Ramesh Rao Kini Pegawai Khas Di Pejabat Zahid


malaysiakini.com
Yasmin Ramlan
Diterbitkan: Dec 24, 2022 
Seorang pemimpin gerakan pro-BN yang dikenali ramai kerana pelbagai tindakannya termasuk membuat laporan polis sewaktu Najib Razak menjadi perdana menteri, hari ini menjadi pegawai khas kepada Ahmad Zahid Hamidi.

Mengumumkan pelantikan tersebut, Ahmad Zahid berkata Ramesh Rao dipilih sebagai sebagai pegawai khas hal ehwal kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

Berucap kepada hadirin jamuan makan tengah hari di Kuala Lumpur hari ini, Ahmad Zahid berkata, Ramesh diberi tanggungjawab untuk menjaga kebajikan masyarakat kaum India di seluruh negara ini tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

“Soal jaga kepentingan orang India, ada jawatan yang harus saya tawarkan pada Ramesh Rao.

“Tak kisah (mereka) sokong MIC, PKR, DAP ataupun mana-mana rakan gabungan BN, yang penting kita kena santuni seluruh kaum di negara ini," katanya.

Ahmad Zahid juga berkata tugas yang diberikan itu merupakan amanah buat Ramesh.

"Kalau masyarakat India ada masalah, sila bantu. Kalau mereka gagal dibantu, jangan salahkan PM atau TPM, salahkan Ramesh,” gurau ahli parlimen Bagan Datuk berkenaan.

Ahmad Zahid sebelum itu berucap di majlis anjuran Kuil Sree Maha Kaliamman di Shah Alam, Selangor hari ini. Ramesh merupakan penasihat di kuil tersebut.

Didakwa di mahkamah Feb lalu

Dia juga mengetuai Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) yang kerap membuat laporan polis terhadap pengkritik kerajaan semasa Najib menjadi perdana menteri.

Salah satu insiden yang membabitkan Ramesh ialah menganjurkan sidang media untuk balu penyiasat persendirian P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, bagi memohon maaf kepada Najib dan isterinya Rosmah Mansor.

Ia dibuat sebagai memberi gambaran bahawa pasangan terbabit tidak ada sebarang kaitan dengan kematian suaminya yang juga dikenali sebagai PI Bala.

Ramesh dituduh membayar Selvi untuk sidang media tersebut namun dinafikan mereka berdua.

Bala telah dalam akuan berkanun pada 2008 mendakwa Najib mengetahui mengenai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu. Dia menarik balik tuntutan itu dalam akuan berkanun kedua dan kemudian hidup di luar negara sebelum meninggal dunia pada 2013.

Feb tahun lalu pula Ramesh didakwa di mahkamah kerana mengaitkan hakim perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd - yang membabitkan Najib - dengan Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum itu dia mendakwa hakim berkenaan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Mahathir.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/ramesh-rao-kini-pegawai-khas-di-pejabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yakin Kekal Jadi Presiden Zahid Beri Isyarat Pemilihan Umno Akan Diawalkan

Yakin Kekal Jadi Presiden Zahid Beri Isyarat Pemilihan Umno Akan Diawalkan

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 245 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Istana Negara Pemilihan UMNO bagi memilih barisan kepimpinan parti yang baharu mungkin dijalankan lebih awal sebelum Jun tahun depan kata Datuk Seri Ahmad Zahid...
Pendakwaan Terkilan Berhubung Pembebasan Ahmad Zahid

Pendakwaan Terkilan Berhubung Pembebasan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 144 hits
PIHAK pendakwaan terkilan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah membabitkan Sistem Visa Luar Negara Dalam petisyen rayuan difailkan semalam pendakwa raya
Hakim Terkhilaf Bebaskan Ahmad Zahid

Hakim Terkhilaf Bebaskan Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 206 hits
bharian com myOleh Disember 30 2022 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama penyokong selepas keputusan beliau dilepas dan dibebaskan daripada 40 tuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd berhubun...
Hishammuddin Tak Mungkin Berani Lawan Zahid Hamidi

Hishammuddin Tak Mungkin Berani Lawan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 218 hits
Terdapat dua persoalan utama di sebalik riuh rendah yang kian memuncak tentang pertandingan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan sebelum Ramadan akan datang Pertama siapa yang mahu bertanding merebut jawatan Presi...
Siapa Pencabar Zahid

Siapa Pencabar Zahid

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 147 hits
Mohsin AbdullahAndainya jawatan presiden dipertandingkan pada pemilihan Umno tahun depan adakah Zahid Hamidi akan mempertahankannya Hampir pasti ya Maka persoalan seterusnya adakah beliau akan dicabar Jika iya siapakah pencabarnya Sebelum i...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025

Ameera Khan Saya Bukan Melayu Tapi Masih Nikmati Keistimewaan Melayu

Empty Page Lupakanku Chord