergolak



DATUK Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, sebab sebenar beliau meletak jawatan selaku Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Wilayah Persekutuan dan Ahli Majlis Eksekutif Pejuang (MEP) Pusat adalah sebagai protes terhadap cadangan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mencadangkan supaya parti itu menyertai Pakatan Harapan (PH) semula semasa mesyuarat MEP baru-baru ini.
Khairuddin menjelaskan punca utama melepaskan jawatan tersebut adalah kerana beliau sudah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz selepas bekas Menteri Besar Kedah itu mengemukakan cadangan supaya mereka menjadi sebahagian daripada parti gabungan PH berikutan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Bekas calon Gerakan Tanah Air (GTA) kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU15 itu berkata, perkara berkenaan dikuatkan lagi dengan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Pejuang pada 16 Disember lalu.
“Saya hilang kepercayaan kepada Presiden kerana bekas Menteri Besar Kedah berkenaan mencadangkan supaya Pejuang menyertai PH semasa mesyuarat MEP selepas PRU15 lalu.
“Mukhriz juga tidak mahu kekal bersama Gerakan Tanah Air (GTA) dan menolak cadangan Tun Dr Mahathir mahu berehat daripada tugas selaku Pengerusi Pejuang,” katanya dalam penjelasan ringkas mengenai punca sebenar beliau meletak jawatan berkenaan berkuat kuasa mulai Selasa.
Tindakan Khairuddin, Dr Mahathir dan beberapa pemimpin lain meninggalkan Pejuang menyebabkan parti berkenaan kini menghadapi pergolakan dalaman yang semakin serius, sekali gus mengakibatkan pengundi hilang keyakinan terhadap mereka.
Malah, sehingga kini difahamkan lebih 10 pemimpin tertinggi termasuk ahli MEP dan Ketua Pejuang negeri sudah berbuat demikian dengan menghantar surat peletakan jawatan masing-masing kepada Setiausaha Agung, Datuk Aminuddin Hamzah.
Antara pemimpin yang sudah melepaskan jawatan mereka termasuklah Timbalan Presiden Pejuang merangkap Ketua Setiausaha GTA, Datuk Marzuki Yahya; Ketua Muda Pejuang, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin; Ahli MEP, Abu Bakar Yahya dan terbaru, Khairuddin.
Difahamkan, mereka membuat keputusan drastik meletakkan jawatan masing-masing kerana tidak bersetuju dengan cadangan pucuk pimpinan tertinggi yang mahu parti diasaskan Dr Mahathir itu menyertai PH demi survival politik pemimpin tertentu.
Dalam pada itu, Khairuddin menegaskan beliau kini mengambil sikap tunggu dan lihat apa kenyataan balas bakal dikeluarkan oleh Mukhriz, sebelum mendedahkan kepincangan sebenar wujud dalam parti berkenaan.
“Saya mahu tunggu apa kenyataan Mukhriz dan kalangan pemimpin yang mengkhianati perjuangan Dr Mahathir selama ini bersuara dan memberi maklum balas terhadap kenyataan saya ini dulu.
“Jika mereka memberikan kenyataan dengan memanipulasi fakta, Insya-ALLAH saya akan membuat sidang media bagi mendedahkan sepenuhnya siapakah dalang sebenar yang cuba menjatuhkan Dr Mahathir,” ujar beliau.Sementara itu, Abu Bakar ketika dihubungi menegaskan beliau bertindak meletakkan jawatan susulan keputusan mesyuarat MEP pada 15 Disember lalu dan susulan keputusan Dr Mahathir mengundurkan diri daripada tanggungjawab sebagai Pengerusi Pejuang.
SETIA BERSAMA DR. MAHATHIR
Abu Bakar berkata, beliau melepaskan semua jawatannya dalam Pejuang termasuk Ahli MEP demi prinsip dan perjuangannya yang sentiasa setia bersama Dr Mahathir.
“Selama ini saya yakin dengan perjuangan Dr Mahathir yang sentiasa kekal berprinsip dan tidak pernah menipu dalam mana-mana perjuangan untuk menegakkan kebenaran demi bangsa, negara mahupun agama.
“Apabila Pejuang sudah tidak berpegang kepada prinsip perjuangan asal dan mahu keluar daripada GTA... Apabila Pejuang menerima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Pengerusi, kami sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. Kami lebih yakin kepada kepimpinan dan ketelusan Dr Mahathir berbanding Mukhriz,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan beliau dan rakan seperjuangannya memilih untuk melepaskan jawatan dalam parti kerana faktor cadangan Mukhriz mahu Pejuang ‘rujuk semula’ dengan PH, ini jawapan Abu Bakar: “Saya memang sahkan perkara itu ada dibincangkan dalam mesyuarat MEP tetapi rasanya baik kamu tanya Presiden sendiri. Bagaimanapun, saya boleh sahkan bahawa saya bersama beberapa pemimpin MEP lain akan melepaskan semua jawatan dalam parti Pejuang, dalam masa terdekat. Malah, saya yakin lebih 10 ahli MEP akan meletakkan jawatan masing-masing juga dalam masa terdekat.
“Saya tidak tahu (sama ada Pejuang akan runtuh atau tidak) kerana ia adalah tanggungjawab Presiden selepas Dr Mahathir melepaskan jawatan selaku Pengerusi Pejuang,” jelasnya.
Abu Bakar juga menolak andaian dan tuduhan pihak tertentu bahawa beliau menjadi punca atau penghasut sehingga menyebabkan Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan selaku Pengerusi Pejuang.
“Dr Mahathir berbuat demikian kerana sebab tersendiri bukan kerana hasutan dan saya adalah orang biasa yang tidak mungkin dapat mempengaruhi bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu meletakkan jawatannya.
“Dr Mahathir mempunyai pendirian dan prinsip tersendiri serta tidak mudah dipengaruhi oleh saya atau mana-mana pemimpin lain. Beliau seorang yang berfikir panjang sebelum membuat sesuatu keputusan.
“Jadi jika ada orang menuduh kononnya kami menghasut Dr Mahathir supaya bertanding PRU15 dan bersara daripada arena politik, tetapi itu adalah ‘cerita dongeng’ kerana semua orang kenal siapa sebenarnya beliau,” ujarnya - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/12/parti-diasaskan-mahathir-kini-bergolak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Parti Jual Agama Kini Klaim Parti Melayu Trbesar Dalam Negara Pulak

Parti Jual Agama Kini Klaim Parti Melayu Trbesar Dalam Negara Pulak

papar berkaitan - pada 10/12/2022 - jumlah : 156 hits
IBRAHIM MAT ISAPsssttt aku nak habaq kat hangpa PAS bukan parti Islam dah Depa claim parti Melayu pulak muakaka lawak lebai ketayap masam Tau kenapa Sebut saja apa plan depa pasal Islam semua gagal sebab lebai yang jadi tok wakil dan pemimp...
Agensi Sahkan Song Joongki Sedang Bercinta Dengan Seorang Wanita Bukan Selebriti Kini

Agensi Sahkan Song Joongki Sedang Bercinta Dengan Seorang Wanita Bukan Selebriti Kini

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 176 hits
Nampaknya Song Joong ki telah mengesahkan bahawa dia sedang bercinta dengan seseorang ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 26 Disember media melaporkan bahawa Song Joong ki sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita British bukan selebriti...
Selepas Larang Hadiri Kuliah Kini Taliban Sekat Wanita Bekerja Di Ngo

Selepas Larang Hadiri Kuliah Kini Taliban Sekat Wanita Bekerja Di Ngo

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 192 hits
Selepas larang hadiri kuliah kini Taliban sekat wanita bekerja di NGO Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 25 Dec 2
Setelah Tak Boleh Kuliah Taliban Kini Larang Perempuan Bekerja Di Ngo

Setelah Tak Boleh Kuliah Taliban Kini Larang Perempuan Bekerja Di Ngo

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 115 hits
Taliban memerintahkan semua organisasi non pemerintah lokal maupun asing untuk memberhentikan karyawan perempuan mereka
Hafeez Mikail Kini Tunangan Orang Minta Bakal Isteri Bersedia Cabaran Kahwin Artis

Hafeez Mikail Kini Tunangan Orang Minta Bakal Isteri Bersedia Cabaran Kahwin Artis

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 218 hits
PELAKON Hafeez Mikail selamat mengikat tali pertunangan dengan Noor Azira Azman 26 di kediaman wanita itu terletak di Beranang Selangor pada Sabtu Berkenalan sejak setahun lalu Hafeez atau Muhd Hafiz Muhd Zaki 30 berkata sudah tiba masanya ...
Dari Utara Ke Borneo Jafri Chew Kini Pemain Terbaharu Sabah

Dari Utara Ke Borneo Jafri Chew Kini Pemain Terbaharu Sabah

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 215 hits
Reunion skuad B23 negara Sabah FC difahamkan turut menandatangani Jafri Firdaus Chew utility player yang kembali menyerlah selepas bertukar posisi dari penyerang ke pertahanan kanan Rasmi Jafri Firdaus Chew diumumkan sebagai pemain baru Sab...
Ramesh Rao Kini Pegawai Khas Di Pejabat Zahid

Ramesh Rao Kini Pegawai Khas Di Pejabat Zahid

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 321 hits
malaysiakini comSeorang pemimpin gerakan pro BN yang dikenali ramai kerana pelbagai tindakannya termasuk membuat laporan polis sewaktu Najib Razak menjadi perdana menteri hari ini menjadi pegawai khas kepada Ahmad Zahid Hamidi Mengumumkan p...
Tingkah Lucu Rayyanza Yang Kini Sudah Bisa Sujud Gerakannya Gemesin Banget

Tingkah Lucu Rayyanza Yang Kini Sudah Bisa Sujud Gerakannya Gemesin Banget

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 175 hits
Tumbuh kembang Rayyanza Malik Ahmad atau kerap disapa Cipung selalu menarik untuk diikuti Di usianya yang sudah genap satu tahun Rayyanza sudah mulai bisa berjalan dengan lancar dan ia pun sudah bisa melakukan gerakan sujud Gerakannya mengg...
Merry Christmas And Happy New Year

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian

Antara Hidup Lama Dengan Hidup Berkualiti Mana Satu Pilihan Anda

Masak Lemak Putih Kentang

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase