Parti Baru Untuk Perkukuhkan Ismail Sabri



EKSKLUSIF
Azmin dan Anwar terus bertarung.MASIH belum tersebar dan diuar-uarkan tetapi maklumat ini dipercayai sudah berkisar dan berjalan secara senyap dan sedang dipertutur dan dianalisakan. Sudah tebtu ia tersebar dalam grup-grup WhatsAap siasah.

Dua hari lepas saya dikirimkan dengan satu prinskrin status seseorang daripada Twitter memberi tahu Mohamad Azmin Ali bersama 12 orang ahli parlimen PKR yang dibawa lari menyertai Bersatu akan mengisytiharkan pembentukan sebuah parti baharu? Saya membalas kiriman itu dengan menjawab dan menyoal; "ini cerita apa, rasanya palsu?" Pengirim berkenaan diam dan seakan bersetuju dengan andaian saya itu. Palsu. Saya tidak fikir Azmin mempunyai kemampuan dan pengaruh besar sehingga untuk membentuk sebuah parti politik baru. Azmin bukan Anwar Ibrahim, walaupun beliau adalah tokoh kanan dan berpotensi menggantikan Anwar dalam Keadilan, tetapi potensi itu bukan dari luar Keadilan.  Jika Azmin masih kekal bersama Keadilan kemungkinan itu ada.  
Azmin membesar dan belajar "kevariasian politik" pun daripada Anwar Ibrahim. Azmin kena ikut belakang Anwar bukan berada di hadapan.   
Apa lagi Azmin tidak memiliki idealisme perjuangan yang jelas. Azmin tidak mempunyai political will dalam politik sejak awal seperti Anwar. Beliau kosong dengan wawasan dan kering dengan gagasan. Beliau hanya bertenggek atas minda Anwar sahaja, menjadi juru laung Reformasi. Azmin menjadi gah kerana menumpang Anwar.
Peluangnya bersama Anwar semasa menjadi Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kemudian timbalan presiden Keadilan, dicuri dan dipelajari ilmu siasah Anwar gunakan untuk menjana politik dirinya. Azmin bisa dalam hal eksploitasian ini.  
Namun Azmin belum cukup kapasiti dan kekuatan untuk berada setanding dengan Anwar. Ketohohan dan track recordnya sebagai pejuang bangsa dan pembela rakyat belum terserlah. Kesempatannya menjadi MB Selangor seketika dahulu tidak memberi apa-apa impak kepada rakyat dari sudut perjuangannya. Jasa besarnya dalam politik hanya meruntuhkan kerajaan PH. "Jasa" itu tidak menjadikan beliau dihormati dan disanjung tetapi dibenci dan dicemuh. 
Justeru itu, jauh bezanya Azmin dengan Anwar untuk mempeloporkan sebuah parti baharu. Berbeza dengan Anwar beliau menyediakan dirinya sejak zaman remaja lagi hingga ke zaman belia, pemuda Umno sebelum berada di takah seperti hari ini dihormati dan dikenali seantero dunia. 
Atas alasan itu saya tidak menganggap berita atau maklumat itu sebagai benar dan lebih merupakan provokasi untuk mengganggu emosi orang-orang tertentu sahaja. Atau satu gimmik bagi mengusik keselesaan Ismail Sabri Yaakob yang jadi PM kini. Tidak munasabah. 
Walaupun begitu tidak dinafikan, Azmin kini ada kekangan sendiri dalam politik peribadinya setelah meninggalkan Keadilan. Azmin kini dalam dilema akibat perbuatan dan tindakannya juga. Saham dirinya merosot. Walaupun beliau kini dilantik menjadi Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), tetapi posisi itu tidak membawanya ke mana. Posisi itu tidak menjamin masa depan lebih cemerlang. Pesaingnya untuk naik ke atas juga makin mencabar. Beliau terpaksa berdepan dengan banyak pesaing.
Kedudukannya kini hanya tidak lebih sebagai tukang laung untuk menunjukkan kerajaan PN hebat dan kuat. Kalau dahulu tukang laung Reformasi, kini tukang laung untuk mengukuhkan Bersatu. 
Selain itu kalau ada kemungkinan  itu kerana Azmin berasa kurang senang dengan parti barunya kini lantas akan berfikir untuk menubuhkan parti, apabila beliau tidak diberi kesempatan dan kepercayaan baik oleh Mahiaddin Yassin. Tidak dapat dinafikan, cita-cita besar Azmin ialah untuk menjadi timbalan perdana menteri. Kelambatan untuk melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri yang diteruskan oleh Ismail Sabri mengecewakannya. 
Azmin terdesak memerlukan jawatan itu. Dengan jawatan itu beliau akan meletakkan dirinya sama hebat dengan bekas bosnya Anwar Ibrahim. Tetapi kepercayaan tidak diberikan menyebabkan Azmin "kepapahan" kini. Ismail Sabri Yaakob yang menjadi PM kini sama sekali tidak akan sedia memberikan tempat itu kepada Azmin. Perlu diingat Ismail Sabri Umno manakala Azmin Bersatu. Umno dan Bersatu sedang bertarung kini. Atas perbezaan itu tidak mudah untuk Azmin dilantik sebagai TPM. 
Kekecewaan itulah memungkin Azmin berfikir mencari jalan dan cara baharu untuk beliau meletakkan price tag mahal kepada dirinya. Bertolak dari situasi itu ada kemunasabahan kalau Azmin sedang membuat pelan baru termasuk menubuh parti baru seperti diura-urakan itu. Yang tidak munasabah boleh jadi munasabah dalam politik. 
Maklumat lain.
Kebetulan, setelah menerima maklumat itu, pagi ini saya menerima satu maklumat lain, memberi tahu ada parti baharu akan diumumkan penubuhannya dalam tempoh sehari dua ini. Biarlah saya tidak sebut dahulu nama parti itu. Yang jelasnya ia tidak membabitkan Azmin secara langsung. Bagaimana pun orang disebut terbabit dengn parti baru adalah orang kanan Azmin, bukan Jaaffar Kamaruddin tetapi orang lain. Orang menjadi sang setia kepada Azmin. 
Sekiranya ia benar, saya yakin Jaafar Kamaruddin akan ikut sama dan mungkin kepakarannya sebagai "Setiausaha Agung" akan dipergunakan sekali lagi. Jaafar akan menjadi SUA. 
Maklumat itu memberi tahu parti itu akan seratai BN? Apabila dikatakan akan sertai BN, ini bermakna parti itu akan menjadi tongkat dan serandang kepada BN? Sementara kenapa ia ditubuhkan kerana ramai ahli Keadilan yang menjadi pengikut Azmin tidak diterima sebagai ahli oleh Bersatu. Maka sebagai alternatif ditubuh parti baharu untuk memastikan pengikutnya dalam Keadilan dulu kekal bersamanya. 
Keperluan parti itu untuk menyokong BN amnya dan mempertahankan kedudukan Ismail Sabri sebagai perdana menteri. Apakah parti itu akan diterima masuk BN seperti diangan-angankan ia juga menjadi persoalan, kerana maksud penubuhan parti itu tidak atas kehendak BN, tetapi kehendak sesetengah orang. Khabarnya orang dekat dengan Ismail Sabri menjadi operatornya.
Sekiranya BN tidak sedia menerima parti baru itu, mungkin ia boleh mengubah haluan menyokong PN apa lagi sekiranya benar parti itu akan disertai oleh sang setia Azmin. Tunggu. [wm.kl.11:06 am 02/10/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/10/parti-baru-untuk-perkukuhkan-ismail.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengar Dulu Boleh Takkan Ismail Sabri Kata Baru Peringkat Draf Lebong Kuat

Dengar Dulu Boleh Takkan Ismail Sabri Kata Baru Peringkat Draf Lebong Kuat

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 228 hits
Terkini Timbalan Menteri Pertanian dedah RUU355 akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagiSeptember 26 2021Program penerangan secara besar besaran mengenai Rang Undang Undang Mahkamah Syariah 2021 atau RUU 355 kepada masyarakat majmuk di...
Bila Ismail Sabri Nak Bawa Balik Jolo

Bila Ismail Sabri Nak Bawa Balik Jolo

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 274 hits
Lokman adam tolong melalak kuat sikit kes adib macm mana
Azalina Kini Jadi Penasihat Khas Ismail Sabri

Azalina Kini Jadi Penasihat Khas Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 242 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bagi hal ehwal undang undang dan hak asasi manusia Perkara itu disahkan Azalina sediri hari ini Dia yang pernah berkhidmat sebagai menteri ...
Ismail Sabri Pimpin Kerajaan Dua Karektor Kata Khalid Samad

Ismail Sabri Pimpin Kerajaan Dua Karektor Kata Khalid Samad

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 219 hits
Oleh BORHAN AHMAD October 3 2021Kerajaan Ismail Sabri disifatkan sebagai kerajaan dua karektor yang sedang bertembung antara satu sama lain kata ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad Karektor mana yang akan menang dalam pertembungan ini ...
Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

Ismail Sabri Lebih Wajib Jangan Buat2 Lupa Kes Kematian Adib

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 359 hits
Secara tiba tiba kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam tragedi rusuhan kuil di Subang yang masih belum terungkai muncul kembali menjadi perbualan dalam sehari dua ini Ia susulan kenyataan Zuraida Kamaruddin Menteri Peru...
Panas Tular Cerita Azmin Bakal Isytihar Parti Baru Peeegidah Aku Ak Tengok Hebat Mana Ko

Panas Tular Cerita Azmin Bakal Isytihar Parti Baru Peeegidah Aku Ak Tengok Hebat Mana Ko

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 212 hits
October 3 2021 8 MASIH belum tersebar dan diuar uarkan tetapi maklumat ini dipercayai sudah berkisar dan berjalan secara senyap dan sedang dipertutur dan dianalisakan Sudah tebtu ia tersebar dalam grup grup WhatsAap siasah Dua hari lepas sa...
Putrajaya Perhalusi Cadangan Skim Pencen Baharu Ismail Sabri

Putrajaya Perhalusi Cadangan Skim Pencen Baharu Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 242 hits
Kerajaan sedang memperhalusi cadangan skim persaraan baharu perkhidmatan awam bagi memastikan perbelanjaan kerajaan dapat dioptimumkan dalam jangka masa panjang kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Dalam jawapan bertulis yang dimuat nai...
Rentasan 977 Panas Kerajaan Ismail Sabri Bakal Ulangi Kesilapan L

Rentasan 977 Panas Kerajaan Ismail Sabri Bakal Ulangi Kesilapan L

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 192 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9771 BEBASKAH BADAN KEHAKIMAN DI MALAYSIA 2 KLUSTER MAHKAMAH RANCAK DIBEBASKAN SELEPAS UMNO JADI PM 3 APABILA SANG TEWAS MENJADI KERAJAAN
Rakyat Yang Tentukan Kpi Saya Ismail Sabri

Rakyat Yang Tentukan Kpi Saya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 266 hits
Rakyat yang tentukan KPI saya Ismail Sabri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan beliau tidak menetapkan apa apa Petunjuk Prestasi Utama untuk dirinya sebaliknya KPI itu ditentukan sendiri oleh rakyat Perdana Menteri berkata fokus utam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator